Wednesday, June 24, 2015

Isu 1MDB: Pemberi Maklumat Pada Sarawak Reports Ditahan Di Thailand

Xavier Andre Justo (gambar kecil)
1. Xavier Andre Justo, warga Swiss yang berkerja dengan PetroSaudi International Ltd, sebagai Eksekutif It namun dipecat dua tahun lalu dan melarikan diri ke Thailand telah ditangkap di negara tersebut pada Selasa.

2. Polis kriminal perdagangan Thailand menggunakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Selatan negara tersebut.

3. Justo mencuba memeras ugut bekas majikannya sehingga 2.5 juta Swiss Francs (lebih RM10juta).

4. Tindakan Justo memeras ugut majikannya termasuk menghantar beberapa dokumen yang ditokok tambah kepada Sarawak Reports termasuk yang melibatkan 1MDB.

5. Petro Saudi menjadi terkenal di Malaysia atas sebab kerjasama syarikat tersebut dengan 1MDB yang membabitkan pelaburan USD1bilion.

4. Justo merakayasa beberapa dokumen dan menghubungkan Jho Low dengan 1MDB termasuk kononnya USD700 juta dipindahkan ke akaun Good Star di Swiss. Berasas dokumen-dokumen tersebut Sarawak Reports menulis rencana yang berterusan di mana tulisan-tulisan tersebut cuba menggambarkan bahawa 1MDB terlibat dalam skandal kewangan.

5. Ekoran tulisan-tulisan Sarawak Reports syarikat yang berpusat di Saudi Arabia itu telah membuat beberapa laporan polis di london.

6. Dalam perkembangan yang sama PetroSaudi meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerana atas tindakan bekas kakitangan syarikat tersebut menimbulkan beberapa kesulitan termasuk dipolitikan oleh pihak pembangkang antaranya Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

7. Melalui penanahan Justo, maka semakin terungkai faktor penyebab kemelut dalam 1MDB, 

1 comment:

Anonymous said...

Dulu TDM dah kata sarawak report tu sampah. Nah, ini lah buktinya lagi. Dulu kini dan selamanya x payahlah percaya dengan sr ni. Buat sakit kepala dan huru hara. Dimana perlu, dipersilakan saman kaw2 sr, jadi berbaloi menanggung derita fitnah yg panjang.

Blog Archive