Latest News

Kenapa 1MDB Tiba-Tiba Jadi Hantu?

1. Belum sampai 6 bulan, 1MDB tiba-tiba menjadi hantu. Sebelum ini, tidak ramai rakyat Malaysia tahu berkaitan syarikat itu, walaupun telah wujud sejak Januari 2009, beberapa bulan sebelum Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Hujung tahu lalu, tiba-tiba sahaja syarikat pembangunan strategik itu menjadi tajuk berita, apabila satu portal yang didaftar di UK- Sarawak Reports (SR) menjadikannya isu. Kemudian, digunakan oleh pembangkang terutama oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli.

3. Pokok pangkal, penyebab syarikat itu menjadi sensasi, apabila terlambat mengemukan laporan kepada bursa malaysia dan isu terlambatnya membayar hutang.

4. Oleh kerana isu disiarkan oleh Sarawak Report dan akhirnya menjadi berita antarabangsa, maka kemudian menjadi tajuk-tajuk utama portal-portal pembangang dan blog-blog pembangkang.

5. Sarawak Report mengetengahkan laporan kerjasama antara syarikat itu dengan PetroSaudi International (PSI), dengan berbagai laporan, seolah-olah berlaku penyelewengan berkaitan kerjasama tersebut.

6. Dengan keluarnya laporan tersebut, pada mulanya Perdana Menteri yang juga penasihat kepada 1MDB menafikan semua laporan Sarawak Reports tersebut.

7. Oleh kerana laporan-laporan Sarawak reports tersebut, selain ditokok tambah oleh pemimpin pembangkang, kemudian, mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, juga memberi kritikan berkaitan syarikat itu, akhirnya isu 1MDB bukan sahaja menjadi toksik malah menjelma sebagai hantu yang menakutkan.

8. Berbagai pendedahan dirungkai, termasuk jumlah hutang terakru yang berjumlah RM42 bilion, kemudian dibandingkan dengan aset syarikat itu bernilai RM58 bilion.

9. Keadaan yang menyelubungi syarikat itu, apabila timbulnya masalah membayar hutang, sehingga terpaksa meminjam daripada pihak ketiga sejumlah RM2bilion, permintaan suntikan modal daripada kerajaan yang berjumlah RM950 bilion, semata-mata untuk membayar hutang tertangguh sehinga Januari 2015.

10. Ekoran berbagai dakwaan, sehingga menjadikan syarikat itu sebagai hantu yang menakutkan, Perdana Menteri pada 4 Mac 2015 meminta Ketua Audit Negara untuk mengaudit syarikat tersebut, dan kemudiannya laporan audit itu diserahkan kepada Jawatan kuasa-kuasa Kira-Kira Dewan Rakyat (PAC). Perdana Menteri juga menyatakan, jika sebarang salah laku berlaku, kerajaan tidak akan melindungi siapa-siapa.

11. Walaupun arahan mengaudit syarikat tersebut telah diberikan, namun rakyat Malaysia, tidak sabar-sabar menunggunya, malahan dimarakkan oleh desakan Tun Dr Mahathir yang bertali arus, agar dengan segera Perdana Menteri menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

12. Oleh kerana, desakan dan syarikat itu telah menjadi hantu yang menakutkan, sehingga memberi impak kepada perekonomian negara, malah ada yang mendakwa kemelut syarikat tersebut penyebab kepada jatuhnya nilai ringgit.

13. Cuba kita perhatikan, permulaan kepada penyebab 1MDB menjelma sebagai hantu, apabila Sarawak reports membuat laporan yang membabitkan PSI dan 1MDB, kononnya sejumlah wang yang disalurkan kepada PSI oleh 1MDB sebagai obligasi kepada kerjsasama, kononnya dialihkan kepada satu akaun yang dikawal oleh jutawan kontraversi Jho Low.

14. Cuba perhatikan tiga isu utama yang menjadi kemelut kepada 1MDB. Pertama- USD700juta yang kononya dirompak Jho Low, kedua- Jho Low merupakan pemain dibelakang layar urusniga PSI dan 1MDB dan ketiga- 1MDB berbohong berkaitan wang yang disimpan di sebuah akaun di Singapura.

15. Sebelum membuat apa-apa kesimpulan atau anggapan buruk berkaitan 1MDB, elok kita melihat atau memeriksa, dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak reports (di mana menurut portal tersebut, beribu-ribu lagi dokumen dalam simpanan portal), walaupun portal itu tidak pernah memberitahu sumber-sumber kepada dokumen-dokumen tersebut dan bagaimana dokumen-dokumen tersebut diperolehi. Sarawak Reports dikuasai oleh Rewcastle-Brown.

16. Bertolak belakang kepada laporan Sarawak reports tersebut, PSI telah membuat laporan kepada London police Action Fraud Unit at the National Fraud and Cyber Crime Reporting Centre kerana mendakwa server syarikat itu diceroboh.

17. Dakwaan PSI, bahawa server syarikat itu diceroboh, seolah-olah benar, apabila meneliti dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Reports (SR) seolah-olah berasal daripada PSI, atas sebab dokumen-dokumen tersebut merupakan dokumen asli. Oleh kerana urusniaga antara PSI dan 1MDB sungguh rumit, tidak perlulah mengetahui lebih detail berkaitan urusniaga itu, apa yang mustahak, adalah isu utama, iaitu, wang USD700juta, apakah benar wang tersebut dimasukkan ke akaun Jho Low di Swiss?

18. Mari periksa urusniaga antara PSI dan 1MDB. Mengikut TOA (Terma Perjanjian) 1MDB perlu menyalurkan dana tunai USD1bilion1. 1MDB menyalurkan tunai USD 700 juta kepada PSI, namun menurut SR, wang tersebut disalurkan akaun syarikat Good Star yang dikawal Jho Low. Bukti yang digunakan, sekali lagi SR satu surat kononnya daripada CEO PSI-Tarek Obaid. yang meminta agar wang tunai tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd Zurich, Switzerland.

19. Menurut SR akaun tersebut bukan milik PSI, akan tetapi Good Star Ltd. Untuk membuktikan bahawa akaun tersebut kepunyaan Good Star, SR menyertakan tiga bukti- pertama email daripada Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, dimana menurut surat tersebut, akaun tersebut kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti kedua yang disertakan oleh SR bahawa Good Star Ltd beralamat PO Box 1239, Offshore Investment Centre, Mahe, Seychelles, di mana Seet Li Lun ada CIO, dan merupakan orang kanan Jho Low.

Bukti ketiga- SR mengepilkan email kononya berasal daripada CEO 1MDB Sharol Halmi yang telah mengarahkan pegawai Deutsche Bank Malaysia untuk menyalurkan dana tersebut kepada akaun yang dimaksudkan dengan alamat yang sama seperti bukti kedua.

20. Dengan merangkai tiga bukti tersebut, SR mendakwa Jho low menggunakan Good star Ltd untuk memesong USD700juta urusniaga 1MDB-PSI.

.Analisis bukti #1- Bukti yang disertakan SR, seolah-olah asal atau asli, kerana ianya dicetak pada "letterhead" PSI yang ada tandatangan Tarek Obaid, di mana isi surat, tarikh, alamat dan tandatangan serupa salian asli. Dalam surat itu juga, dinyatakan wang USD700 dibayar kepada PSI dengan akaun, alamat yang sama dengan Good Star Ltd. Persoalnya, syarikat mana pemilik akaun tersebut? kerana mempunyai nombor yang sama, alamat yang sama dan bank yang sama.TIDAK mungkin, dua syarikat mempunyai akaun yang sama!!!.

.Mari lihat, bagaimana SR menghubungkan akaun tersebut kepada Good Star Ltd. Amati bukti ke-2, Email Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, di mana nombor akaun tersebut seolah-olah kepunyaan Good Star Ltd, akan tetapi email tersebut macam dipalsukan, kerana ianya seperti ditaip semula semacam berbentuk memo, selain "font" abjad yang berbeza, format juga berbeza,. selain tarikh. Email tersebut sangat mencurigakan. 

Bukti ke-3, semacam ditaip semula dimana alamat dan nombor akaun seolah kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti ke-4 seolah-olah Sharol Halmi mengarahkan Deutsche Bank juga mencurigakan. Email tersebut mencurigakan, dan besar kemungkinan berlaku rekayasa dan pemalsuan. Dalam email tersebut tidak menunjukkan masa (GMT-4) yang menunjukkan Time Zone bahagian Timur Amerika yang juga termasuk wilayah timur caribbean (lokasi kewangan pesisir pantai). Email itu tersebut, berformat seperti berasal daripada format handphone blackBerry, dan berbeza dengan sekian banyak email yang biasa dilapor oleh SR. yang ada kaitan dengan Sharol.

21. Memandangkan beribu pejabat di Kuala Lumpur, janggal bagi CEO 1MDB menggunakan time zone pantai timur amerika termasuk kepulauan Caribbean? Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, didapati alamat yang digunakan pada email yang dikepilkan SR, iatu POBOX 1239, Offshore investment Centre, Mahe, Seychelles " ialah alamat sebenar PSI. kerana dicetak dikaki "letterhead" PSI, di sini lah boleh disimpulkan bahawa SR menipu, kerana hanya menyertakan letterhead PSI, tanpa catatan kaki (catatan kaki dipadam). Letterhead PSI dengan mudah dibuktikan melalui surat-surat yang dikeluarkan syarikat itu pada tahun 2010 semasa membeli saham UBG dan hingga kini boleh diperolehi melalui sensawang internet.

22. Apa yang menarik tidak berlakunya perpindahan USD700juta daripada akaun JV antara 1MDB dan PSI ke akaun Good Star Ltd. Apa yang berlaku adalah tindakan menipu yang sistematik untuk memburukan 1MDB. Apa kah Jho Low adalah dalang dibelakang JV PSI-1MDB? menurut SR, Jho Low adalah dalang utama. Menurut SR, orang kanan Jho Low Seet Li Lin adalah orang yang mengatur semua perancangan dalam PSI, tanpa pengetahuan 1MDB. Menurut SR, 1MDB hanya terlibat, apabila semua urusniaga selesai, dan 1MDB hanya diminta tandatangan pada perjanjian. Untuk membukti itu, SR mengemukan berbagai bukti email yang membabitkan Seet, Jho Low, Sharol dan Patrick Mahony.

23. Apabila meneliti semua email kononya daripada Jho low dan Seet yang mengguankan akaun gmail, amat meragukan, kerana tidak masuk akal menjalankan transaksi ratusan juta menggunakan email yang tidak selamat (insecure gmail accounts), kerana semua email itu menggunakan perkhidmatan telepon bimbit blackBerry. Adalah tidak masuk akal seorang billioner menggunakan BB dengan email yang mudah dipintas seperti gmail. Juga, time zone yang tertera pada email yang dikepilkan SR menunjukkan timezone yang berbeza, iaitu GMT+2 dan GMT+0, dimana email tersebut dihantar di kawasan Eropa, perbezaan timezone ini juga menimbulkan tanda tanya besar.

24. Sebagai tambahan email-email tersebut dihantar menggunakan T-Mobile, sedangkan hanya tahun 2009 perkhidmatan tersebut beroperasi di UK, German, Amerika dan beberapa negara Eropa, manakala perkhidmatan tersebut belum beroperasi di Asia. Oleh kerana Jho low dan Seet beroperasi di Hongkong, adalah mustahil mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

25. Didapati juga berlakunya penipuan, apabila Patrick menghantar email kepada dirinya. 

26. Berasas kepada analisa, adalah didapati email-email yang kononnya daripada PSI, sebenarnya direkayasa dan dipalsukan.

27. Benarkah 1MDB menipu berkaitan akaun di Singapura? . Menurut SR, 1MDB mengemukakan penyata akaun palsu pada sebuah bank di singapura-BSI Bank Ltd Singapore dan kononya satu laporan diberikan oleh bank tersebut ke pihak berkuasa Singapura. Dakwaan ini, sebenarnya tidak masuk akal, kerana sebagai bank niaga, BSI sangat ketat berhubungan dengan profile pelanggannya.

28. BSI merupakan private bank dan salah satu keistimewaannya adalah kerahsian. Tidak mungkin, sebuah bank seperti BSI dengan mudah mengemukan penyata akaun pelanggannya, tanpa perintah mahkamah, lagi pun pihak Malaysia tiada locus standi untuk meminta bank tersebut mengeluarkan penyata akaun, walaupun pelanggannya adalah syarikat Malaysia. Berasaskan kepada keadaan ini, dakwaan SR tersebut, sebenarnya hanya dakwaan dan tidak berasas.

29. Adalah jelas, keseluruhan laporan SR berkaitan 1MDB, sebenarnya satu rekayasa yang tersusun untuk menjadikan 1MDB sebagai HANTU, khususnya kepada Perdana Menteri- DS Najib Tun Razak.

30. Sungguh malang, ada rakyat Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir termakan pemalsuan yang sistematik yang dilakukan SR. Sungguh pelik, bagaimana Tun boleh percaya SR, sedangkan sebelum ini, beliau mengutuk protal itu sebagai portal sampah.

5 Responses to "Kenapa 1MDB Tiba-Tiba Jadi Hantu?"

Anonymous said...

Suruh najib saman sr.. ada bran!

Anonymous said...

Jangan ingat dgn dpt napped SR menipu 1MDB dah leh selamat.

Rakyat dah jelak dgn 1MDB yang memang hantu...beli aset kerajaan cheap dirt, bayar komisyen tinggi gila sampai x masuk akal, beli kilang yang dah nak mampos dgn harga tinggi.

What the h*ell!!

Active Sam said...

Kalau tiada angin pokok takkan bergoyang.rakyat hanya curiga mungkin berlaku rompakan di situ.kita tunggu dan lihat je lah ye.najib kena buat kenyataan jgn membisu,
Takpe bagi masa.

Anonymous said...

Saman aje Sarawak Report...suruh tunjuk bukti

Miss Vee said...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Blog Archive