Sunday, May 10, 2015

Najib Beritahu Rakyat Kota Belud dan Tawau- Beliau Tidak Akan Mengalah

1. Dato Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat Kota Belud dan Tawau, bahawa beliau tidak akan mengalah atas desakan Tun Dr Mahathir agar beliau meletakan jawatan.

2. Perdana Menteri berkata di depan 40 ribu dan 3 ribu rakyat bagi dua kawasan itu, bahawa tiada sebab beliau meletakkan jawatan, atas sebab beliau dipilih secara demokrasi oleh ahli parti dan rakyat melalui pilihanraya.

3. Dalam ucapan di Tawau, Sabah, sekali lagi beliau mengungkapkan falsafah Bugis yang berbunyi ‘Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’.

4. Juga, melalui ucapan PM yang bersemangat di depan rakyat Tawau yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah dalam perhimpunan soladiriti bersama Perdana Menteri, untuk pertama kalinya beliau menyebut nama mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, dengan mengibaratkan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada desakan hanya oleh satu suara, dengan mengenepikan gema suara ribuan rakyat.

5. Nampaknya di Sabah, Najib tidak keseorangan, kerana Ketua Menteri Sabah telah menyatakan akan terus menyokong Perdana Menteri, kerana Sabah merasa terhutang budi kepada PM ke-6 itu. Musa menzahirkan sokongan itu melalui sebentuk pantun "Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas".

7. Menurut Musa, sejak negara ditubuhkan pada tahun 1963, tidak pernah enam menteri penuh dan 4 timbalan menteri dilantik daripada Sabah, dan yang paling penting, jawatan-jawatan menteri itu adalah menteri kanan dan penting. Selain menteri, juga Speaker dan timbalan speaker dewan rakyat adalah daripada Sabah.

12 comments:

Anonymous said...

Memamg siapa pun takkan mengalah. Tapi kalau akan kalah, tetap kalah. Fight la macamana pun. Macam letak pasukan bolasepak Malaysia lawan Barcelona. Takkan Malaysia nak mengalah? Fight la macam nak mampus pun tetap akan kalah.

Anonymous said...

Tak nak mengalah satu hal. Tapi oleh kerana tak mahu mengalah parti dan negara hancur buat apa? Tu lah masalahnya bila lantik terlalu ramai penasihat yg tak buat kerja. Fitnah ke?

Kalau rasa dah tak mampu ... buat le apa yg patut.

Anonymous said...

40 ribu atas padang...nak kencing pun behengat2 lah.ingat ini zaman tok kaduk ke jibby oiiit.

OrgMuobandarDi Raja.

Anonymous said...

Mcm mana situasinya jika najib berucap isi yg sama,ucapan berapi yg sama di...
a. Kota bharu kelantan
b. Bukit bintang k.l
c. Putrajaya
d. rompin,pahang

Adakah beliau berkeyakinan tgi sama seperti di tawau?
Adekah beliau betol2 rs rakyat pd ms itu akan bersorak sm mcm semasa di tawau?

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Anonymous said...

Rakyat msia ni mmg bodo jibb....

Boleh telan apa jua fitnah yg dtg ke ronga tekak mereka....

Pelaburan yg begitu strategik pon boleh dibatalkan hanya dgn permainan persepsi dan fitnah...

negara akan hancur kalau tidak di bendung mcm ni...

zaman tun dulu pon di nusajaya johor tanah diambil dari org kg dgn harga rm1.70 sekaki persegi tapi selang setahun dijual dgn rm 36.00 sekaki persegi...

Tanah seluas 25000 ekar di gelang patah diambil oleh kjaan...

tanah org kampung yg hanya dpt 70k-150k nilai pampasan...

kenapa tun x mau cerita kisah sedih di nusajaya?? Seorg lawyer pon x berani lawan sbb kjjan persekutuan yg acquire tanah tu...

Tapi tanah1mdb walau dibeli dgn harga murah seperti tanah tudm tp diganti dgn tanah di labu dan dibuat airport baru di labu..... yg ni kenapa tun x beritahu...

mustahil kalu tun x tahu....

murah sangat otak.org msia ni mudah dibeli dgn bahan propaganda murahan readbean dan komunis kerana berjaya gagalkan projek berimpak tinggi di tgh2 kuala lumpur...

Kesiann.....





Anonymous said...

Najib memang penipu, sekarang nak ainaya Tun Dr. Mahathir pula. Silap cara lah Najib kalau kau nak ainaya Tun Dr. Mahathir pula selepas kau ainaya Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan sebelum ini.

Saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, apa dah jadi dengan laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan mengenai penyelewengan yang disyaki berlaku dalam 1MDB sebelum ini? Dalam laporan itu, disenaraikan individu yang disyaki terlibat, dah panggil individu-individu berkenaan untuk beri keterangankah kalaupun tak tangkap mereka dan dimasukkan ke lokap untuk soal siasat, paling kurang, panggil untuk dapatkan keterangan.

Bukannya orang yang buat laporan polis pula yang digeledah rumahnya dan dituduh membuat pengubahan wang haram, malahan sebelum ini sampai rumahnya kena lelong dan tak diberikan masa sebagaimana kata Najib yang hendakkan diberikan masa untuk selesaikan hutang 1MDB, tetapi Datuk Seri Khairuddin tak diberikan masa untuk selesaikan hutangnya, tapi rumahnya terus dirampas dan dilelong dengan begitu kejam sekali.

Semalam 'Marcos Malaysia' Najib 1MDB dah mengamuk di Sabah, lantak kau lah Najib, ingat orang takut sangat ke dengan kau, pendedahan akan terus dibuat untuk mendapatkan keadilan untuk negara dan rakyat.

Anonymous said...

"Tapi tanah1mdb walau dibeli dgn harga murah seperti tanah tudm tp diganti dgn tanah di labu dan dibuat airport baru di labu..... yg ni kenapa tun x beritahu.."

------------------------------------------------

Tanah di labu yang dibuat airport tu tanah 1MDB ke? Apakah airport itu dimiliki oleh TUDM?

Jangan cakap saja kencang, auta sana sini, tak malu ke membohong hari-hari?

Anonymous said...

Najib dalam ucapan berapi-api dia di Tawau yang menghina Tun Dr. Mahathir dengan begitu teruknya itu telah kata bahawa isu 1MDB akan dijelaskan, kita mau Najib menjelaskan isu 1MDB di TV3 atau RTM atau Astro, atau di semua saluran televisyen itu, bawa semua menterinya, kemudian sila berikan ruang dialog untuk rakyat yang hadir ke program itu serta jawab isu yang diutarakan oleh rakyat melalui panggilan telefon secara siarang langsung, ada beranikah?

Cakap atas pentas ceramah berdegar-degar macam nak runtuh, macam nak terbakar pentas ceramah tu, tapi bila berhadapan dengan realiti menikus kerana sebenarnya penakut nak mampus.

Tetapi saya berasakan bahawa sudah terdedah macam mana pun, sudah salah macam mana pun, sudah rakyat meluat macam mana pun, Najib tetap tamak dan kemaruk di puncak kuasa, walaupun parti jahanam, walaupun Barisan Nasional kalah pilihanraya, tetapi Najib tetap kemaruk di puncak kuasa, tak gitu Najib?

Kepada semua ahli UMNO sekalian, jika kita sayangkan parti, sayangkan Barisan Nasional, kita perlu tumbangkan Najib dalam pemilihan UMNO tahun hadapan.

Kita tidak boleh simpan petualang, pengkhianat parti di dalam UMNO, kerana manusia sebegini sanggup jahanamkan parti yang membawanya ke puncak kuasa, kerana lebih mementingkan syok sendirinya itu.

Anonymous said...

Najib bila kau nak angkut semua menteri kau untuk buat 'roadshow' untuk memberikan peneragan mengenai 1MDB, tanah kerajaan di TRX dan Sungai Besi, isu Tabung Haji, isu USD 1.103 bilion yang dah tahu ke mana lesapnya itu, isu Pembangunan Hartanah Berhad melalui Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang sebenarnya dicadangkan untuk membangunkan tanah di TRX, tetapi entah macam mana tanah di TRX dijual pula kepada 1MDB dengan harga yang begitu murah.

Harapnya Najib dan para menteri serta barisan penasihat Najib akan mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kelak oleh rakyat, itu pun kalau Najib dan kuncu-kuncu berani berhadapan dengan pertanyaan rakyat lah.

Anonymous said...

Ingat kerajaan nak ambil tanah macam tu sahaja ke? Sudah tentu ada persetujuan, ditandatangan sebelum ambil alih...

Anonymous said...

Kalau ada tanah di nusajaya dah tau harganya akan naik berlipat ganda kenapa jual, kalau ada tanah jangan ler jual lawan kat mahkahmah

Blog Archive