Latest News

Lembaga Tabung Haji Pula Turut Serta Skandal 1MDB

1. Tanah Tun Razak Exchange asalnya tanah kerajaan. Tanah seluas 70 ekar itu dijual pada 1MDB pada tahun 2011, dengan harga RM194 juta atau RM64 satu kaki persegi (skp). Selepas 4 tahun, dijual pula dengan harga RM2,800 skp, dan kebetulan pembelinya adalah Lembaga Tabung Haji, satu tabung yang menyimpan wang rakyat beragama islam termasuk mereka yang miskin, untuk tujuan menunaikan fardu haji.

2. Penabung, walaupun bertahun-tahun, malah ada yang mencapai 10 tahun, dengan membayar penuh kos yang ditentukan LTH, belum tentu mendapat panggilan untuk menunaikan haji.

3. Minggu ke-3 April 2015, termetetarilah pembelian tanah seluas kurang lebih 1.56 ekar di TRX oleh LTH dengan bayaran tunai RM188.5 juta, konon ada diskaun RM5.5 juta (harga asal RM194 juta). Sebenarnya RM194 juta sama dengan pembelian seluas 70 ekar pada tahun 2011.

4. Apa yang malang, semalam, apabila didedahkan, ada blog yang berdaftar di UK, menaik turun perjanjian jual beli tunai oleh LTH, Pengerusi tabung itu cepat-cepat menafikan, bahawa dakwaan itu palsu, namun selang beberapa jam kemduian, Timbalan CEO tabung itu mengesahkan, bahawa benar, tabung itu membeli tanah seperti mana didedahkan oleh blog tersebut.

5. Kini, dikhabarkan, tabung itu akan membuat laporan polis terhadap blog tersebut kerana mendedahkan transaksi jual beli tersebut.

6. Apa yang menyedihkan, tabung yang menyimpan wang penabung untuk niat suci, akan tetapi dialihkan kepada benda-benda spekulasi seperti mana dinyatakan oleh Timbalan CEO tabung itu, kononnya pembelian tanah itu bertujuan jangka panjang, agar tabung itu mendapat keuntungan.

7. Samalah, dengan tindakan kerajaan menjual tanah prima itu, kepada 1MDB dengan harga berkali-kali diskaun, dan menunggu hanya 4 tahun, menjualnya lebih 40 kali ganda. AYT yakin, jika setiap rakyat diberikan peluang membeli tanah tersebut, mungkin panjangnya berpuluh kilometer, berbaris untuk mendapatkan peluang.

8. Apa yang muskil, skandal 1MDB belum lagi selesai, mengapa LTH turut serta dalam skandal tersebut.

2 Responses to "Lembaga Tabung Haji Pula Turut Serta Skandal 1MDB"

Anonymous said...

Berhati hatilah wahai pegawai2 TH, tu duit ke jalan akhirat....janganlah sampai rakyat pandang TH boros, membazir, tidak cekap dan yg lebih mengharukan....tidak amanah!

KATIMAN SURABAYA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Blog Archive