Thursday, January 29, 2015

Mengapa Masih Ada Yang Percaya Pembunuhan Altantuya Atas Arahan Seseorang?

MENGAPA masih ada yang percaya, bahawa pembunuhan Altantuya adalah atas arahan? Di Mahkamah tinggi melalui 159 hari perbicaraan, akhirnya membuat keputusan bahawa pembunuhan itu adalah pembunuhan biasa dan mendapati dua anggota polis melakukan pembunuhan tanpa sebab. Dapatan itu, menghampiri keadaan apabila tahanan reman mati semasa dalam tahanan, di mana tidak berlakupun sebarang arahan.

Altantuya didapati dibunuh pada tahun 2006, di sebuah kawasan di Pinggir Shah Alam, di mana pembunuhannya cukup mengerikan, kerana dipercayai menggunakan sejenis bom c-4.

Dua anggota UTK polis yang terlibat adalah Ketua Inspektor Azilah Hardi dan kopral Sirul Azhar Umar, telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, meskipun sempat menghidup udara segar selepas mahkamh rayuan membebaskan mereka pada tahun 2013. Atas sebab pembebasan itu, salah seorang daripada mereka, iatu Sirul lari ke Australia, dan sudah menyatakan tidak akan kembali ke Malaysia semata-mata untuk menjalankan hukuman gantung. Kerajaan Malaysia berusaha untuk membawa Sirul pulang ke tanah air. Sirul kini ditahan di satu penjara di Austarlia, selepas polis antarabangsa memberi alert merah kepada beliau.

Meskipun Mahkamah Persekutuan telah meutuskan hukuman mati, namun hukuman itu mungkin hanya dapat dijalankan kepada Azilah, jika Malaysia gagal membawa pulang Sirul.

Umum memang menunggu untuk mengetahui, siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya?. Altantuya adalah bekas kekasih penganalisa Politik Razak Baginda. Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat pada awal perbicaraan.

Apa kah Sirul, akan muncul dengan cerita lain??? dan merungkai persoalan sebab musabab pembunuhan model Mongolia beranak satu itu??? Episode kematian Altantuya sebenarnya belum berakhir.

10 comments:

tobeng said...

Pertama gambar2 atas tu bukan gambar altantuya.

Kedua mustahil orang bunuh orang tanpa sebab.Razak baginda terlepas atas sebab teknikal.Dia kata 'finish her' pada 2 polis tu tak bermaksud suruh bunuh.So razak terlepas.Yg jadi korban balaci yg tak cerdik.Begitulah mahkamah dunia.

Anonymous said...

Habis 2 polis tu saje2 suka2 bunuh orang?

Anonymous said...

Ingat ! " Sesuatu kejadian itu bersebab" So, rungkaikan habis habisan rahsia di sebalik rahsia ini.
Atau penyiasat dah buntu?
Kesian dua orang polis tu jadi kambing hitam legam.

Anonymous said...

159 hari bicara takkan tak cukup nak ceritakan konspirasi dan apa2 jua faktor yg berkaitan dengannya??

Masalahnya sirul dan azilah gagal nak convince mahkamah bahawa mereka bukan pembunuh. Motif dan sebab tak penting sbb semua bukti menjurus pada azilah dan sirul yg letupkan bom.

Azilah dan sirul kene bagi bukti yg mereka bukan yg memetik picu.

Anonymous said...

Kambing hitam legam tu polis yg tahu undang2... tapi kerana habuan agaknya... yg patut tegakkan undang2 sanggup bersubahat juga. Razak baginda walau terlepas... dia boleh hidup tenang ke? Klu nk hidup tenang dia patut bertaubat dan bantu keluarga polis ini.

Anonymous said...

Logik ke ???....aku rela mati di tali gantung dari menceritakan bahawa yg upah aku letup ialah najib atau razak baginda.????

Mmg tak logik langsung....

Mana ada org sangup mati di tali gantung demi nak selamatkan seseorg...

Satu jalan cerita yg mmg tak logik....

Anonymous said...

Lain kali pi mahkamah... dah tentu boleh mendengar butiran perbicaraan dan keterangan dari mulut yang dituduh.

Anonymous said...

Pendapat Anon 25th Jan 13:53
Cukup bernas dan jelas.. untuk setiap peringkat.. dari Tadika hingga ke Prof...maupun sihat atau sakit...kecuali orang gila..atau menggila...yg patut dikuarantinkan.

Anonymous said...

Ralat Anon 29th jan 13:53 bukan 25 jan 13:53..

Anonymous said...

Najib dah bersumpah x terlibat. Cuba suruh ketua pembangkang bersumpah kerana mengikut orang tertentu ia adalah fitnah pembangkang terhadap Najib. Habislah pahala pemfitnah bagi kat Najib, beruntung dia.

Blog Archive