Tuesday, June 02, 2015

Kemelut 1MDB Tidak Lama Berakhir

1. Jika sebelum ini, pengeritik DS Najib yang dikaitkan dengan 1MDB, saban hari mempersoal, kerana Perdana Menteri tidak menjawab berbagai dakwaan. Sebab berdiam dirinya Perdana Menteri, kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan auta. Selain itu, sebarang jawapan yang diberikan, bukan dianggap sebagai jawapan, akan tetapi digunakan sebagai modal untuk diputar belit.

2. Sebagai contoh jawapan yang dipersiapkan oleh para pegawai Kementerian Kewangan yang berasas kepada jawapan daripada pengurusan 1MDB yang mengatasnamakan Perdana Menteri pada 10 Mac 2015 untuk jawapan bertulis kepada MP Dap Tony Pua berkaitan pelaburan daripada Pulau Cayman yang disimpan di BSI Singapura, kerana kesilapan para pegawai Kementerian Kewangan meninterpreasti maklumat, akhirnya menyebut aset yang berbentuk unit bermilai USD1.103 bilion, menyebut sebagai wang tunai.

3. Selepas menyadari kesilapan tersebut, maka para pegawai kementerian kewangan memperbetulkan kesilapan tersebut dan kemudian diperkuat oleh Menteri Kewangan Ke-2- Dato Ahmad Husni Hanadzlah dengan menyebut bahawa simpanan di BSI tersebut berbentuk unit.

4. Memang pelaburan berbentuk unit, akan disertakan jumlah unit bersama nilainya, kadang orang tersalah intrprestasi, dan menyangka unit itu juga sama dengan nilai. Kesilapan itu berlaku, apabila jumlah unit identikal dengan nilainya. 

5. Berasaskan kepada jawapan dan pembetulan tersebut, maka ramailah penentang kepada 1MDB, terutama Tony Pua, dengan mengatakan bahawa sebenarnya simpanan yang bentuk unit tersebut sebenarnya tidak wujud, malah dikaitkan dengan surat daripada Monetary Authority Of Singapore (MAS) yang dihantar kepada Bank Negara Malaysia, kononnya surat tersebut mengandungi teguran berkaitan dengan simpanan 1MDB dalam BSI Singapura.

6. Namun, penjelasan berkaitan simpanan 1MDB di BSI Singapura itu terjawab pada Jumaat lalu, apabila IPIC dan Aabar syarikat Abu Dhabi mengambil alih aset tersebut, dengan menyalur USD1bilion kepada 1MDB selambat-lambatnya pada 4 Jun 2015. Dengan pengambil alihan oleh IPIC tersebut, terjawablah, bahawa simpanan 1MDB di BSI Singapura mempunyai nilai, sesuai dengan nilainya seperti mana di bawa daripada Pulau Cayman.

7. Pada Jumaat, Menteri Kewangan Ke-2 yang juga merupakan jurucakap Kerajaan dan kabinet berkaitan 1MDB, telah mengemukakan rancangan rasionalisasi 1MDB, termasuk membubarkan syarikat tersebut awal Tahun 2016. Melalui rasionalisasi tersebut, 1MDB akan dipecahkan kepada tiga syarikat utama yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia, dan Syarikat Tenaga-Edra. 

8. Dalam proses pembubaran tersebut, tindakan utama adalah melunasi hutang yang terakru oleh syarikat Kementerian Kewangan tersebut yang telah mencecah RM42bilion.

9.Kabinet juga pada Jumaat diberitahu bahawa 1MDB telah merealisasikan JV dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar daripada Abu Dhabi yang telah dirancang sejak Februari 2015, di mana syarikat daripada Abu Dhabi tersebut akan menyalurkan sehingga RM16bilion, di mana pada 4 Jun akan menyalurkan pelaburan pertama sejumlah USD1bilion.

10. Demi ketelusan, MK-2 telah memberitahu, bahawa wang yang disalurkan oleh IPIC tersebut akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak USD975 yang bakal matang pada Ogos kepada konsortium perbankan antarabangsa.

11. Melalui kerjasama dengan IPIC dan Aabar, akan mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM16bilion, ertinya jika dilihat daripada sejumlah hutang diperolehi oleh 1MDB yang berjumlah RM42 bilion, di mana sejumlah RM20 bilion digunakan untuk mendapatkan berbagai aset kekal, aset mudah cair yang berbentuk kertas seperti bon dan sukuk yang berjumlah RM22 bilion, tidak lama lagi akan selesai, kerana sebelum ini sejumlah RM4bilion hutang telahpun dibayar.

12. Di atas kertas, PAC dan Ketua Audit Negara hanya perlu perlu merungkai RM2bilion wang pinjaman 1MDB digunakan untuk apa, dan bagaimana perbelanjaannya.

3 comments:

Anonymous said...

Jadi kenyataan Arul Kanda pada 7hb Februari yang mana beliau menyatakan:
"Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya"
pun kesilapan jugak ke tuan Admin?

Penyata yang konon nya di lihat oleh Arul itu juga silap jugak kah?

Dari kenyataan Arul Kanda itu pada bulan Februari sehingga kenyataan mengenai kesilapan itu sekitar bulan Mei. Adakah ianya mengambil masa 3-4 bulan untuk sedar bahawa satu kesilapan maha hebat telah berlaku?

Anonymous said...

Baru langkah pertama bro. Masuk 3b , still 39b to settle. Banyak persoalan lagi bro. Bangga bayar awal atau bank nak recall loan. pecah tabung awal? pinjam mana ada tabungan.

Standing credit bila nak bayar? How much interest 1MDB nak bayar kat kerajaan. Dapat free saja ka? Kita tunggu January 2016. Don't buy time...

Anonymous said...

Aabar Group dari Abu Dhabi beri dana sebanyak USD 1 bilion kepada 1MDB, tapi dana itu bukannya untuk operasi syarikat 1MDB, tetapi untuk bayar hutang, bukannya sikit, tetapi USD 975 juta, bersamaan 97.5 peratus dari dana dari Aabar Group itu digunakan untuk bayar hutang, hanya tinggal USD 25 juta sahaja yang boleh digunakan untuk operasi pembangunan 1MDB bersamaan 2.5 peratus sahaja. Saya sangat musykil dengan 1MDB ini, formula ekonomi jenis lahanat apakah yang mereka gunakan dalam membelanjakan dana USD 1 bilion dari Aabar Group itu?

Sungguh pelik dan pemikiran jenis gila babi bila 97.5% dana yang diterima digunakan untuk bayar hutang, hanya baki 2.5% untuk pelaburan semula, teori atau formula atau pemikiran ekonomi jadah lahanat apakah yang diguna pakai oleh 1MDB sekarang ini?

Tolong jelaskan wahai blogger Apa Yang Tersirat, saya mau tahulah apa yang tersiratnya mendapat dana USD 1 bilion dari Aabar Group, tetapi kemudiannya wang itu sebanyak USD 975 juta bersamaan 97.5 peratus dari dana itu digunakan untuk bayar hutang, hanya USD 25 juta untuk pelaburan bagi projek di Bandar Malaysia dan TRX yang bersamaan 2.5 peratus dari dana itu, sila terangkan kepada saya model ekonomi jenis lahanat mangkuk jadah apak sebegini rupa.

Blog Archive