Latest News

Mengapa 1MDB Menjadi Hantu Dibelakang Najib?

1. Memang daripada awal-awal lagi 1MDB mendapat kritikan bertali arus daripada pihak pembangkang. Seharusnya, kritikan itu, menjadi kekuatan kepada syarikat itu menjelma dirinya sebagai syarikat berwibawa.

2. Ada kenyataan, kononnya Syarikat itu mempunyai simpanan tenaga hampir 6ribu MW yang tersibar di berbagai negara antaranya Mesir, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan, dan UAE, manakala IPP yang dibeli mengeluarkan pendapatan AS1 juta sehari.

3. Pinjaman syarikat itu, dikatakan tidak akan membebankan syarikat, kerana disandarkan kepada aset tenaga yang sudah mendatangkan pendapatan.

4. Kekuatan syarikat juga disandarkan kepada simpan tanah miliknya di TRX yang keluasan 70 ekar dan Projek Bandar Malaysia seluas 495 ekar (bekas lapangan Terbang Sungai Besi).

5. Dalam perjalanan syarikat itu selama 6 tahun, dengan berbagai urusniaga, sehingga berjaya mendapat pinjaman RM42bilion.

6. Oleh kerana gahnya syarikat, maka telah dirancang untuk menerbitkan Tawaran Awam Permulaan (IPO). Menurut penganalis pasaran, jika IPO itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, maka composite indeks (CI) akan menlonjak ke paras 2,000 mata.

7. Entah apa yang berlaku ditengah jalan, sebuah syarikat yang pada awalnya gagah perkasa, didapati tidak mampu membayar hutang, sehingga beberapa kali ditangguh. Apa yang malangnya, syarikat itu terpaksa meminjam daripada pihak ketiga untuk membayar faedah, terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan, juga untuk tujuan membayar faedah hutang.

8. Ekoran masalah itu, maka semakin kuatlah anggapan, bahawa syarikat itu bermasalah, masalah utama adalah aliran tunai. Berkait masalah itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Abdul Wahid Omar terpaksa mengakuinya.

9. Berbagai andaian dilontar kepada syarikat itu, sehingga akhirnya ditujukan kepada Perdana Menteri sebagai Penasihat kepada syarikat gergasi itu.

10. Kecurigaan berkaitan 1MDB semakin kuat, apabila jawapan yang bercanggah berkaitan wang syarikat yang di simpan di luar negara. 

11. Semakin hari, semakin banyaklah spekulasi berkaitan syarikat itu, sehingga jawapan-jawapan berkaitan sejumlah kewangan yang telah dibelanjakan. Jawapan syarikat, hanya dapat merinci sejumlah RM15 bilion yang digunakan untuk membeli beberapa IPP dan berapa bidang tanah, termasuk tanah di Pulau Pinang, manakala perincian baki pinjaman yang lain tidak dapat diberikan. Oleh kerana kelompangan itu, maka berlegar-legarlah anggapan, bahawa wang sebanyak RM27 bilion lesap.

12. Oleh kerana dakwaan-dakwaan itu turut dikongsi oleh Mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir, maka Perdana Menteri mengarahkan satu pasukan khas meneliti berkaitan urusniaga syarikat itu, termasuklah meminta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan, dan selepas itu diserahkan kepada Jawatan Kuasa kira-kira Dewan Rakyat (PAC).

13. Kini hampir dua bulan, tiada apa-apa perkembangan berakitan pengauditan Ketua Audit Negara. Kemudian muncul pula urusniaga antara syarikat itu dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang berkaitan sebidang tanah di TRX seluas 1.56ekar dan dibeli oleh Lembaga penyimpan bakal-bakal haji itu dengan harga RM188.5juta.

14.Oleh kerana 1MDB dispin sedemikian rupa sebagai syarikat yang bermasalah, maka sebarang urusniaga dengannya merupakan satu kesilapan. Atas sebab itu, pembelian LTH meskipun boleh mendatangkan keuntungan kepada lembaga itu (berasas unjuran) 27 peratus dalam 3 tahun, namun, ianya membabitkan 1MDB, maka dianggap satu keputusan yang salah.

15. Pihak yang tidak suka dengan 1MDB, sudah tentu bagaikan seorang yang mengatuk disorongkan bantal. Bertali arus serangan, sehingga mereka yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri berkaitan 1MDB, tidak dapat mengawal emosi, sehingga terperangkap dan malangnya sanggup mengeluarkan kata dua, meminta penjelasan dengan segera.

16. Oleh kecelaruan yang mengelilingi 1MDB, sehingga ianya menjadi hantu, atas sebab ketakutan, sehingga penyebab kepada mereka-mereka yang tadinya menyokong kewujudan syarikat itu, tidak mampu membuat pendirian, dan menimbulkan percakaran antara sesama sendiri. Dan, siapa yang ketawa berderai-derai adalah pemimpin pembangkang, dan jangan lupa JHO LOW sedang menikmati minuman memabukkan dan balik-balik mengangkat gelas, tanda bergembira.

17. Disebalik kegembiraan Jho Low itu, DS Najib Razak macam diberikan petunjuk, di mana pintu keluar.

7 Responses to "Mengapa 1MDB Menjadi Hantu Dibelakang Najib?"

Anonymous said...

Najib sudah bersedia nak keluar tetapi Rosmah kata jangan keluar dulu, Zahid belum bagi greenlight lagi

Orang lain yang empat dah buka pintu, TPM, Menteri Belia, Menteri Pertahanan, Menteri KKLW malah MB K pun dah tunjukkan pintu, cuma Najib buat buat tak faham sebab Zahid belum serah kunci pintu.

Anonymous said...

Nanti dlm pru 14 kita tunjuk jalan dan usung keluar...

Anonymous said...

Letak jawatan ajelah. ..byk sangat isu yg x dpd ditangani.....buat malu aje....

Anonymous said...

Biasa orang kata kekuatan seorang lelaki akan berdiri wanita dibelakang yg sentiasa menyokong...tetapi rupa rupa wanita dibelakang NAJIB lah yg akan menyebab ianya tersembam....terlalu banyak musibah yg dibuatnya..Tak seperti tun rahah, allahyarhamah tun suhaillah dan juga tun dr hasmah yg tidak mencampuri urusan pentadbiran suami mereka.

Anonymous said...

Perniagaan yang bernilai berbilion ringgit memang sangat sukar nak diuruskan.. lagi sangat merisikokan.. . Segala hasrat murni PM Najib nak menjana ekonomi Bumiputra Melayu melalui kaedah tersendiri telah memakan diri akibat daripada ketidaktentuan politik juga perpaduan orang Melayu itu sendiri. Tun Mahathir dahulu disokong oleh mega taikun korporat dari bangsa cina yang kaya raya meratah segala kekayaan hasil mahsul Tanah Melayu ini. Pada hari ini taikun2 Cina haloba ini tidak lagi menyokong kerajaan BN, sebaliknya telah menaja akan kewujudan kerajaan baru yang bertunjangkan bangsa Cina Dapig. Melayu hanya akan dijadikan boneka yang boleh dipermainkan dalam apa jua bentuk dan keperluan. Bukan salah Najib sebenarnya, tapi kecerdikan bangsa Cina yang mempergunakan segala kelebihan ekonomi mereka yang telah dapat menghancurkan kesepakatan Melayu juga kerajaan Umno BN. Sekarang masih ada pilihan telah diberi oleh Allah s.w.t. hasil dari sembahyang dan doa-doa kita umat Islam di Malaysia. Jika kita benar bersatu menegakkan syiar Islam dengan berusaha menjalankan hukum Allah yang maha adil di muka bumi Tanah Melayu ini, maka Insya Allah umat Islam Melayu akan kembali terbela nasibnya di bumi Malaysia ini. Lagipun kalau direnungkan sebenarnya Najib tidak bersalah kerana memberi ruang besar buat kaum ibu, kerana ini juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang memang sentiasa membela nasib kaum hawa. Walaupun kekadang ianya dilihat sebagai keterlaluan.

KIta perlu anti Kafir Harbi, bukannya Najib dan Bini.

rakyat prihatin said...

tapi Najib sendiri sayang kafirun...dah byk dah contoh diberi selama ni yg terawal Namewee

aku dah susah nak percaya dgn Najib. Maaf lah.

KATIMAN SURABAYA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Blog Archive