Wednesday, June 17, 2015

1MDB DAN NAJIB RAZAK

1 .Sebelum isu 1MDB menyelubungi DS Najib, isu yang kurang sedap didengar hanya berkaitan isteri beliau dan lawatan beliau keluar negara yang kerap, termasuk pada hari-hari kebesaran dan hari-hari musibah melanda negara.

2. Isu 1Malaysia satu ketika cuba dimainkan pembangkang- mereka cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dan Timbalannya, hanya kerana jawapan TS Muhiyidin antara melayu dan Malaysia, di mana TPM itu memilih melayu dulu kemudian Malaysia. Latar belakang kepada pendirian Muhiyiddin tersebut adalah beliau merupakan suku melayu rakyat Malaysia.

3. Tun Dr Mahathir satu ketika menentang Tun Abdullah, sehingga mantan Perdana Menteri itu keluar daripada Umno sebaik sahaja tamatnya PRU-12 yang diketuai Abdullah, di mana keputusan PRU tersebut, UBN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat. UBN kehilangan banyak kerusi khususnya daripada komponen UBN terutama MCA, Gerakan dan MIC. Malah, parti Gerakan kalah teruk dan menyerahkan kerajaan Pulau Pinang kepada DAP. Akibat kekalahan teruk MCA, Gerakan dan MIC, kerajaan Kedah juga dirampas pembangkang, walaupun kerusi-kerusi yang ditandangi Umno hampir 90 peratus menang. Pada PRU-12 juga Perak jatuh ke tangan pembangkang, walaupun 9 bulan kemudian kembali ke pangkuan UBN kerana 1 ADUN DAP and 2 ADUN PKR menjadi wakil bebas mesra BN.

4. Abdullah- kerana berbagai asakan terpaksa meletakkan jawatan pada 2 April 2009 and digantikan DS Najib. Oleh kerana Abdullah meletakkan jawatan, maka Tun Mahathir kembali menyertai Umno dan terus menyokong DS Najib sehingga PRU-13 tamat. Keputusan PRU-13, walaupun berbagai janji dan cara, termasuk pemberian BR1M, UBN tidak menambah kerusi, sebaliknya berkurang 7 berbanding PRU-12. Walaupun UBN mendapat kerusi kurang, akan tetapi UMNO menambah 9 kerusi daripada 79 kepada 88. Jika tidak kalah bagi beberapa kawasan yang dianggap selamat termasuk kekalahan dua Timbalan Menteri, and Seorang Ketua Menteri, Umno mungkin menambah 11-12 kerusi. Namun pencapaian tersebut tidak juga mengembalikan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

5. Keputusan PRU-13, walaupun UBN kehilangan 7 kerusi parlimen, akan tetapi mampu menawan Kedah daripada pembangkang, dan mempertahankan Perak. Walaupun demikian, UBN kalah teruk di Selangor, termasuk beberapa kerusi Umno kalah ke tangan pembangkang. Di Terengganu pula, UBN hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi DUN berbanding pembangkang. Di Negeri Sembilan UBN membentuk kerajaan tanpa kuasa 2/3, manakala di Johor yang dianggap kubu kuat UBN khususnya UMNO, pembangkang mendapat banyak kerusi termasuk kejayaan PAS menang kerusi DUN. Di Sabah yang merupakan simpanan tetap UBN, pembangkang berjaya menang 12 DUN and 3 kerusi Parlimen, termasuk kekalahan seorang Presiden komponen parti.

6. Keputusan PRU-13 itu, pada mulanya tidak menganggu sangat Tun Dr Mahathir. Namun, apabila berbagai perancangan awal seperti meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok, trek Kereta Api Laju daripada Johor ke Padang Besar tidak dilaksanakan, mantan PM itu mula bercakap dan seterusnya mengumumkan menarik balik sokongan beliau terhadap Najib. Selepas sahaja Tun mengatakan tidak lagi menyokong DS Najib, maka beliau memilih 1MDB sebagai faktor pendesak kepada Perdana Menteri. Sebelum itu, 1MDB juga merupakan “baby” kepada pembangkang khususnya Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) selain Sarawak Reports yang berpusat di London menerbitkan berbagai rencana atau dakwaan negatif terhadap 1MDB.

7. Walaupun isu 1MDB hebat diperkatakan pembangkang, namun kurang mendapat perhatian rakyat. Sebaik sahaja Tun Mahathir menyertai kritikan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan tersebut, tidak semana-mana ramailah rakyat mengikuti dengan penuh minat berkaitan syarikat tersebut.

8. Luka yang tersedia pada syarikat tersebut disapu garam oleh para pengurusan syarikat tersebut apabila gagal membayar pinjaman RM2bilion pada perbankan tempatan. Untuk membayar hutang, terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Khrisnan. Selain itu bagi menampung belanja mengurus terpaksa meminta stand-by credit daripada Kerajaan sebanyak RM950 juta.

9. Ekoran masalah aliran tunai, maka pelaburan yang didaftarkan di Pulau Cayman terpaksa di bawah balik dan disimpan di BSI Singapura. Pelaburan berbentuk unit tersebut bernilai USD1.103 bilion. Pelaburan tersebut kini menjadi sejarah kerana telah diambil alih oleh IPIC dan Aabar daripada Abu Dhabi dengan membayar USD1bilion. Bayaran tersebut juga telah menjadi sejarah kerana telah digunakan membayar USD975 kepada Bank Jerman.

10. 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, dua bulan sebelum DS Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-6, hanya memerlukan 5 tahun untuk mengumpul hutang RM42 bilion, meskipun hanya bermodal asal RM1juta. Hutang berbilion tersebut digunakan untuk membeli 3 IPP dalam negara bernilai RM18 bilion (termasuk hutang syarikat yang dibeli). Juga pembelian tanah TRX, Bandar Malaysia dan Tanah Ayer Hitam Pulau Pinang dengan harga RM1.7bilion, Pelaburan Tunai RM15.4bilion, perbelanjaan mengurus dan cukai RM5.8 bilion. Di lain pihak, selepas 5 tahun, dengan sejumlah hutang, syarikat tersebut mengaku mempunyai aset bernial RM52 bilion. Ertinya diatas kertas, syarikat itu telah untung RM10bilion.

11. Melalui perancangan syarikat tersebut, untuk mengatsi aliran tunai, maka bercadang meneribatkan IPO, di mana jika terbitan menjadi, maka syarikat akan mendapat tunai RM8bilion. Wang tunai sebanyak itu, selain digunakan untuk membangun hartanah yang dibeli juga digunakan untuk membina KLPP (Kuala Langat Power Plant), namun rancangan terbitan IPO tertangguh hingga kini. (Nota setiap tahun 1MDB perlu membayar bunga pinjaman antara RM2.4bilion hingga RM2.7bilion, berasaskan hutang RM42 bilion).

12. Rancangan bisnis untuk mendapatkan wang tunai terbantut, kerana gagal menerbitkan IPO, atas sebab itu syarikat berdepan dengan aliran tunai. Hutang perlu dibayar, atas sebab itu, syarikat terpaksa mengambil plan B termasuk meminjam daripada Ananda, melepaskan pelaburan jangka panjang, menjual sebahagian hartanah dan meminta bantuan daripada Kementerian Kewangan. (Nota sehngga kini, tidak jelas daripada mana 1MDB mendapat hutang, namun Dewan rakyat semalam diberitahu sebahagian hutang syarikat tersebut daripada bank EXIM berjumlah RM560juta).

13. Tiada syarikat mampu bergerak jika tiada wang tunai. Bersandarkan keadaan itu, maka dikemukakan cadangan rasionalisasi 1MDB termasuk membubarkan syarikat tersebut awal Tahun 2016. Dalam rangka pembubaran tersebut, 1MDB akan dijadikan tiga entiti berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat pengeluar Tenaga-EDRA. Tiada syarikat boleh dibubarkan dengan bebanan hutang yang besar, kecuali syarikat dimufliskan. Jika dimufliskan, Kerajaan Malaysia jadi taruhan.

14. Melalui rancangan rasionalisasi 1MDB, pihak kerajaan berusaha sedaya upaya membayar hutang. Antaranya kerjasama dengan IPIC dan Aabar, dimana melalui kerjasama itu sejumlah RM16bilion hutang 1MDB akan dapat dibayar.

15. Di atas kertas, memang kelihatan tidak berlaku kemuskilan yang berat, namun persepsi negatif yang dikumpul melalui dakwaan negatif terhadap syarikat tersebut, menyebabkan berbagai pihak ikut curiga malah percaya, bahawa sebahagian wang pinjaman telah diselewengkan. 

16. Kecurigaan tertumpu kepada pelaburan tunai berjumlah RM15.4bilion, kerana jarang berlaku pada sebarang bisnes atau perniagaan, melabur melalui pinjaman.

17. Kini, 1MDB yang mana pada mulanya merupakan syarikat yang diwujudkan untuk menarik modal asing ke dalam negara, rupanya mengumpul hutang bagi bagi syarikat tersebut. Pelaburan pihak asing ke dalam syarikat berbeza dengan hutang syarikat, kerana hutang perlu dibayar.

18. DS Najib Razak meminta tempoh 2 bulan atau sehingga hujung tahun 2015 untuk membereskan kemelut 1MDB, namun para pengeritik beliau tidak sabar-sabar, malah tidak sanggup menunggu laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat tersebut.

19. Tun Dr Mahathir misalnya, tidak mahu menunggu sebarang laporan dan mahukan DS Najib meletakkan jawatan segera, kerana menurut mantan Perdana Menteri itu, selagi Najib masih Perdana Menteri, banyak impak negatif kepada perekonomian negara termasuk penurunan mata wang negara. 

20. Laporan negatif berkaitan 1MDB, kini melanda negara, malah bagi mereka yang memang penyokong pembangkang mengapi-apikan keadaan itu, sehingga tidak sedikit penyokong kerjaan terikut-ikut.

21. Para penyokong pembangkang termasuk pemimpin mereka, menghubungkan hutang 1MDB dengan GST. Mereka menokok tambah, bahawa tujuan sebenar percukaian baru tersebut adalah untuk membayar hutang 1MDB. Malah dikalangan mereka ini, GST adalah penyelamat kepada 1MDB.

4 comments:

Anonymous said...

Kepada pecacai Najib, sila ulas bagaimanakah kaedahnya 1MDB nak langsaikan hutangnya sebanyak RM 42 bilion yang kini dah meningkat sekurang-kurangnya kepada RM 45 bilion, kos faedah bank pun sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion setahun, jika sebulan melibatkan RM 200 juta, kalau sehari lebih kurang RM 6.7 juta, itu baru faedah bank tak termasuk hutang pokok RM 45 bilion itu lagi. Dari mana 1MDB nak cekau duit untuk uruskan hal ini kalau tidak dengan cara menyamun harta negara seperi Tabung Haji, KWAP, KWSP, FELDA, FELCRA dan lain-lain agensi yang ada wang, silap hari bulan wang dalam Perbendaharaan Negara termasuklah Rizab Antarabangsa pun akan disamun untuk bayar hutang dan faedah bank 1MDB ini. Oleh itu, sila jelaskan kaedah 1MDB nak selesaikan paling kurang faedah pun saya tahu bahawa juak-juak Najib ini tak mampu nak jelaskan jika nak buat dengan cara jujur, melainkan mereka beri jawapan bahawa 1MDB akan menyamun harta negara untuk selesaikan hutang.

Tun Dr. Mahathir dah lihat dan tahu jawapannya bahawa Najib tidak mampu untuk menyelesaikan 1MDB dan akan menyebakan lebih banyak kemusnahan kepada negara jika Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih lama lagi. Lihatlah, nak bayar faedah bank pun 1MDB tak mampu, jumlah setahun RM 2.4 bilion, sebulan RM 200 juta, sehari RM 6.7 juta, boleh ke Najib selesaikan ini? Itu baru faedah bank, tak termasuk hutang pokok yang kini sekurang-kurangnya RM 45 bilion. Najib hanya boleh selesaikan hutang 1MDB ini dengan menyamun harta negara dalam FELDA, FELCRA, KWAP, KWSP, Tabung Haji, malahan wang dalam Perbendaharaan Negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia, inilah , lubuk wang untuk disonglap oleh Najib bagi membayar hutang 1MDB sedangkan berpuluh bilion ringgit wang yang dipinjam oleh 1MDB tidak mampu dijelaskan oleh Najib ke mana lesapnya wang itu. Sila ambil penyata imbangan 1MDB, kemudian lihat ekuiti dan liabililiti, lihat pada tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja ada perbezaan berbilion ringgit, ingat bahawa 1MDB beli tanah di TRX dengan harga RM 230 juta sahaja seperti mana penerangan oleh 1MDB sendiri, lepas tu kaji penyata imbangan 1MDB di bahagian tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja sudah berbilion wang negara lesap tanpa dapat dikesan.

Anonymous said...

Jual sebahagian aset 1MDB khasnya di luar negara untuk dapatkan tunai dan langsaikan hutang. Sebab hutang diambil untuk beli aset.

Anonymous said...

Anonymous 17.06

Masalah nya tidak semudah hanya jual asset 1MDB sebab asset yang di beli dan yang di miliki oleh 1MDB nilainya tidak setimbal spt yang dibeli sebab duit yang di bayar kepada Jho Low dll.. Ingat rm27B kurang daripada nilai segala aset. Janganlah jadi bodoh rakyat2 malaysia. Melayu sgt malas utk memahami segala isu sbb malas nak guna otak utk fikir dan suka ambil mudah dan senang. sebab itu lah Najib sengaja ambil jalan utk melengah2kan audit supaya rakyat akan lupakan.. mungkin ahli umno akan lupakan tp ingat rakyat tidak sama sekali..

Anonymous said...

Nilai aset 1MDB tu rm51 bilion x kan x leh cover loan rm42 bilion? Ini disahkan oleh auditors profesional. Nonsense lah anon 355. 1MDB kata x de duit bagi J low. Mana bukti duit kasi J Low? Kau ada ke? tunjuklah.

Blog Archive