Wednesday, May 13, 2015

Najib Kena Selesaikan Isu 1MDB-Prasyarat Sokongan AMT Umno

1. Sokongan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno kepada DS Najib terletak sejauh mana beliau dapat menyelesaikan isu 1MDB.

2. Kebanyakan AMT, bersuara pada mesyuarat AMT pada Isnin, bahawa mereka tidak menolak 1MDB, akan tetapi mahukan GLC itu cemerlang. Jika GLC itu bermasalah, Presiden yang juga Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan dan Penasihat kepada syarikat gergasi itu perlu menyelesaikannya. AMT dengan tegas, tidak mahu terpalit jika 1MDB berdepan masalah, misalnya kehilangan wang pinjaman, seperti mana dakwaan berbagai pihak termasuk daripada Mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir.

3. 1MDB yang mempunyai pinjaman mencecah RM42 bilion, berdepan dengan masalah aliran tunai, dalam usahanya membayar faedah atau hutang yang telah matang. 

4. Pada 11 Mei, syarikat itu mampu membayar RM186 juta faedah sukuk yang berjumlah AS1.75 bilion yang matang pada tahun 2022 dengan kadar faedah 5.99%. Pada September syarikat itu memerlukan RM360 juta untuk membayar sukuk bernilai AS3bilion yang matang pada 2023 yang berkadar faedah 4.4%.

5. Sebelum ini, syarikat itu berdepan masalah membayar hutang, sehingga terpaksa meminjam daripada pihak ketiga sejumlah RM2bilion, dan meminta suntikan modal daripada kerajaan berjumlah RM950 juta.

6. Dalam perkembangan berasingan, kini terdedah sudah, bahawa keterkaitan Jho Low dengan 1MDB semakin jelas, apabila mantan MB Terenggangu-Datuk Ahmad Said memberitahu DUN Terengganu, bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) terpaksa membatalkan kerjasama dengan 1MDB, atas sebab syarikat itu mahu mengadaikan pengeluran minyak dan gas negeri itu. Jho Low pernah menjadi penasihat kepada urusniaga antara 1MDB dan TIA.

14 comments:

Anonymous said...

NAJIB MESTI JELASKAN.....
BETULKAH X MB TRENGGANU AHMAD DAID DI BENCI BELIAU KERANA 1MDB.
NAJIB TOLONG JAWAB......
AMT TRENGGANU MESTI MINTA PENJELASAN DARI NAJIB DAN MAT SAID.....
MAKIN HEBAT MASAALAH MDB NI.........
X MENTRI BESAR PERAK TAJOL
EX ORANG MELAYU DAP AZIZ....
PLE MAKE YOUR COMMENTS.
JANGAN HENTAM TUN MAHATHIR SAHAJA. !
Look at all angles.....

Anonymous said...

Yg lain kena bantu dan bersatu...bukan lagi one man show dan tidak wajar membiarkan najib saja ..bersatulah! Beri pandangan dan idea lebih baik...bukan setakat melaungkan ' najib kena buat itu dan ini'!

Anonymous said...

Kabinet & AMT sendiri tak tahu apa sebenarnya masaalah 1MDB. Macam mana Rakyat nak faham?

1MDB terlalu berahsia dan penafian Najib tidak cukup. Jika Rakyat dan yang dekat dengan PM sendiri tak tahu masalah dan punca nya jadi macam mana nak Bantu dan tolong selesai kan?

Kalau setakat diam Itu tidak membantu?

jgn jadi bodoh!!! said...

PUKIMAK LA!! KAEDAH U TLG I..I TLG U ADALAH SIKAP BANGSAT!!MEMBELAKANGKN KEBENARAN!!AK TIDAK LAGI UNDI UMNO

jgn jadi bodoh!!! said...

PUKIMAK LA!! KAEDAH U TLG I..I TLG U ADALAH SIKAP BANGSAT!!MEMBELAKANGKN KEBENARAN!!AK TIDAK LAGI UNDI UMNO

Anonymous said...

Bila susah baru nak cakap bersatu. Jawab dulu 20 billion pergi mana la...

Anonymous said...

ASSALAM BRO,1MDB NI SEBENARNYA MASALAH NAJIB.IA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO.TAK PERLU MEMBENCI UMNO.

Anonymous said...

Kes 1MDB boleh diselesaikan dan ia perlu waktu untuk menyelesaikannya. Tunggulah repot audit negara dulu. Laporan awal keluar pada Jun. Kita bertenang. Fokus pada tujuan pengwujudannya adalah untuk negara dan rakyat. Najib perlu teruskan tugasnya sebagai PM supaya beliau dapat memperbetulkan 1MDB, kerana orang lain mungkin x mampu menyelesaikannya. Macam kita jugalah mana ada orang yng x de masalah? Semua ada masalah dan sendiri kena selesaikan betul tak!

Anonymous said...

Presiden boleh diganti no problem. Umno bukan najib atau sesiapa punya. Untuk mjadi Presiden UMNO hapuskan sikap pwntingkan diri sendiri tiada kroni tiada nepotism. Ahli UMNO harus tegaskan Presiden harus selesaikan kemelut 1MDB. Sokong jika telus sokong jika benar tapi sila berundur jika anda bukan lgi pilihan ahli.

Anonymous said...

Be positive lah move fwd

Anonymous said...

7:16

Kenapa x boleh hentam MahaPuaka Mahathir yg dah lama metompzk, melalun & mencuri wang rakyat sbgmana Tunku Aziz dedahkan.

Madey pukimak haramjadah pon kau nak sokong, pie lah suruh madey MahaLanun buat Parti baru mcm Mat Jilat Sabu bukak Pasma..

Tanya madey ada berani ker? Tak kalu jawzb soalan Tunku...tak jawzb sahih, sah memang pencuri, perompak lanun duit rakyat... Kau boddoh mana ada paham.

Anonymous said...

"4. Pada 11 Mei, syarikat itu mampu membayar RM186 juta faedah sukuk yang berjumlah AS1.75 bilion yang matang pada tahun 2022 dengan kadar faedah 5.99%. Pada September syarikat itu memerlukan RM360 juta untuk membayar sukuk bernilai AS3bilion yang matang pada 2023 yang berkadar faedah 4.4%."

RM186 juta. RM188.5 juta. Hmmmm. Sebab tu lah TH tak di"nasihat"kan supaya batalkan urusniaga dan minta balik wang daripada 1MDB. Asalkan 188 sudah masuk poket, fuh, lega.

Come September, kita tengok, siapa pulak yang akan diseluk poketnya.

jgn jadi bodoh!!! said...

hahhaa..takkan barua tua DAP yang kau percaya??dimana barua tua DAP semasa TUN memerintah???tu la sibuk pakai bekas2 barua Aljuburi hentam TUN dalam tv..

wan jamak said...

Aziz tak mempunyai kelayakan dan kredibiti utk memberi komen terhadap Tun M . bagaimana seseorang yg hampir seumur hidupnya telah ditipu oleh DAP tanpa ada sedikit idea mengenainya langsung walaupun bergelumang didalam kelompok tersebut layak mengatakan yg Tun M silap?? keupayaan dia utk menilai pun tak sampai ke mana?

katakanlah dia bersikap sbg warganegara yg prihatin dan cuba bersikap professional, mengapa tidak disebutklan sekali kisah menantu dollah yg langsung tidak mempunyai apa2 asas perniagaan boleh mendapat pinjaman beratus juta, membeli aset Pantai dan kemudian menjualnya pula ke Singapura hinggakan Khazanah terpaksa membeli balik dgn harga yg maha tinggi? sekurang2 Mohzani mmg awalnya bermula dgn perniagaan used car, kemudian beralih ke kereta exotic, mendapat 1&2 AP awalnya utk menjual Porsche (atau ferrari?) hingga akhirnya Prosche melantiknya sbg sole distributor utk Porsche di malaysia. adakah Tun M begitu kuat hinggakan boleh mempengaruhi Jerman2 di Porsche yg begitu teratur & berdisplin tersebut utk memberikan satus distributor kepada Mohzani dgn begitu sahaja?

nasihat saya pada Aziz, cerminlah diri sendiri dulu. kalau anda menangis dari hari ini sehinggalah saat kematian anda, belum tentu anda dapat membayar kembali semua kerosakan yg anda telah buat terhadap Malaysia dan orang melayu semasa anda didalam DAP dahulu..

Blog Archive