Tuesday, April 07, 2015

Wanita Terlibat Nahas Heli- Masih Misteri

Depan- Adik tiri "mangsa" Ajdiana Baizeiva memberi sampel DNA di HKL pada Isnin
SALAH seorang korban nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu masih misteri, walaupun telah diwar-warkan bahawa wanita itu seorang warga Kyrgystan berumur 23 tahun dan tinggal di Malaysia lebih setahun.

Dipercayai kesukaran mengenal identiti mangsa kerana tubuh mangsa mengalami kebakaran semasa nahas itu.

Semalam, seorang wanita yang menagku sebagai adik tiri "mangsa" telah memberikan DNA untuk dipadankan dengan mangsa.

Dalam perkembangan terkini, bapa kepada "mangsa" diterbangkan dari Kyrgstan untuk tujuan pengecaman dan ujian DNA.

Nahas helikopter pada Sabtu, turut mengorban 5 penumpang termasuk MP Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Rombongan itu bertolak daripada Kuantan Pahang tujuan Subang selepas menghadiri Majlis Perkahwinan anak Perdana Menteri.

No comments:

Blog Archive