Friday, May 08, 2015

PRK Permatang Pauh: Trend Undi BN Meningkat

1. Jika dibandingkan antara keputusan PRU-13 dan PRK Permatang Pauh 7 Mei, undi Bn turun 3,894 undi atau 15,34 peratus, manakala calon PKR turun 6,774 atau 18.26 peratus. Melihat median peratusan ini, bermakna penerimaan kepada Bn meningkat 19 peratus, manakala penolakan kepada PKR pada kadar 16 peratus.

2. Melihat kepada penerimaan kepada Bn itu, mungkin dipengaruhi oleh calon sendiri, kerana calon yang mewakili Bn adalah anak tempatan. Manakala penolakan kepada PKR, mungkin protes penyokong Pas yang menolak Wan Azizah.

3. Meskipun calon Bn, kalah akan tetapi, ada tanda-tanda positif kepada Bn, mengingat, isu-isu yang melanda pengundi, khususnya pelaksanaan GST, isu 1MDB, dan serangan bertali arus daripada mantan Perdana Menteri terhadap Perdana Menteri.

4. Berasaskan kepada trend pengundian di Permatang Pauh, nampaknya jika calon muda diketengahkan oleh Bn, penerimaan rakyat lebih pekat, berbanding calon veteran, seperti mana berlaku di PRK Rompin. Menilai, trend pengundian di Permatang Pauh, ada kemungkinan, jika calon muda mewakili Bn di Rompin, ada kemungkinan, undi Bn tidak akan merosot sehingga 41 peratus.

5. Harapan AYT, Bn perlu mengambil iktibar terhadap keputusan di PRK ini, untuk berdepan dengan PRU-14.

6 comments:

Unknown said...

kalah, tetap kalah

Anonymous said...

Jangan cuba tegakkan benang yang basah admin ooiiii!!!

Selamatkan UMNO, selamatkan Melayu!

Najib mesti buat keputusan, dengar cakap Tun M. UMNO dan ketuanan Melayu lebih penting dan utama dari kepentingan sendiri!!!

Anonymous said...

najib kena undur jika tak mahu tengok nenek kipas tu berkipas dalam Seri Perdana lepas PRU14 nanti.

Anonymous said...

Dalam hal ini rasanya NAJIB memang kena bertanggungjawab sebab dia lah yg melantik panglima panglima yg turun padang masa PRK atau PRU saja..Mereka semuanya BERANI..sebab kehadiran pasukan keselamatan POLIS ...tapi kenapa sebelum atau selepas PRK mereka tak BERANI nak masuk kawasan pembangkang...sebab tu lah segala polisi kerajaan tak difahami rakyat..NAJIB fikir fikir lah.

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Anonymous said...

Rakyat dah bagi signal masih tak nak nampak, nak spin konar separuh dunia. Sukatilah. Besok kita tengok muka PM awak terkulat-kulat kena tsunami lagi sekali, ye.

Blog Archive