Wednesday, April 22, 2015

"You are not alone sir"- Muhiyiddin Diblackout Surat Khabar Arus Perdana

1. Hanya kerana ucapan "You are not alone sir" di Forum Antarabangsa Menjenayahkan Perang di PWTC pada Ahad lalu, telah mendorong surat khabar yang dikuasai Umno tidak menyiarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

2. Sedangkan semasa sidang media, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila ditanya berkenaan dengan ucapan TPM itu, Tun berkata, ucapan itu ditujukan kepada Forum Menjenayahkan perang, ertinya TPM bersetuju dengan beliau berkaitan dengan forum tersebut.

3. Kini, dikalangan penyokong DS Najib telah mengkategorikan dua pemimpin utama Umno, selain Tan Sri Muhiyiddin Yassin "telah" menyokong Tun Dr Mahathir, malah telah digabungkan dengan salah seorang Naib Presiden Datuk Shafie Apdal, di mana sebelum ini telah meminta Putrajaya untuk menjawab sebarang pertanyaan Tun Dr Mahathir, bertujuan agar supaya memuaskan mantan PM itu, juga memuaskan rakyat yang ternanti-nanti penjelasan berbagai isu yang ditimbulkan mantan PM itu.

4. Pada Rabu, MP Kulai yang juga Pengerusi Kira-Kira Akaun Negara (PAC), dimana sebelum ini, tidak pernah menyokong tindak tanduk Tun Dr Mahathir, namun melalui blog beliau, menulis bahawa DS Najib berdepan dengan dua isu yang diihamkan beliau, 1MDB dan FGV Felda. Malah, MP Kulai itu, mencadangkan agar PM membubarkan Parlimen bagi memberi ruang kepada PRU-14.

5. MP Kulai itu seterusnya berkata, para ahli Umno, dalam keadaan sekarang perlu memilih samada mempertahankan pemimpin atau parti, tidak boleh memilih kedua-duanya.

6. Bagi Nurjazlan, sokongan para pemimpin parti ke atas PM, bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sebelum inipun Pak Lah menerima sokongan yang serupa, namun dibelakang tabir, gerakan meminta beliau berundur dengan segera gencar dijalankan. Dalam Umno, sifat bermuka-muka kepada pemimpin, bukan perkara baru, demikian kata MP Kulai tersebut.

7. Yang paling memeritkan tulis MP Kulai tersebut, bahawa Najib kini keseorangan dalam berdepan dengan kritikan, kerana tidak mempunyai menteri yang mempunyai kredibiliti di mata rakyat, manakala para penasihat beliau hanya tahu memandai-mandai, dan pada masa yang sama hanya tahu mengejar projek untuk membuncitkan perut masing-masing.

8. Kenyataan daripada seorang penyokong kerajaan seperti Nurjazlan, menambah parah lagi persepsi rakyat terhadap DS Najib, apatah lagi kenyataan "blueboy" Najib Datuk Shafie Apdal, memperpekat lagi persepi negatif kepada PM ke-6 itu.

No comments:

Blog Archive