Latest News

DS Najib Lawan Tun Dr Mahathir: Siapapun Yang Menang-Tetap Jadi Abu

1. Kata peribahasa cina, jangan ada dua harimau di satu bukit. Inilah yang berlaku dalam Umno. DS Najib bersandarkan kepada jawatan, sementara Tun Dr Mahathir bersandarkan kepada pengaruh.

2. Keadaan terkini perbalahan antara kedua pemimpin tersebut sudah terkeluar daripada garis norma sebagai pemimpin dalam satu parti, mereka berdua tidak menggunakan lagi norma-norma parti, sebaliknya saling baku hentam.

3. Kemasukan Tan Sri Lim Kok Weng dalam pasukan Najib memperancak hentaman Najib, kepada matan bos beliau tersebut. Di lain pihak pula, Tun Dr Mahathir meneruskan serangan bertali arus berasaskan isu yang masih dikarang-karang.

4. Tun mendesak agar Najib berundur. Najib menjawab TIDAK, kerana beliau mendapat sokongan penuh bukan sahaja daripada Umno akan tetapi parti-parti komponen BN dan juga rakyat. Sebaliknya Tun mendakwa bahawa beliau diminta oleh berbagai pihak agar bertindak kerana terdapatnya salah laku pentadbiran Najib selain gagalnya Najib menjawab berbagai persoalan khususnya yang melibatkan 1MDB.

5. Najib dalam menepis serangan Tun masih menggunakan pendekatan berlapik, sambil menegaskan bahawa pentadbiran beliau dilakukan secara telus dan tidak terdapat sebarang salahlaku atau jenayah sepertimana dakwaan Tun.

6. Namun, Tun tidak menerima jawapan tersebut, sebaliknya semakin agresif menyerang sambil melemparkan pelbagai dakwaan. Sebagai nota, sebelum kemelut 1MDB, Tun sudah menyatakan menarik balik sokongan beliau terhadap Najib.

7.Melalui kemelut 1MDB, Tun mendakwa, bahawa hampir RM27 bilion wang pinjaman syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF) tersebut telah lesap, kononnya disebabkan gaya hidup Najib dan isterinya yang berbelanja boros.

8.Berasaskan dakwaan Tun tersebut, Najib bertindak diplomasi, apabila pada Mac mengarahkan Ketua Audit Negara memerikasa akaun 1MDB yang belum diaudit oleh audit luar sejak 1 April 2014. Beliau juga mengarahkan agar laporan tersebut diserahkan kepada PAC Parlimen.

9. Bagaimanapun Tun bertindak, bahawa beliau tidak percaya kepada laporan Ketua Audit Negara, kerana badan itu tidak akan mampu melihat salahlaku dalam syarikat gergasi itu. Melihat keadaan itu, PAC bertindak dan mengumumkan akan melakukan auditnya sendiri tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara. Pada 19 Mei, PAC memulakan siasatan. Impak tindakan PAC tersebut, mulanya Tun merasa lega, namun tidak juga memuaskan hati beliau, apabila berlaku kekecohan pada 5 Jun dalam majlis forum NOTHING2HIDE yang dibatalkan oleh polis, dengan alasan demi ketenteraman awam dan kerharmonian rakyat.

10. Tun meneruskan serangan beliau. Bagi beliau tiada lagi jawapan yang diperlukan berkaitan 1MDB, kerana jawapan-jawapan yang diberikan adalah jawapan bohong, kerana yang menjawab itu adalah individu yang didapati berbohong. 

11. Tun memperluas serangan beliau dengan mengaitkan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bahawa CEO tersebut adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, atas sebab itu kenyataan atau jawapan beliau berkaitan 1MDB meragukan.

12. Tun tidak berganjak kepada serangan beliau. Najib dan Arul perlu meletakkan jawatan, kerana kedua orang tersebut penyebab kepada kecelaruhan dalam negara khususnya berkaitan dengan 1MDB. Nota: 1MDB adalah syarikat diperbadankan milik penuh MOF yang ditubuhkan pada Febreuari 2009 dengan modal RM1juta, namun selang 5 tahun operasi mampu mengumpul hutang sebanyak RM42bilion, 42ribu kali modal. 1MDB juga dikatakan mempunyai aset berjumlah RM52bilion antara aset 1PP bernilai 18bilion, aset tanah dan aset berbentuk pelaburan unit amanah.

13. Nampaknya serang menyerang antara Najib dan Tun, ibarat kata peribahasa Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah, namun apa yang malang, siapapun pemenang antara keduanya, bekasnya hanya abu. Akan berulang kah musnahnya pemerintah melayu Melaka?

5 Responses to "DS Najib Lawan Tun Dr Mahathir: Siapapun Yang Menang-Tetap Jadi Abu"

Anonymous said...

Tak mahu tahu siapa menang, harap Najib serta penasihat-penasihat dia turun, sudah lah, dah muak dengan isu-isu yang mencurigakan? Bela Islam dan Melayu.

Anonymous said...

"Nampaknya serang menyerang antara Najib dan Tun, ibarat kata peribahasa Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah, namun apa yang malang, siapapun pemenang antara keduanya, bekasnya hanya abu"

Jika Najib berundur, turun dari tahtanya Tun M pun tak akan bersuara lagi (melainkan pengganti Najib juga buat hal)

Mudah terlalu mudah, tak perlu pening kepala, Najib hanya perlu letak jawatan, Ramai lagi yg berkelayakan yg boleh ambil alih...x semestinya Muhyidin, Rakyat pun boleh hidup aman damai.

Anonymous said...

Muafakat tidak lagi diamalkan, perpecahan tidak lagi diperdulikan. Harta & wang ringgit menjadikan berdengkian. Perdaya kafir & munafik yg lebih dipercayai sedangkan apa yg keluar dari mulut mereka tak sama dgn apa yg ada dihati mereka. Tak lama dah akan berulangnya tragedi musnahnya pemerintah melayu Melaka. Nikmat akan ditarik dari orang yg tidak bersyukur.

Anonymous said...

buat apa najib nak letak jawatan kalau 1mdb masih lagi dalam siasatan? kita tunggu dan lihat sajalah kalau selepas siasatan dan najib sah bersalah dan menyeleweng wang 1mdb barulah kita boleh paksa dia letak jawatan. Sebelum disabitkan bersalah oleh pihak yang sedang menyiasat najib masih dianggap sebagai orang yang tidak bersalah. Kata2 mahathir merupakan tuduhan kosong dan setakat ini masih belum dibuktikan...kata2 najib juga adalah jawapan kosong dan masih belum dapat disahkan kebenarannya... mahathir bukan maksum dan suci murni dan najib juga bukanlah malaikat suruhan tuhan yang sentiasa jujur ikhlas. Jadi sama2 la kita menunggu keputusan pihak penyiasat kerana hasil keputusan penyiasat nanti adalah REAL EVIDENCE dan ibu kepada segala jawapan yg ditunggu-tunggu. Kalaulah mahathir dan pengikutnya tidak percaya tidak mahu menunggu keputusan itu salah mereka sendirila. Macamana nak tahu benda tu betul ke tidak kalau selagi tidak diperiksa?

Anonymous said...

Tun yg menyerang. Najib cuma bertahan sahaja. Tapi serangan TDM kabanyakannya dah ada jawapan. Dan berdasarkan jawapan tu memperjelaskan bahawa soalan TDM tu banyak yg x relevan. Sekarang TDM burukkan negara dan Najib di peringkat antara bangsa pulak. Tindakan apa ni? macam x masuk akal. Tuduhan Najib sebagai criminal tanpa bukti tu melampau. Rasa2 boleh kena saman.

Blog Archive