Friday, May 22, 2015

1MDB membawa Perpecahan Yang Tidak Perlu

1. 1MDB tidak disangka telah membawa malapetaka kepada para pemimpin Umno. Kepimpinan berpasukan, kini telah retak dan menunggu berkicai.

2. Pembangkang tidak perlu berkerja keras, malah mereka kini, kopi-kopi hanya memperhatikan sepak terajang antara para pemimpin Umno.

3. Melalui kemelut 1MDB, nampak siapa yang setia dengan DS Najib, dan siapa yang tidak. Kalau bukan kerana parti, lama sudah berlaku perpisahan. 

4. Sekarang ini, hanya Umno menjadi pertautan, dan "mungkin" juga kerana jawatan. 

5. Berdepan dengan kemelut 1MDB, walaupun pada awal Mac DS Najib telah mengarahkan Ketua Odit Negara mengodit syarikat gergasi itu, namun ramai orang tidak sabar-sabar. Ketidak sabaran itu, ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Umno, kemudian oleh Timbalan Presiden Umno. Kalau dilihat daripada mereka yang bukan pemimpin semasa Umno, tentunya Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lagi tidak sabar, malah mendakwa, siasatan Ketua Odit tidak akan mampu menjawab dakwaan pengeritik 1MDB. Untuk itu, mantan PM itu mencadangkan satu RCI bebas.

6. Oleh kerana ketidak sabaran menunggu keputusan Ketua Odit Negara, dan kini PACpun sudah memulakan siasatan bermula pada 19 Mei lalu, malah timbul persepsi, bahawa sebenarnya, mereka yang lantang bersuara berkaitan 1MDB, sebenarnya tidak berminat mengetahui kedudukan syarikat itu, akan tetapi lebih berminat kepada menjatuhkan DS Najib, kerana 1MDB merupakan "brainchild" beliau, malah beliau juga merupakan penasihat kepada syarikat yang berhutang RM42 bilion tersebut.

7. Mengapa 1MDB menjadi punca perpecahan? sedangkan syarikat itu, jika ditelusuri memberi sumbangan besar kepada rakyat, setidak-tidaknya melalui pengambilan beberapa IPP, tarif litrik yang sepatutnya naik pada Tahun 2014, bukannya naik malah diturunkan. Juga melalui tindakan 1MDB itu, TNB yang membeli tenaga daripada IPP sebelum ini sukar mengumpul keuntungan, kini postif sehingga RM5.6bilion.

8. Juga tidak diuar-uarkan, bahawa sejak kewujudan IPP tahun 1990, subsidi yang ditelan oleh para pemilik IPP mencecah RM100bilion sehingga tahun 2012. ( Tiga IPP yang menjana tenaga kepada TNB telah diambilalih oleh 1MDB pada tahun 2012).

9. Kerana 1MDB, para pemimpin Umno terjerat oleh pihak pembangkang, sehingga kawanpun menjadi musuh.

No comments:

Blog Archive