Wednesday, February 11, 2015

Anwar Kembali Ke Penjara Kerana Kesilapan Sendiri

DATO Seri Anwar Ibrahim kembali ke penjara kerana atas kesilapan sendiri. Pertama, tiada yang menyuruh beliau melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang dalam agama, juga perbuatan yang salah daripada segi undang-undang negara. Sebenarnya, tiada yang mengetahui perbuatan itu, hanya beliau sahaja dan mangsa.

Sekiranya mangsa (Mohd Saiful Bukhari Azlan) tidak membuka mulut, sudah pasti tiada yang mengetahui perbuatan itu.

Oklah, jika salah satu pihak buka mulut, dalam perkara ini, mangsa, seharusnya tertuduh membuat alibi yang boleh diterima berdasarkan undang-undang. 

Kesilapan pertama Anwar, bahawa beliau tidak menampilkan sebarang alibi, tentang kejadian yang berlaku di Kondominum bernombor 11-5-1 pada 3.01-4.30 petang pada 26 Jun 2008, walaupun pada sebutan awal kes di Mahkamah Tinggi, peguam tertuduh berkatakan akan menampilkan alibi termasuk isteri tertuduh. Malangnya, selepas selesai perbicaraaan Mahkamah Tinggi, di mana tertuduh dibebaskan, tiada seorang alibipun di bawa ke mahkamah untuk menyokong hujah peguam tertuduh, sebaliknya kenyataan tertuduh dikandang saksi hanya bersifat penafian, menuduh, bahawa kes yang dituduh kepada beliau merupakan konspirasi.

Pengertian konsipirasi biasa dilakukan untuk menjatuhkan seseorang ditampuk kuasa, sedangkan Anwar pada masa itu tidak berjawatan apa-apa, hanya sebagai Ketua Umum PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan beliau bukanpun boleh mengancam kedudukan kerajaan, kerana, kerajaan sudahpun dibentuk selepas PRU-12 yang berlangsung pada Mac 2008. Kerajaan yang dibentuk mempunyai cukup kerusi, iaitu 140 daripada 222, lebih banyak 58 kerusi berbanding kerusi yang dimiliki PKR-DAP dan Pas.

Anwar dalam berdepan sodomi II, lebih percaya kepada saksi retorik, seperti pakar-pakar luar, akan tetapi tidak yakin dengan saksi tempatan, yang boleh berkolobrasi dengan beliau berkaitan kehadirannya di tempat kejadian dan kehadiran mangsa di tempat yang sama pada masa yang sama.

Penghakiman Mahkamah Persekutuan pada Selesa, ada menyebut, bahawa Anwar samasekali tidak mempertikai kehadirannya di kondo tersebut bersama mangsa, dengan tindakan itu, maka perkara asas kepada kejadian pertuduhan sudahpun dibuktikan.

Kerana perkara asas sudah dibuktikan, maka mempertikai kredibiliti mangsa atau itegriti mangsa yang dipersoalkan oleh penyokong Anwar termasuk Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, kerana para hakim mendapati bahawa kesaksian mangsa tiada cacat celahnya. sebenarnya, secara tersirat Anwar atau peguam bela beliau mengakui itu, kerana dari awal-awal lagi tidak mempertikai keberaadaan mangsa di tempat kejadian.

Untuk itu, membidas para hakim kerana mengambil kira kredibilti mangsa untuk menjatuhkan hukuman, sebenarnya kesilapan tertuduh dan para peguamnya.

Hakim hanya membuat keputusan berasaskan bukti-bukti yang dikemukakan di depan mereka, serta hujah-hujah berasas undang-undang. Tiada tokok tambah berkaitan undang-undang. Undang-undang akan terzahir dengan sendirinya, kepada yang tidak bersalah, maka tidak bersalah, dan sebaliknya.

Anwar bukan kali pertama berdepan dengan kes yang serupa. Beliau pernah menjalani hukuman yang sama, Seharusnya, beliau sudahpun mengambil iktibar pada kejadian yang pertama, kerana biasanya manusia tidak dipatok ular pada lubang yang sama.

Apa yang berlaku pada Anwar, perlu diambil iktibar oleh sesiapa sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Bukan kesilapan sendiri bro..., pasal dia Raja Juboq Msia. Atau PELIWAT.

Anonymous said...

Ini bukan kesilapan
tetapi kecelaruan peribadi/identiti
serta
kesongsangan naluri
merupakan tabiee
yang tidak mudah dileraikan

hakikatnya bukan saja Saiful
dan sukma
dan azizan
dan Meor
dan Ismail
dan Rashid
dan
dan ..

Kita tidak tahu
yang tahu
anu war al juburi
mangsa
dan Allah hu aklam !

Blog Archive