Tuesday, June 30, 2015

1MDB: Apa Kah Justo Hanya Kambing Hitam?

1. Menangkap Xavier Andre Justo warga Swiss yang dikatakan mencuri maklumat bekas majikannya, dan kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut, sebenarnya tidak boleh menutup kemelut 1MDB.

2. Justo hanya terlibat dengan maklumat JV antara 1MDB dan PetroSuadi yang bernilai USD1.83 bilion Tahun 2009.

3. Apapun yang berlaku berhubung dengan maklumat yang dicuri Justo tersebut, tidak akan dapat mengembalikan USD1.83 bilion yang disalurkan 1MDB kepada PetroSaudi.

4. Kini, terlalu ramai yang teruja terutama penyokong Perdana Menteri, kononnya dengan penangkapan Justo, maka akan merungkai laporan bersiri Sarawak Reports berkaitan 1MDB.

5. Direkayasa atau diubah berkaitan dokumen PetroSaudi yang dicuri Justo, sebenarnya tidak mengubah fakta bahawa USD1.83bilion telah disalurkan oleh 1MDB kepada syarikat tersebut.

6. Penangkapan Justo hanya mempunyai dua matalamat, menafikan pengelibatan Jho Low teman rapat Reza Aziz-anak tiri Najib selain JV itu dijalankan secara telus.

7. Perlu diingat, kemelut 1MDB, bukan sahaja berlatar belakangkan JV dengan PetroSaudi, akan tetapi juga jumlah hutang yang mencecah RM41.8bilion.

8. JV antara 1MDB dan PetroSaudi hanya dalam tempoh 6 bulan. Apabila JV itu gagal, maka wang tunai yang disalurkan kepada PetroSaudi tidak dikembalikan sebaliknya diubah kepada bentuk "loan" Murabahah dengan nilai USD2.3bilion. Dengan pengubahan itu, nampak JV tersebut telah untung lebih USD400 milion.

9. Kertas berharga USD2.3bilion tersebut, pada mulanya disimpan di Pulau Cayman dan kemudian di simpan di BSI Singapura. Persoalan yang timbul, kemana wang tunai USD1.83 bilion tersebut? Kemelut inilah yang rancak dilaporkan oleh Sarawak Reports dan kemudian turut dipersoalkan oleh Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.

10. Benarlah wang yang didapati melalui peneribatan bon USD1.83 bilion yang kemudian bertukar dalam bentuk kertas berharga kemudian telah diambil alih oleh IPIC Abu Dhabi, namun persoalan utama, wang berbentuk hard cash tersebut digunakan untuk apa? Setakat ini, tiada pihak daripada 1MDB menjelaskan wang asal tersebut digunakan untuk apa? Juga tidak dijelaskan mengapa wang tunai tersebut ditukar kepada bentuk loan.

No comments:

Blog Archive