Tuesday, June 02, 2015

1MDB: Penentang DS Najib Kehabisan Peluru

1. Penentang Dato Seri Najib Tun Razak, khususnya Blogger dan Wartawan Veteran- A Kadir Jasin, macam kehabisan peluru, sehingga menulispun tiada lagi yang boleh ditulis yang membuatkan pembaca tertanya-tanya.

2. Tulisan terbaru wartawan veteran itu, antaranya menyebut kononnya cheque bernilai ratusan juta bertukar tangan. Syarikat seperti 1MDB yang mempunyai transksi berjuta, sudah tentunya menggunakan cheque sebagai media untuk membayar, takkan pula menggunakan tunai.

3. Semenjak dikemukakannya cadangan rasionalisasi 1MDB pada Jumaat, kini, semakin terungkai kemelut 1MDB yang sememangnya kemelut yang direkayasa oleh pihak-pihak tertentu, agar supaya syarikat Kementerian Kewangan tersebut kelihatan buruk.

4. Tun Dr Mahathir mengakui sendiri, tidak banyak modal untuk menghentam Najib, selain modal pencapaian PRU-13, di mana pencapaian Perdana Menteri ke-6 tersebut lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi, akan tetapi, pencapaian Umno pada PRU tersebut jauh lebih baik daripada Abdullah, kerana Umno menambah 9 kerusi Parlimen, daripada 79 kepada 88. 

5. Semua parti termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah mengalami pengurangan kerusi pada PRU-13, kecuali Umno dan DAP yang menambah kerusi, manakala PBB daripada Sarawak mempertahankan status quo.

6. Selepas Tun Dr Mahathir menarik sokongan beliau terhadap kempimpinan Najib, mantan Perdana Menteri tersebut mempergunakan dakwaan Sarawak Reports berkaitan 1MDB, di mana digunakan juga oleh Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) untuk membuat berbagai dakwaan berkaitan syarikat ilham Perdana Menteri tersebut.

7. 1MDB di mana awalnya daripada Terengganu Investment Authority (TIA), telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada Februari 2009, dua bulan sebelum DS Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April.

8.Sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal RM1juta, namun mendapat kepercayaan daripada pemberi pinjaman dan juga pelabur untuk mendapatkan kewangan sehingga RM42 bilion. Keupayaan mendapatkan modal tersebut, kerana pelabur dan peminjam mempunyai keyakinan terhadap rancangan perniagaan syarikat tersebut.

9. Dalam perjalanan syarikat tersebut selama 5 tahun, selain membeli 13 IPP dan satu industri penyulingan yang tersebar di 5 negara, juga membeli tiga bidang tanah yang bernilai tinggi dan mencipta nilai tinggi untuk dimajukan.

10. Akibat pemilikan 3 IPP dalam negeri, traif litrik yang sepatutnya naik pada tahun 2014, bukan sahaja mengekang rancangan tersebut, malah tarif litrik seluruh negara diturunkan. 

11. DS Najib telah mengambil iktibar bahawa melalui pengwujudan IPP bermula tahun 1990, sebanyak RM100 bilion subsidi bagi tenaga litrik telah masuk ke akaun pemilik IPP. Jumlah itu, jika digunakan untuk membangun negara sudah tentunya mempunyai impak yang tinggi. Bandingkan kos pembangunan untuk RMK-11 hanya RM260 bilion dan RMK-10 hanya RM230bilion untuk lima tahun, dan itu melibatkan seluruh negara.

12. Oleh kerana rancangan 1MDB untuk mengurangkan tarif tenaga di Malaysia, maka para peniaga yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai punca menjadi jutawan, sudah tentu, tidak senang hati, atas sebab itu mempergunakan berbagai saluran, antaranya saluran politik, untuk mengaggalkan usaha tersebut.

13. Salah satu caranya adalah merekaysa cerita buruk berkaitan dengan pemudah cara rancangan tersebut, kerana mereka tahu, ikan mula busuk daripada kepala.

14. Kini, melalui rasionalisasi 1MDB termasuk membubarkan syarikat tersebut awal tahun 2016, bukan sahaja mengembirakan mereka yang anti kepada syarikat tersebut, malah mereka kehabisan peluru untuk menembak, malah peluru yang berbaki adalah peluru kapur.

15. Para pengeritik dan mereka yang mahu 1MDB gagal sepenuhnya, kini, tidak juga merasa nyaman, kerana melalui rasionalisasi 1MDB, syarikat tersebut dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan, dengan core bisnes masing-masing, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

16. Malah mereka kini, telah sibuk membuat dakwaan, kononnya ikatan 1MDB dengan sebuah syarikat antarabangsa daripada Abu Dhabi IPIC dan anak syarikatnya Aabar, kononnya diberikan saham sehingga 49% dalam syarikat Edra.

17. Melihat kepada tindakan mereka itu, semamangnya mereka tidak mahu sesebuah syarikat Malaysia berjaya dalam perniagaan, kerana syarikat yang dikuasai Kementerian Kewangan tersebut bakal berimpak kepada negara dan rakyatnya, tidak sama dengan syarikat Multinasional lain yang hanya memenuhi kantong pemiliknya.

18. Diperkirakan apabila syarikat Edra beroperasi penuh, harga tenaga dalam negara akan terus berkurangan, dan tujuannya agar supaya syarikat-syarikat yang beroperasi dalam negara mampu menurunkan kos produksi, dan pada gilirannya, kos yang dijimat tersebut akan diberikan kepada tenaga kerja sebagai imbuhan, dalam rangka meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Juga melalui penjimat kos tersebut, eksport negara lebih berdaya saing di pasar antarabangsa.

19. Mereka yang mahu mengaggalkan usaha Perdana Menteri menjadikan rakyat Malaysia berpendapatn tinggi, juga melalui produktiviti tinggi, dihalang sedemikian rupa, supaya Malaysia jatuh miskin kerana tidak mampu bersaing diperingkat global, kerana kos produksi yang tinggi.

20. Keadaan perekonomian di masa depan, sangat tergantung kepada kos produksi, atas sebab itu, satu tindakan perlu diambil, dan tindakan itu perlu melalui pengurangan kos tenaga atau tarif litrik.

6 comments:

Anonymous said...

Tuan nyatakan:

9. Dalam perjalanan syarikat tersebut selama 5 tahun, selain membeli 13 IPP dan satu industri penyulingan yang tersebar di 5 negara, juga membeli tiga bidang tanah yang bernilai tinggi dan mencipta nilai tinggi untuk dimajukan.

Tapi realitinya, sampai hari ni tiada sumbangan pendapatan untuk 1MDB sehingga memaksanya meminjam untuk membayar pinjaman. Mohon penjelasan lanjut.

Anonymous said...

Apa yang tersirat dalam pemikiran blogger Apa Yang Tersirat ini adalah beliau adalah pecacai upahan Najib.

Melihat kepada tulisan beliau, adalah hanya menghentam Tun Dr. Mahathir secara peribadi.

Sebenarnya Tun Dr. Mahathir tak ada sebab pun nak suka-suka hentam Najib, tetapi kerana melibatkan kepentingan negara.

Isu utama adalah kerajaan sedang menjamin pinjaman 1MDB berjumlah RM 42 bilion, dan sekarang ini mencecah lebih RM 50 bilion, itu isunya. Kemudian Najib mempergunakan GLC, badan berkanun untuk menyelesaikan hutang 1MDB sedangkan GLC dan badan berkanun itu menyimpan wang rakyat, macam Tabung Haji, macam KWAP, macam KWSP, mereka menyimpan wang rakyat, bukannya wang Najib atau Rosmah.

Tak cukup dengan itu, penipuan Najib di Parlimen, Najib melalui kenyataan bertulis di parlimen pada bulan Mac 2015 menyatakan bahawa USD 1.103 bilion wang tunai telah disimpan di BSI Singapore Limited, walaupun Tun Mahathir dan ramai veteran UMNO serta pihak-pihak tertentu menyatakan bahawa yang disimpan itu hanyalah 'paper asset' yang tidak diketahui nilai dan jenisnya pun, tetapi Najib menuduh orang yang menyatakan perkara berkenaan dengan macam-macam tuduhan, tetapi pada bulan Mei 2015 Najib buat U-Turn menyatakan yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, aset apa pun tak tahulah, jumlahnya, nilainya pun tak diberi tahu, kemudiannya tak berapa lama lepas itu, kementerian kewangan sekali lagi buat kenyataan, bukan aset pula, tapi unit, unit jadah apa pun tak tahulah, berapa jumlahnya, berapa nilainya pun tak tahulah.

Sila blogger Apa Yang Tersirat lihat isu-isu yang menjadi pertikaian itu, jangan menjual maruah diri dengan membela perkara jahat untuk kepentingan peribadi dan sanggup mengkhianati negara pula.

Isu utamanya adalah melibatkan kepentingan negara, kepentingan Barisan Nasional, kepentingan UMNO, kepentingan rakyat Malaysia, bukannya ada agenda lain seperti yang dituduhkan oleh para pecacai Najib selama ini.

Malahan Najib dan kuncu-kuncu buat dialog, tetapi mereka sendiri seperti tidak mahu Tun Dr. Mahathir datang, mereka tak buat kad jemputan untuk Tun, tapi buat untuk NGO lain, bila ditanya kepada urusetia program dialog Najib itu, mereka kata terlepas pandang. Terlepas pandang apanya, kalau jemputan kepada Mat Sabu dan Mahfuz atau Lim Kit Siang tu bolehlah kalau tak ingat, kerana mereka datang pun bukannya ada kebaikan untuk negara, merapu sahaja lebih, tetapi ini jemputan untuk personaliti tanah air yang bukan setakat terkenal di Malaysia, tetapi terkenal di peringkat antarabangsa, sampaikan Tun Dr. Mahathir ke Jepun baru-baru ini, begitu ramai wartawan dan orang ramai termasuk kenamaan di Jepun sendiri yang menyambut ketibaan Tun Dr. Mahathir sambil mengibarkan bendera kecil Malaysia, teras bangga di hati ini melihat pemimpin negara ini walaupun bukan lagi Perdana Menteri, tetapi diberikan penghormatan sebegitu rupa oleh rakyat negara negara asing termasuk orang kenamaan negara mereka, tetapi di Malaysia, urusetia program dialog Najib boleh kata terlepas pandang. Terlepas pandang ke, nak elakkan Tun Dr. Mahathir datang dan bertanyakan soalan-soalan yang menyebabkan Najib jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana banyak rahsia kemungkaran Najib dan kuncu-kuncu akan terbongkar kerana soalan-soalan dari Tun Dr. Mahathir itu.

Tun Dr. Mahathir dah tak teringin nak ambil jawatan Perdana Menteri dari Najib, Tun Dr. Mahathir pun tahu bahawa umurnya kini dah 90 tahun, nak tamak kuasa buat apa, tapi dia tak bolehlah biarkan negara ini dirosakkan dan dimusnahkan oleh orang yang mengaku sebagai pemimpin sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri jenis apakah yang melingkupkan negara sendiri? Nilailah manusia seteruk itu.

SUARA RAKYAT said...

Ayt tiada kaitan dgn sesiapa. Tiada sebarang link dgn sesiapa apatah lagi ds najib ayt tidak kenal seorangpun pegawai ds najib. Ayt menulis berasaskan gerak hati.

Anonymous said...

Non 15;12,

Rasanya tak betul kalau nak kata 1MDB tak ada pendapatan,kerana sekurang-kurangnya yg saya tahu IPP yg di beli dari Genting dan ananda memang sudah beroperasi,sekadarkan pendapatan dari itu tidak mencukupi bagi membiayai operasi syarikat ,terutamanya utk membayar faedah pinjaman.Dalam pengurusan corporate hari ini,biasanya pokok pinjaman memang tidak di bayar melalui hasil operasi,tatapi melalui exercise tertentu,misalnya penyenarai saham atau pencairan(penjualan) harta selepas di buat penambah baikan yg menjadikan nilainya melebihi pinjaman.Saya percaya ini yg telah di rancang oleh pengurusan 1MDB.

Misalnya ada beberapa buah syarikat besar yg tersenarai di BSKL seperti Maxis,Malakoff,Bumi Armada ,IOI Prop,dimana pemegang saham mejoritinya telah mengeluarkan syarikat berkenaan dari penyenaraian dgn membeli kesemua saham yg tidak mereka miliki dgn menggunakan pinjaman bank yg bernialai berbelion ringgit.Syarikat -syarikat tersebut memang beroperasi dan memperolehi keuntungan.Tapi pinjaman bank tidak di bayar dgn hasil dari operasi tersebut,hasil operasi hanya di gunakan utk membayar faedah pinjaman berkaitan.Kemudiannya syarikat berkaitan di senarikan semula selepas penambah baikan,selama di luar penyenaraian.Sekarang syarikat-syarikat tersebut kembali tersenarai di BSKL,yg terakhir melalui proses tersebut ialah Malakoff.Ini dunia corporate.

Anonymous said...

Anon 2 June 2015 at 17:42, kalau pendapatan tak mampu menampung kos operasi, apa kejadahnya beroperasi, makin menambahkan beban.

Kalau bayar hutang menerusi penyenaraian pun, tapi kalau pendapatan syarikat tak mampu tampung kos operasi syarikat, bermakna kena hutang lagi untuk biaya kos operasi syarikat, lepas tu hutang lagi sebab pendapatan syarikat tak mampu tampung kos operasi syarikat dan seterusnya hingga hutang makin menimbun tetapi syarikat tak untung apa apa pun.

Kamu bercakap macam pandai ekonomi, tetapi auta sahajalah yang lebih, dalam isu 1MDB ini, sejak awal penubuhannya tidak mencatatkan keuntungan, hanya rugi memanjang, hutang dari RM 42 bilion dah jadi sekarang ni mencecah RM 50 bilion, nak tunggu sampai banyak mana lagi baru nak puas hati?

Isunya sekarang ini 1MDB buat model korporat macam keparat, sampai lingkup syarikat itu, kemudian yang jadi penjamin pinjaman `1MDB adalah kerajaan, kalau 1MDB tak mampu bayar hutang, maka kerajaan yang akan tanggung semua hutang itu dengan mengambil wang dari perbendaharaan Malaysia yang mana wang itu adalah sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat seperti bina sekolah, bina hospital, bina jalanraya, buat gelanggang parmainan, buat litar lumba di kampung untuk elak lumba haram, bangunkan infrastrtuktur untuk kemudahan rakyat, tetapi wang itu dirampas untuk bayar hutang 1MDB, ini yang dipertikaikan. Kau fikirlah kalau RM 50 bilion, berjuta-juta pembangunan kecil boleh dibuat, beratus ribu pembangunan sederhana boleh dibuat beribu pembangunan besar boleh dibuat.

Tolong faham apa isu yang sebenarnya daripada merapu macam pandai ekonomi tapi semuanya ke longkang dan hanyut ke parit lepas tu dihanyutkan ke laut entah ke mana.

Anonymous said...

Hi,hi kita tunggu lah macam mana pun .tengok siapa sebenarnya yg tak faham sebenarnya.

Blog Archive