Latest News

1MDB- Apa Kah Kesimpulan Ketua Audit Negara?

1. Dikhabarkan, Ketua Audit Negara akan menyiapkan audit 1MDB pada bulan depan, walaupun tarikh pasti tidak dinyatakan.

2. Isu yang paling menarik pada laporan audit itu, adalah berkaitan wang USD700 juta yang disalurkan kepada PSI, yang kononnya dipindah alih ke akaun Good Star LTD syarikat Jho Low.

3. Isu berikutnya, berkaitan wang yang di simpan di BSI Singapura, yang dikatakan berasal daripada Pulau Cayman.

4. Mekanisme yang digunapakai syarikat itu, sehingga boleh mendapat hutang berjumlah RM42 bilion.

5. Polisi apa yang digunakan Kementerian Kewangan, untuk memindahkan tanah TRX dan Tanah bekas Lapangan Terbang Sungai besi ke syarikat milik kementerian kewangan tersebut.

6. Asas yang digunakan untuk membeli beberapa IPP yang hampir lumut masa lesen operasi dan dibayar dengan harga yang tinggi.

7. Terbitan sukuk yang berjumlah USD1.75 bilion dengan kadar faedah 5.99% yang matang pada Tahun 2022, dan USD3bilion matang pada Tahun 2023 dengan kadar faedah 4.4%. juga asas apa yang digunakan membayar kos broker yang tinggi kepada sach-morgan untuk mendapatkan hutang tersebut.

8. Apa kah akan terdedah, bahawa Jho Low terlibat dengan urusan 1MDB.

9. Apa kah benar, 1MDB mendapat pinjaman RM2bilion daripada Ananda Krishnan untuk membayar faedah hutang.

10. Pejualan sebidang tanah TRX kepada LTH yang bermilai RM188.5juta, merupakan urusniaga biasa, dan tiada hubungan dengan isu membayar hutang.

11. Permintaan 6 bank yang meminjamkan RM3bilion kepada syarikat itu, dan meminta bayaran balik sebelum tempoh bayaran.

12. Apa kah benar dakwaan Dato Ahmad Said, bahawa ada usaha oleh 1MDB mencagarkan keluaran minyak dan gas Terengganu.

Persoalan-persoalan di atas ditunggu-tunggu daripada Laporan Ketua Audit negara.

1 Response to "1MDB- Apa Kah Kesimpulan Ketua Audit Negara?"

Miss Vee said...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Blog Archive