Tuesday, April 21, 2015

Budak Tingkat Empat Putrajaya Muncul Lagi

1. Semasa Pak Lah Perdana Menteri, budak-budak tingkat 4 Putrajaya dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan, kini muncul lagi budak-budak tingkat 4 yang merujukan kepada penasihat Perdana Menteri daripada British.

2. Mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir melalui tulisan terkini pada blog beliau, menyatakan Putrajaya membelanjakan RM7 bilion sebagai bayaran untuk menasihati Perdana Menteri bagaimana mentadbir negara.

3. Tulisan sinis mantan Perdana Menteri itu, apabila merujuk kepada zaman kemerdekaan pada Tahun 1957, di mana negara tidak memerlukan penasihat British, namun negara mencapai kemajuan yang tidak terfikirkan oleh bekas penjajah itu.

4. Tun Dr Mahathir menulis lagi, dengan melantik para penasihat daripada luar, seolah-olah beliau tidak percaya dan tidak yakin dengan kebolehan rakyat sendiri.

5. Kerana nasihat itu, mungkin penyebab kepada Perdana Menteri mempergunakan "jenama peribadi" berbanding parti sebelum PRU-13, atas sebab itu muncullah slogan "I Love PM". Namun slogan itu ternyata gagal, khususnya di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

7 billion utk gaji punaisehat warga asing di putrajaya..MTEN dan agensi kjaan yg lain seolah tidak berfungsi era najib lebih percaya warga asing untuk nesihat kerajaan..... satu penghinaan pada penjawat awam dan tu dr m ada menyebut melayu sokong najib sebab melayu takut jika anwar jadi pm timbalan perdana menteri adalah lim kit siang.....itu yg melayu sokong kjaan....masa sebenar untuk najib rosmah undur.....

Blog Archive