Latest News

Guna Media Asing: Tun M Langgar Prinsip Sendiri

1. Semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau sungguh anti media asing, malah Mantan PM tersebut tunjukkan bila mana Dato Seri Anwar Ibrahim mempergunakan media asing memperburukkan negara.

2. Hingga awal tahun ini, Tun masih anti media asing, namun sejak mac beliau kerap menggunakan media asing, termasuk mempercayai laporan Sarawak Reports di mana satu masa dulu beliau katakan sebagai portal kucing kurap.

3. Apa kah mantan PM itu mendapat balasan karma? sehingga sesuatu yang beliau tidak sukai, kini beliau berpaling?

4. Cuba tanya kepada mereka yang pernah menjadi menteri kabinet semasa Tun M, pasti akan memberitahu, bahawa perkara yang tidak disukai mantan PM tersebut, apabila ada pemimpin negara menggunakan media asing.

5. Sebuah artikel The New York Times yang menyiarkan kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ditemubual di Putrajaya baru-baru ini.

6. Menerusi temubual itu, Dr. Mahathir juga melontarkan pandangan bahawa Umno dikuasai golongan ‘Napoleon kecil’ yang menyekat kemasukan individu berbakat dan bijaksana dalam parti semata-mata untuk membolehkan mereka terus berkuasa.

7. Tun M lupa memberitahu, bahawa semasa DS Najiblah Umno mengalami transformasi, apabila memberi peluang kepada 150,000 perwakilan memilih kepimpinan parti, banding 2,600, malah semasa pemerintahan Tun, terdapatnya kuota bagi mereka yang menjadi calon bertanding jawatan dalam parti.

8. Tun cuba mengelirukan rakyat dan masyarkat dunia, namun yang jelas, rakyat Malaysia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut.

9. Tun M juga gagal memberi tahu, bahawa RM42 bilion yang menyelubungi 1MDB merupakan hutang sebuah syarikat. Dengan hutang tersebut maka terkumpul aset RM52bilion. 

10. Tun M juga gagal memberitahu bahawa 1MDB hanya bermodalkan RM1juta, jika tidak menjalankan urusniaga, maka tidak akan bakal memiliki aset sebesar RM52 bilion.

11. Siapa kata wang RM42 bilion hilang? wang sebanyak itu digunakan memiliki aset, sebahagian wang digunakan untuk pelaburan yang ada potensi untuk mendapatkan keuntungan.

12. Tun M gagal memberitahu, bahawa plan perniagaan 1MDB diterima oleh pemberi pinjaman sebagai plan perniagaan yang boleh membayar pinjaman. Mana ada pemberi pinjaman, memberi pinjaman jika yang meminjam tidak mampu bayar balik pinjaman.

12 Responses to "Guna Media Asing: Tun M Langgar Prinsip Sendiri"

Anonymous said...

Apa ni blogger Apa Yang Tersirat, bila masa Dr. Mahathir anti dengan media asing? Tun Dr. Mahathir hanya tidak setuju dan tidak terima cara media barat yang tidak jujur dalam beberapa aspek pelaporannya terutama melibatkan isu palestin dan israel.

Najib sibuk main golf dengan Obama sedangkan rakyat termasuk berpuluh ribu penduduk di Pekan di parlimen Najib sendiri terperangkap dalam banjir besar tahun lalu apa cerita, di mana Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?

Malahan TNB akan membeli pegangan di dalam stesen janakuasa elektrik Jimah yang sebelum ini dibeli secara hutang oleh 1MDB. Alasannya adalah untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik. Memang pelik, kerana Najib serta kuncu-kuncu serta pecacai mereka kata 1MDB beli stesen janakuasa elektrik adalah untuk menurunkan tarif elektrik, tapi pasal apa pula perlu dijual kepada TNB dengan alasan untuk elakkan kenaikan tarif elektrik? Apakah 1MDB tak mampu untuk menurunkan tarif elektrik yang dijual kepada TNBkah? Atau sekali lagi dana GLC akan digunakan untuk tutup lubang lubang dalam 1MDB yang kini sedang terketar-ketar untuk mencari wang bagi menyelesaikan hutang-hutang kerana banyak firma yang beri hutang kepada 1MDB sudah gusar dengan keadaan 1MDB, lebih-lebih lagi bulan Februari 2016 1MDB akan dibubarkan, menjadi persoalan jugalah apa yang akan jadi dengan segala hutang 1MDB? Bond yang dibeli oleh KWSP, oleh Tabung Haji oleh macam-macam pihak tu macam mana ye? 1MDB dah nak dibubarkan awal tahun hadapan, sedangkan bond yang dijual oleh 1MDB sebelum ini tempoh matangnya ada yang sampai 30 tahun lagi, jadi apa akan jadi dengan semua bond itu?

Hingga kini tiada sesiapa pun samada Najib, kuncu-kuncu Najib atau pecacai Najib termasuklah Blogger Apa Yang Tersirat ini mampu jelaskan formula bagaimana 1MDB paling kurang nak bayar kos tahunan faedah bank yang sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion, kalau ikut bulan RM 200 juta, kalau ikut hari hampir RM 6.7 bilion. HIngga kini Najib dan kuncu-kuncu serta pecacainya tidak mempunyai jawapan mengani perkara ini.

Anonymous said...

Tetapi kita dapat lihat Najib sedang mempergunakan, memperalatkan, memangsakan GLC milik kerajaan untuk menimbus lubang besar yang digali oleh Najib dan kuncu-kuncunya di dalam 1MDB, tetapi hakikatnya, mereka tidak mampu nak menimbus lubang itu, malahan lubang lain di dalam GLC, badan berkanun, serta agensi kerajaan yang punya wang pula yang akan bertambah parah kerana wang mereka digunakan untuk bail out 1MDB tetapi dengan wang mereka juga gagal nak bail out 1MDB yang makin bertambah parah dan tenat.

Perkara terakhir yang Najib boleh buat adalah memotong bajet untuk tahun hadapan, kemudian wang negara, wang dalam Rizab Antarabangsa milik Malaysia juga akan digunakan untuk bail out 1MDB, ini sahajalah kaedah yang mereka boleh buat untuk tutup lubang besar dan taik yang mereka buat dalam 1MDB selama ini.

Tetapi yang menjadi mangsa adalah negara dan rakyat. Sebab itulah Tun Dr. Mahathir minta Najib letak jawatan, sebelum krisis di dalam 1MDB akan merebak kepada GLC lain milik kerajaan, serta agensi kerajaan yang lain serta seterusnya boleh merebak kepada struktur ekonomi Malaysia yang boleh runtuh di sebabkan krisis yang bermula di dalam 1MDB ini sahaja.

Najib dah tak ada jawapan, sebab itulah dia larikan diri dari programnya sendiri iaitu Nothing To Hide yang mana akhirnya Najib Run Away To Hide.

Kepimpinan UMNO perlu sedar, sebenarnya sudah tak ada kaedah untuk pulihkan 1MDB yang sekarang ini kalau diibaratkan sebagai manusia, hanya bergantung kepada mesin sokongan hayat sahajalah, hanya menunggu mati. 1MDB tak akan mati begitu sahaja, tapi akan menyeret kerajaan, negara serta GLC, badan berkanun lain untuk turut lingkup bersama 1MDB itu sendiri.

Saya tak pastilah apalah yang diterangkan oleh Najib mengenai 1MDB kepada ketua-ketua bahagian UMNO serta beberapa kerat pimpinan UMNO bahagian, kononnya mereka faham mengenai 1MDB, tetapi mereka hanya menipu orang lain serta menipu diri mereka sendiri, kerana Najib sememangnya tiada jawapan yang dapat pulihkan 1MDB, kerana 1MDB akan menyeret Syarikat Milik Kerajaan, badan berkanun yang punya wang serta agensi kerajaan yang punya wang termasuklah Perbendaharaan Negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia untuk turut lingkup bersama 1MBD jika Najib berterusan menggunakan kaedah gali lubang tutup lubang yang dibuat selama ini.

Anonymous said...

1. Dalam menegakkan kebenaran kadang kita perlu perlu mengenepikan prinsip kita. Namun lebih malang kalau pemimpin pemimpin yang tak hidup tak berprinsip seperti Shahril, Nazri dan Salleh Keruak yang menghalalkan pembohongan di Parlimen dan penyelewengan.


Usahalah saudara mengalih pandangkan kami mengenai 1MDB dengan serangan peribadi.

Kami dapat bezakan antara politik dan soal pentadbiran negara. Kami tahu membezakan antara pelaburan dengan penyelewangan.






Anonymous said...

Saya ini rakyat Malaysia biasa yang sedang pening dengan apa yang berlaku - politik Malaysia hari ini.

Saya sayangkan kerajaan yang memerintah Negara sejak belum Merdeka. Terlalu besar jasa mereka, terlalu banyak pengorbanan orang dulu2 sebelum tegaknya Tanah air seperti hari ini.

Sudah tiba masanya DS Najib pecahkan saja rahsia sebenar mengapa Tun M terlalu marah dengan dia. Bagi saya DS Najib seorang PM yang baik. Dia memikirkan bagaimana hendak menjana kewangan untuk menampung keperluan Negara, maklumlah semuanya perlu duit duit duit.

Tetapi DS Najib dilanda fitnah dari segenap sudut, yang belum kena fitnah hanya KUCHING peliharaan beliau sahaja.

Saya kecewa Tun M mengadu dengan surat khabar Mat Salleh yang memang ada agenda tersendiri benci lihat kebangkitan Negara Islam di rantau ini. Negara Arab semua telah hancur lebur.

DS Najib, tunjukkanlah berilah dunia tahu apa sebenarnya yang Tun M mahu yang dia tak dapat. Tidak perlukan disembunyikan kerana nak jaga maruah sesiapa.


Jika ditakdirkan DS Berundur juga kerana desakan Tun M, saya fikir tak perlukan buang masa dan tenaga lantik mana2 PM lagi, ambil saja Tun M semula jadi PM, peganglah kuasa dunia samapi ke liang lahad, baru puas hati semua. Itupun kalau UMNO masih ada.

baluk said...

Bro....dah baca kaa transkrip tun m cakap, dia tk buruk kan malaysia pun,atau blogers nii cedok kenyataan anifah aman, semua menteri yg bercakap itu, dibayar.....dibayar utk sokong najib

baluk said...

Bro....dah baca kaa transkrip tun m cakap, dia tk buruk kan malaysia pun,atau blogers nii cedok kenyataan anifah aman, semua menteri yg bercakap itu, dibayar.....dibayar utk sokong najib

Anonymous said...

Siapa yang sebenarnya melanggar prinsip. Adakah TDM atau DSN. Najib terlupa bahawa TUN telah membina namamya di persada dunia dan dipandang tinggi oleh negara lain sehingga kini walaupun beliau bukan dikerusi Perdana Menteri lagi.

Pergi saja kemana negara dalam dunia ini. Akhbar Arab telah meletakkan nama TDM sebagai salah seorang dari enam calon yang menjadi idaman setiap negara Arab utk di jadikan pemimpin. Kata mereka , proton telah menyelamatkan maruah negara Islam dunia kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yg berjaya mengeluarkan kereta bermotor. Maruah Islam terselamat.

Dibarat, tidak perlu diperkenalkan lagi. Tambatan Ringgit pada tahun 1998 telah memberi tamparan hebat kpd IMF khususnya dan Kapitalis baratnya amnya , ini membuktikan bahawa seorang doktor gigi mampu menyelesaikan masalah mainan ekonomi kapitalis dan akhirnya secara diam-diam mereka mengakui akan kebikaksanaan TDM . Seorang yg dilontar bermacam panggilan di zamannya. Anwar berahim adalah proksi kpd IMF dan kapitalis barat ketika itu.

Ketika TDM sebagai PM, tidak ada pula Mediamasa luar negara melaporkan akan kekayaan anak-anaknya. Tetapi Najib ,TV indonesia melaporkan berita "Hidup Mewah seorang Perdana Menteri" adalah amat memalukan.
TV Thailand melaporkan anak Najib terlibat dengan perniagaan Scammer juga sesuatu yang amat memilukan.
CNN melaporkan Reza , anak kpd Rosmah Mansor membeli sebuah apartment mewah berjumlah USD23juta dan membuat filem di Hollywood yg bernilai ratus juta juga amat mengejutkan. Apa lagi yg Najib nak sorokkan.

Najib tidak boleh dibiarkan lagi. Seandainya 6bulan lagi dibiarkan si puaka ini bertahan, entah apa pula yang akan dijualnya. Sekiranya Najib berani menggertak rakyat dgn pelbagai Akta, rakyat tidak akan teragak-agak utk bangun mempertahankan hakmilik dari tergadai dari seorang puaka yg tunduk kpd isterinya. Kami dibelakang TDM.

Kpd blogger langau yg mencari makan, katakan yg benar kerana selemah manapun kebenaran pasti akan menang , walau sekuat manapun kebatilan pasti akan tumbang.

Sekian .Terima Kasih

Anonymous said...

Kerajaan sepatutnya tak boleh berniaga spt 1mdb kerana akan berlaku salah guna kuasa. Lihat apa yg berlaku skrang. Hutang dah terlalu tinggi. Rakyat yg merana.
1mdb ni makan tahun pun tak kemana. Jadi sebelum negara bengkrap, elok lah najib turun.

Anonymous said...

mana najib berani turun....kalau dia turun habis la pecah rahsianyaaa....

Anonymous said...

Kenapa sibukkan hutang rm42 bilion tapi x disebut aset bernilai rm51 bilion yg dibeli tu. Janganlah berat sebelah. Kalau dijual balik semua pun masih untung rm9 bilion. Tapi wawasan 1MDB ni lebih dari untuk keuntungan, tapi juga untuk menafaat kepada rakyat seperti teriff elektrik dan rumah mampu milik bagi jangka panjang.

Anonymous said...

Bab2 pergi media antara bangsa ni memang aku x setuju. Masalah dlm negara buat apa nak jaja2 ke antara bangsa. Ini dah mcm perangai Anwar je. Lagipun x demokrasi. Sebaiknya Tun bertanding balik jawatan dlm UNMO dan jika menang jawatan presiden, jadilah PM balik. Itu lebih baik dari memburukkan negara kepada luar negara. Afterall you are still citizen. Ludah ke langit kena muka sendiri.

Anonymous said...

Anon 2302, Kerajaan boleh berniaga, lagi baik supaya keuntungan x dibolot oleh peniaga swasta sahaja yg hanya untuk peribadi. Sekurang2 nya kalau untung keuntungan masuk akaun kerajaan dan boleh diguna untuk rakyat.

Blog Archive