Monday, February 09, 2015

Sodomi II: Ramai Sangat Penganalisis Cuba Pengaruhi Keputusan

KEPUTUSAN sodomi II dijadualkan akan diputuskan esok 10 Februari. Mengintisipasi keputusan itu, ramai sangat penganalisis bukan berlatar peguam, terutama penulis barat, berhujah, kononnya berasas fakta, Anwar Ibrahim bakal dibebaskan.

Sejak dua minggu yang lalu, bukan sahaja Anwar yang bermain psikologi, mendakwa bahawa beliau akan dibebaskan, malahan rata-rata penyokongnya dan pemimpin pembangkang.

Mereka cuba mempengaruhi pendapat ramai, bahawa jika keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014, kononnya Mahkamah tidak bebas aka dipengaruhi tangan-tangan ghaib terutama orang politik.

Pihak Anwar mencuba mempotretkan, bahawa Kerajaan Pimpinan Najib Razak akan berada dibelakang keputusan Mahkamah, jika keputusan itu tidak berpihak kepada beliau.

Ramai rakyat atau majoriti rakyat negara ini mahu melihat, bahawa mahkamah perlu membuat keputusan berasaskan undang-undang, berasaskan bukti-bukti, bukannya atas keputusan kepetahan peguam bela mempatahkan hujah pendakwaraya. Hakim perlu melihat bukti-bukti yang dikemukakan di depan mereka. Jangan gentar, membuat keputusan, kerana jika keputusan membebaskan Anwar, undang-undang negara ini terutama yang berkaitan seks luar tabii, akan lintang pukang.

No comments:

Blog Archive