Saturday, April 25, 2015

PRK Permatang Pauh- Jangan Salahkan Ratu Kipas Pertahan Suaminya

1. INIlah kali keempat ratu kipas bertanding. Pertama tahun 1999, kemudian Tahun 2004, dimana hampir kalah dengan hanya menang 560 undi, kemudian Tahun 2008, sebelum melepaskannya kepada suaminya, untuk bertanding pada PRK tahun yang sama. 

2. Parlimen Permatang Pauh, hanya diwakili keluarga Anwar sejak tahun 1982, baik semasa Anwar bersama Umno dan kemudian diteruskan sebagai parti pembangkang.

3. Wan Azizah bertanding, bukan kerana dipilih oleh PKR atau Pakatan Rakyat, akan tetapi penggunaan kuasa mutlak sebagai Presiden Parti keluarga Anwar, bahawa tiada manusia yang boleh bertanding bagi kawasan itu selain keluarga Anwar.

4. Dari awal pengwujudan PKR, bukan bertujuan untuk membela rakyat, akan tetapi untuk membela Anwar, sesuai dengan kenyataan Wan Azizah sebaik diumumkan oleh Timbalan beliau, bahawa dia bertanding untuk membela Anwar yang terpaksa mengosongkan kerusi, kerana disabit kesalahan meliwat pembantu peribadi lelakinya pada Jun 2008.

5. PRK Permatang Pauh, pada awalnya dijangka dalam persaingan sengit, jika calon PRU-13 lalu, Dr Mazlan dikemukakan sebagai calon. Namun, kini, UBN mempertaruhkan kepada Setiausaha Bahagian Umno Permatanag Pauh, Suhaimi Sabudin, 44 tahun. Inilah julung kali beliau bertanding dalam pilihanraya.

6. Jika benarlah kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa Wan Azizah akan terus menang, sebabnya, pengundi yang menyokong Anwar, bukan berasas apapun, akan tetapi sokongan membuta tuli.

7. Apa yang perlu dilihat melalui PRK Permatang Pauh ini, apa kah jentera UBN yang diketuai oleh Dato Zahid Hamidi mampu menurunkan majoriti Anwar pada PRU-13 lalu. Juga melalui PRK ini, akan dilihat apakah impak kritikan pedas mantan Perdana Menteri terhadap DS Najib, termasuk mendesak Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

8. Jika Wan Azizah masih menang, ertinya majoriti pengundi Permatang Pauh, sudah membuat keputusan untuk menjadi alat selama-lamanya oleh keluarga Anwar.

9. Sama-sama kita tunggu keputusan pada 7 Mei depan.

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Blog Archive