Sunday, June 14, 2015

Kemelut 1MDB Susah Sangat Kah Mengaudit?

1. Susah sangat kah mengaudit syarikat tersebut? satu syarikat yang tidak kompleks urusniaganya, memakan masa untuk diaudit? 

2. Semakin lambatnya Ketua Audit Negara dan PAC mengeluarkan laporan, semakin rancaklah serangan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

3. Orang ramai atau sebahagian rakyat menaruh minat terhadap syarikat tersebut kerana jumlah kewangan yang terlibat lebih 10 ganda bajet tahunan negeri Sabah.

4. 1MDB hanya diminati untuk diketahui, apabila Tun Dr Mahathir mempergunakan syarikat tersebut mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. 

5. Tun M tidak menggunakan bukti-bukti kukuh, akan tetapi menghukum 1MDB dan seterusnya DS Najib, bahawa memang berlaku salahlaku, kerana sebagai syarikat bermodalkan RM1juta akan tetapi mampu membuat pinjaman 42ribu kali ganda berbanding modal.

6. Dalam blog terbaru mantan Perdana Menteri itu, selagi lagi mempersoalkan pembelian tiga IPP dengan harga RM18bilion, dengan dakwaan, bahawa para pemilik IPP itu mendapat lebih bayaran bernilai RM3bilion. Dengan dakwaan itu, ertinya tiga IPP tersebut bernilai RM15bilion termasuk hutang tertunggak RM6bilion.

7. Tun mendakwa 1MDB terlalu bodoh kerana membeli RM18 bilion tiga IPP di atas harga pasaran, namun beliau gagal memberikan angka harga pasaran tersebut. Sehingga kini, tiada mana-mana pihak yang dianggap bebas memberikan nilai sebenar tiga IPP tersebut.

8. Sebenarnya apa yang berlaku antara para pemilik tiga IPP tersebut dengan 1MDB adalah situasi WILLING BUY WILLING SALE, Dalam keadaan demikian maka berlakulah jual beli aset tersebut.

9. Apa yang disenraikan oleh pihak 1MDB, sebenarnya urusniaga syarikat tersebut tidaklah rumit, namun mengapa tindakan mengaudit memerlukan masa yang panjang? 

10. Transaksi urusniaga syarikat tersebut melibatkan angka-angka besar, ertinya sungguh mudah untuk diperiksa. Kecualilah urusniaga tidak berdokumen, maka akan berlaku kerumitan dalam membuat catitan (notes to the account). Apa kah ini yang berlaku????

14 comments:

Anonymous said...

Kes bekas MB Selangor dulu juga adalah kes willing buyer and willing seller.

Anonymous said...

1. Wiiling buyer and willing seller. Betul lah Tun kata stupid. Who is willing buyer? MOF (buyer) adalah milik rakyat, rakyat setuju IPP dengan harga tersebut? What about 1MDB beli tanah murah dari kerajaan?Willing buyer and willing seller?
If betul2 1MDB buat pelaburan berhemah , just show us investment approval paper yg dibuat semasa nak labur kat Petrosaudi.

Anonymous said...

wassalam. all malaysians has been made stupid by jibgo. the main question left is- why is it only Umno is making an issue of this 1 MDB? Why Umno? Jibgo called the Umno div leaders and try to explain and then call the other leaders also from Umno try to dispel the accusations made on 1 MDB. What about the other components in BN-mca /mic/gerakan ppp those from sabah and sarawak? and most importantly we the electorates. to tell u -I am not convince on the explaination given by jibgo and thsoe at 1 MDB particularly the CEO. they repeat what jibgo said.please let us all change the govern ment come PRU14.I don't like this call coz the opposition is also the same but we have to do something to save Malaysia. I have lost all respect for the cabinet vis a vis jibgo and thsoe who supported him.

Anonymous said...

Problemnya, nak merasionalkan yg tak rasional. Pastu nak dpt approval pulak dr "somebody".

Anonymous said...

What are you smokin'? willing buyer willing seller. Haha. Mmg lah both parties willing, but one party is laffing all the way to the bank. No guesses who is the loser.
Tuan blogger, you really need critical thinking.

Terima kasih.

SUARA RAKYAT said...

Anon.18:38 did u see whose laughing towards bank? The only info i got, sarawak reports was saying. I don't trust sr.

jgn jadi bodoh!!! said...

lps PRU 14 bro baru dapat tahu keputusan auditnya..hahhaa

jgn jadi bodoh!!! said...

lps PRU 14 bro baru dapat tahu keputusan auditnya..hahhaa

jgn jadi bodoh!!! said...

lps PRU 14 bro baru dapat tahu keputusan auditnya..hahhaa

Anonymous said...

Kami pihak anti najib (yg bekerja secara sukarela, tidak diupah, demi alifbata) telah mengenal pasti dua media sosial yg beterusan mencemarkan, cuba menjatuhkan najib dari tahtanya ianya adalah;

1.sarawak report
2.the Edge

Oleh itu untuk membersihkan dan menaik kan semula najib maka kami pihak anti najib (yg bekerja secara sukarela, tidak diupah, demi alifbata) ingin mencabar najib supaya menyaman ke dua dua media sosial ini.

Cadangan ini juga boleh lah juga menolong bloger upahan pro ahjibgor sebagai cadangan membantu najib daripada memberi komentar maki hamun.

Ya betul, saman aje sarawak report dan the edge tu.

gajimati said...

Sebenarnya pembelian tu mungkin lebih kepada aku beli lebih, yang lebih tua hang bagi balik boleh aku bayar hutang yang dok ada .... pusing-pusing katakan. cara permainan yang licik.

Anonymous said...

Aku baru baca komen PAC fasal 1MDB. Katanya auditornya bertukar 3 kali dan yg sekarang ni Delloite. Perkara ini normal. Pengurusan biasanya tukar auditor 2, 3 tahun sekali ikut kotrak kalau dah expire. Tujuannya untuk mengelakkan kebarangkalian wujudnya permuafakatan antara auditor dan auditee sekiranya satu2 syarikat mengaudit dalam tempoh yg lama. Ini menunjukkan kawalan dalam yang baik.

Anonymous said...

Tan menegur auditor 1MDB kerana mengaudit anak syarikat dahulu dan syarikat induk kemudian. Pendapat saya, auditor profesional lebih tahu dalam hal pengauditan. Adalah lebih mudah untuk mengaudit syarikat anak dahulu kerana angka2 dalam akaun syarikat anak hendaklah dipastikan dan disahkan terlebih dahulu sebelum ianya dibawa ke syarikat induk. Kalau mengaudit Syarikat induk dahulu adalah umpama orang jalan mengundur, susahkan.

Anonymous said...

Untuk melaksanakan auditan bukan mudah dan semberono gitu saja..kita mengesah berdasarkan bukti dan angka..bukan main tuduh...nanti kena saman balik...sapa yg susah? Cakap memang mudah..tak kena apa2...tapi ingat kalau tersalah fakta atau berniat tak baik takut nanti anda disaman olih pihak2 yg berkepentingan..

Blog Archive