Wednesday, June 03, 2015

1MDB: Benarkah Sebahagian Pinjaman Syarikat Tersebut lesap?

1. Laporan audit 1MDB bermula daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014, ternyata pinjaman RM42 bilion oleh syarikat tersebut, tidak hilang sepertimana dakwaan pembangkang, malah daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

2. Melihat kepada chart yang telah diberikan oleh syarikat tersebut, RM18 bilion digunakan untuk membeli beberapa 1PP- Powertek (RM8.5 bilion), Kuala Langat Power Plant (RM2.3bilion), Jimah (RM1.2bilion) dan tanggungan hutang RM6 bilion, jika dijumlahkan berjumlah RM18bilion.

3. Pembelian hartanah TRX (RM0.2bilion), Bandar Malaysia (RM0.4 bilion) and Tanah Pulau Pinang (RM1.1bilion), keseluruhannya RM1.7bilion.

4. Kos mendapatkan pinjaman dan perbelanjaan pengurusan RM4.5 bilion, Kos tetap RM0.9 bilion and cukai RM0.4 bilion, keseluruhannnay RM5.8 bilion.

5. Pelaburan tunai: Brazen Sky RM6.1 bilion, Aabar Capital RM4.2bilion and 1MDB Gil Fund RM5.1 bilion, jumlah keseluruhan RM15.4 bilion. 

6. Apabila dijumlah semua perbelanjaan tersebut keseluruhannya berjumlah RM40.9 bilion, oleh kerana pinjaman keseluruhan berjumlah RM41.8bilion, maka 1MDB mempunyai RM900juta wang tunai.

7. Pada masa ini Ketua Audit Negara dan PAC sedang memeriksa syarikat tersebut, ekoran berbagai dakwaan terutama oleh portal Sarawak Reports dan kemudiannya diputar belit oleh Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR). Tidak ketinggalan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathirpun ikut sama.

8.Pada Jumaat, MK-2 yang berperanan sebagai jurucakap kabinet dan kerajaan bagi pihak 1MDB telah mengemukakan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016.

9. Isu 1MDB semakin diminati umum pada suku akhir tahun lalu, apabila gagal menunaikan obligasinya kepada bank-bank tempatan yang berjumlah RM2bilion. Juga kerana masalah aliran tunai syarikat tersebut, kerajaan terpaksa menyuntik modal RM950 juta.

10. Oleh kerana masalah aliran tunai, 1MDB terpaksa menjual 1,6 hektar tanah TRX kepada TH Property dengan harga RM188.5 juta, kerana syarikat tersebut mempunyai obligasi kepada peminjam pada 9 Mei lalu.

11. Esok 1MDB akan menerima bayaran USD1bilion untuk digunakan membayar kepada beberapa bank antarabangsa berjumlah USD975 milion.

3 comments:

Anonymous said...

Semalam Menteri Datuk Seri Husni menyatakan tiada dana awam digunakan, tetapi pelaburan dari KWAP sebanyak RM 1.2 bilion, lepas tu pembelian tanah oleh Tabung Haji di mana tanah seluas 1.56 ekar di TRX yang mana diperolehi oleh 1MDB dengan harga RM 4 juta tetapi dijual dengan harga RM 188.5 juta, hampir sama dengan harga keseluruhan tanah berkeluasan 70 ekar di TRX yang diperolehi oleh 1MDB dari kerajaan dengan harga kurang RM 200 juta.

Apakah transaksi ini juga telah disiasat oleh pihak Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara?

Kita mau tahu jugalah apakah rasionalnya 1MDB hanya membayar tanah yang berharga RM 7 bilion di TRX dengan harga kurang RM 200 juta, apakah perkara ini mendapat kelulusan dari pihak kabinet serta dalam pengetahuan pihak kabinet?

Malahan bukan setakat tanah di TRX, tetapi tanah berkeluasan 500 juta lebih ekar di Sungai Besi yang hanya dijual dengan harga kurang dari RM 1.5 bilion sedangkan harga tanah itu berkali ganda lebih tinggi dari harga belian oleh 1MDB, apakah rasionalnya?

Malahan plot tanah di TRX berkeluasan 1.56 ekar yang dijual kepada Tabung Haji, tanah berkeluasan 1.56 ekar itu, hanya diperoleh dari pihak kerajaan oleh 1MDB dengan harga RM 4 juta, tetapi mengapakah dijual dengan harga RM 188.5 juta kerana Tabung Haji juga GLC milik kerajaan, mengapakah berlaku sebegini? Kalau 1MDB dapat tanah dengan harga murah sebab milik kerajaan, Tabung Haji juga GLC milik kerajaan, apa bezanya 1MDB dengan Tabung Haji?

Sebenarnya banyak lagi isu, cuma jawablah yang ni dulu.

Anonymous said...

Beritahulah juga mengenai pihak yang memberikan hutang kepada 1MDB yang perlu 1MDB jelaskan dengan menggunakan dana dari Aabar yang kononnya buat pelaburan USD 1 bilion di dalam 1MDB untuk pembangunan TRX dan Bandar Malaysia, tetapi USD 975 juta akan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, tinggal baki USD 25 juta sahajalah, pelaburan jadah apa kalau begini rupa? Malahan Menteri Datuk Seri Husni tak jelaskan pihak yang 1MDB perlu bayar hutangnya itu, siapa pihak itu?

Kalau banyak sangat konar sana sini, maka akan menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan sebagaimana terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap Speaker Parlimen, dapat sahaja perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat mengikut kehendak hati, maka boleh jadi pecacai Najib yang dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari oleh Najib, hinggakan Najib membohong dalam parlimen pun tak diambil tindakan disiplin, sebab dah diberi makan suap perabot, tandas dan ubah suai pejabat tadilah.

Anonymous said...

1MDB x guna dana rakyat. Tapi depa dah beli harta rakyat. Dengan hutang ok! yg jamin hutang tu duit mai drp rakyat jugak ok!

Blog Archive