Thursday, June 04, 2015

1MDB: Apa Kah Pelaburan Tunai RM15.4bilion Sudah Ditebus Semula?

1. Perkara pokok yang perlu dilihat dan diperiksa Ketua Audit Negara dan PAC adalah pelaburan berbentuk tunai kepada Brazen Sky (RM6.1bilion), Aabar Deposit (RM4.2bilion) dan 1MDB Gil Fund (RM5.1bilion) sudah dicairkan atau belum?. 

2. Jika semua dana itu sudah dicairkan adakah mendapat keuntungan? atau telah mendapat jumlah pelaburan asal? 

3. Jika pelaburan tunai tersebut dicairkan, maka hutang 1MDB hanya berbaki RM 26.4 bilion, daripada jumlah tersebut RM 19.7bilion merupakan aset yang boleh dijual yang terdiri daripada IPP Powertek, KLPP dan Jimah berserta tanggungan hutang IPP tersebut yang telah diambil alih sejumlah RM6bilion serta tanah TRX, Bandar Malaysia dan tanah di Pulau Pinang. Ertinya baki hutang adalah RM6.7bilion. Daripada RM6.7bilion tersebut RM5.8bilion merupakan kos kerja, kos tetap dan cukai, ertinya RM900 juta seharusnya berada dalam akaun syarikat tersebut.

4. Powertek dan Jimah sebenarnya telah berproduksi dan menghasilkan pendapatan RM2.4juta sehari atau RM876juta setahun. Katakan pendapatan bermula pada Julai 2012, maka sehingga julai 2014, dua IPP itu telah mengumpul pendapatan RM 1.752bilion. Bermula hingga Ogos sehingga 31 Mei pendapatan berjumlah RM730juta. Ertinya sejak 1MDB mengambil dua 1PP tersebut, keuntungan yang telah diraih sekitar RM2.482bilion. Jika pendapatan tersebut ditolak dengan hutang tertunggak RM6bilion, ertiya hutang tertunggak berbaki RM3.518bilion.

5. Persoalannya sekarang apakah Powertek dan Jimah masih bernilai RM9.7 bilion? Sementara itu, tanah TRX dan Bandar Malaysia yang dibeli sebanyak RM0.6bilion, kini telah mempunyai nilai lebih RM6bilion dan jika diambilkira tanah Pulau Pinang, ketiga-tiga aset tersebut bernilai RM10bilion. 

6. Jika diambilkira pembelian berberapa IPP dan hartanah yang berjumlah RM19.7bilion, termasuk hutang yang turut ditanggung, jika diambilkira nilai asal 2 IPP@RM9.7bilion dengan hutang berbaki RM3.518bilion dan nilai hartanah RM10bilion, maka 1MDB seharusnya mempunyai aset terakru setara tunai berjumlah (RM10bilion+RM9.7bilion- RM3.518bilion)=RM16.182 bilion, daripada jumlah ini tidak termasuk kos membeli KLPP yang berjumlah RM2.3bilion. Berasaskan data ini, tanpa mengambil kira pelaburan tunai, kerana pelaburan tunai tersebut hanya diimbangkan dengan jumlah pinjaman, maka seharusnya syarikat milik MOF tersebut mempunyai aset mudah cair berjumlah RM18.482bilion.

7. Daripada aset mudah cair tersebut telah termasuk kos pengurusan, kos tetap dan cukai sejumlah RM5.8bilion.

8. Oleh kerana adanya syarikat tersebut, MOF sebenarnya telah mendapat tambahan pendapatan sebanyak (RM10bilion-RM1.7bilion) + (RM6bilion-RM3.518bilion)=RM10.782bilion yang dianggap sebagai kenaikan nilai harta atau modal. Daripada kenaikan nilai harta modal tersebut ditolak Kos berubah+kos tetap+ cukai, maka nilai bersih yang diperolehi sebesar RM4.982bilion.

9. Katakan 2 IPP yang diperolehi sebanyak RM9.7bilion dan merupakan sebahagian daripada aset terakru RM18.482bilion dijual dengan diskaun 25peratus, maka akan bernilai RM7.275 bilion dengan kerugian buku RM2.425bilion. Kerungian buku tersebut jika ditolak pada keuntungan aset bersih yang berjumlah RM4.982bilion, ertinya 1MDB masih ada keuntungkan bersih RM2.557bilion. Jumlah ini boleh membayar suntikan kerajaan yang berjumlah RM950juta, tetapi masih kurang RM1.053juta bagi membayar Ananda Khrisnan.

10. Oleh kerana analisa ini hanya berasaskan analisa atas kertas, dan tidak mengetahui kedudukan pelaburan tunai sebanyak RM15.4 bilion pada syarikat antarabangsa, apa kah memperolehi keuntungan ataupun tidak. 

11. Akan tetapi menurut Laporan Audit yang dikeluarkan untuk 31 Mac 2014, 1MDB hanya mengalami kerugian RM665juta sejak beroperasi daripada Februari 2009. Apa yang tidak pasti, apakah kerugian RM665 juta tersebut sudah termasuk pinjaman RM2bilion daripada Ananda dan suntikan modal daripada kerajaan yang berjumlah RM950juta? Namun berasaskan analisa AYT, sebenarnya di atas kertas syarikat tersebut rugi dalam lingkaran RM1bilion secara keseluruhan.

12. Apapun, penjelasan pasti, kita tunggu laporan ketua Audit negara dan PAC.

13. Nota 1MDB hanya mempunyai modal asal RM1juta dan tanah seluas 560 ekar, atas sebab itu, operasi syarikat sangat bergantung kepada modal pinjaman.

14. Adalah sesuatu yang membanggakan sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, akan tetapi mendapat kepercayaan mendapatkan modal sehingga RM41.8bilion.

No comments:

Blog Archive