Saturday, May 31, 2014

Kekalahan Dyana: PAS Gagal Tarik Pengundi Melayu

Kekalahan Dyana Sofya Daud, calon yang cuba digunakan DAP untuk menarik pengundi melayu, atas sebab parti itu tahu bahawa undi daripada kaum cina pada dua PRU lalu, bakal tidak akan diperolehi; ternyata benar. Selain undi cina tidak kembali kepada DAP, calonnya juga gagal mendapat sokongan daripada melayu, walaupun Pas bermati-matian membantu; sehingga sanggup mengorbankan rancangan parti itu membentangkan Hudud pada Persidangan Dewan Rakyat jun ini.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong hanya 238 undi apabila beliau mendapat 20,157 berbanding Dyana 19,919 undi; namun kemenangan cukup manis, memandangkan pada PRI-13 lalu, Mah kalah 7,313 undi.

Nampaknya, kemenangan BN pada kawasan campuran seperti Teluk Intan, memberikan indikasi baik kepada BN berdepan PRU-14 akan datang. Jika trend ini berlanjutan sehingga PRU-14; bukan sahaja BN akan terus memerintah, besar kemungkinan akan mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Rakyat sudah mula sedar, bahawa fitnah dan putar belit pihak pembangkang  yang menyebabkan ada pengundi terpengaruh tidak akan bertahan lama.

PRK Teluk Intan: Dyana Kempunan Jadi YB

Kiraan tidak rasmi BN mengatasi DAP dengan majoriti 238; dengan angka itu, Dyana Sofya Daud kempunan menjadi wakil rakyat.

Berjaya BN merampas P76 Teluk Intan, kedudukan di Dewan Rakyat bertukar, BN 134, sementara Pakatan Rakyat 88

PRK Teluk Intan: Milik Dyana Sofya Daud atau Mah

Keputusan tidak rasmi, Dyana mendapat undi 19,830, sementara Datuk Mah Siew Keong 19,805; undi rosak 542.

Berasaskan majoriti undi yang sangat kecil, iaitu 25, pengiraan semula akan dilakukan.

Keputusan kiraan semula BN 20,022 sementara DAP19,872, undi rosak hanya 228; berasaskan kiraan semula BN menang dengan majoriti 150

PRK Teluk Intan: Dyana Kah Atau Mah?

Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.

Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.

Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.

Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.

Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.

Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.

Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

PAS Terpaksa Lupakan HUDUD-Kerana Dyana



Thursday, May 29, 2014

Almarhum Sultan Azlan Shah Selamat Disemadikan

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada jam 6.25 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Almarhum diusung menggunakan Siraja Diraja dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang. 

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. 

Jenazah Almarhum tiba di pekarangan Masjid Ubudiah pada jam 4.25 petang diiringi Pasukan Istiadat Angkatan Tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.

Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru diisytiharkan, Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah disembahyangkan pada jam 5.10 petang.

Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Wednesday, May 28, 2014

DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda. 

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. 

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi

Pendidikan
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah) 
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

PRK Teluk Intan: Hadi Lemas Melihat Dyana

Hadi lemas berdepan dyana. Haji Hadi melepaskan jubah sepertimana biasa setiap penampilannya. Umno kena ambil iktibar, bahawa pemimpin PAS cepat lemas apabila berdepan wanita cantik. Keranamu Dyana, Hudud yang bakal dibentangkan di dewan Rakyat PAS tangguhkan.

PRK Teluk Intan: Jika Dyana Menang-Baik Buruknya Terhadap Melayu

Kalau mengecualikan status parti, jika Dyana Sofya Mohd Daud memang, maka komposisi ahli parlimen melayu akan bertambah di Dewan Rakyat.

Disebabkan Dyana mengwakili DAP parti pembangkang kepada BN, maka orang-orang melayu dalam BN tidak mahu Dyana menang.

Pendirian berasaskan parti- penyebab utama melemahkan melayu itu sendiri. Bagi Umno, siapa sahaja melayu yang menentang Umno, adalah penentang melayu. Bagi Umno, melayu tidak boleh menentang Umno, dan sesiapa yang menentang Umno adalah seseorang yang tidak patriotik, pengkhianat. Mereka yang tergolong pengkhinat di kaca mata Umno adalah para pemimpin PAS termasuk penyokongnya, demikian juga pemimpin melayu dalam PKR adalah tergolong dalam kumpulan itu. Kini ditambah oleh melayu yang menyertai DAP, juga dicap sebagai pengkhianat melayu.

Semangat yang disebutkan di atas telah berdekad ditanamkan kepada kaum melayu; namun, apakah faktornya, sesuai dengan peredaran zaman, semangat itu bukan menebal, akan tetapi berangsur-angsur luntur, melemah, malah mengancam kekekuasaan Umno itu sendiri.

Pemimpin Umno kena mencari faktor penyebab kepada keadaan ini. Bagi AYT, apa yang dapat dilihat salah satu penyebab kepada keadaan itu, adalah sifat pemimpin Umno yang mudah lupa asal usul, suka bernostalgia, apabila ada kuasa menjadi sombong, angkuh dan hanya gemar bercakap secara retorik; gemar bercakap secara politik; lupa sama sekali nawaitu pengwujudan parti itu sendiri.

PRK Teluk Intan: Cina Undi BN-Tidak Tahu Malu: Anwar

Anwar benar-benar mempergunakan strategi yang digunapakai readbean army- di mana sebelum ini ada kenyataan bahawa kaum cina itu pendatang. Kenyataan itu seolah-olah daripada penyokong Umno; sebenarnya; itulah strategi sikologi songsang yang dirancang oleh RBA, untuk membangkit emosi kaum cina.

Sebentar tadi, semasa berkempen di Teluk Intan, Anwar mencabar pengundi cina yang masih mengundi BN adalah kumpulan cina yang tidak tahu malu. 

Anwar adalah seseorang yang tahu bagaimana membangitkan emosi, dengan merancang sesuatu seperti kenyataan sebelum ini, bahawa kaum cina itu pendatang. Kenyataan seperti itu, sebenarnya hasil fikiran Anwar, tujuannya hanya untuk membangkitkan emosi kaum cina. Kini Anwar menggunapakai kenyataan itu, untuk mengapi-apikan lagi keadaan, sambil berkata, kaum cina yang masih menggundi BN adalah kumpulan yang tidak tahu malu.

Jika benarlah Bn itu anti cina, mengapa mencalonkan cina bagi PRK Teluk Intan? Para pemimpin Umno, siang malam bertungkus lumus berkempen untuk memastikan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menang.

Sebenarnya, mereka-mereka yang berteriak-teriak anti kaum cina yang mengatas namakan sebagai penyokong Umno atau BN, sebenarnya mereka itu, adalah gunting dalam lipatan, mereka itu sebenarnya adalah penyokong DAP-PKR-PAS yang bergerak secara tersusun untuk menjayakan sikologi songsang.

Bn yang ditunjangi Umno tetap mempertahankan perkongsian kuasa antara kaum dalam negara ini; atas sebab itu setiap pilihanraya, status quo kawasan-kawasan pilihanraya terus diperlihara; tidak seperti parti-parti dalam Pakatan Rakyat, misalnya DUN Kajang- kawasan itu adalah kawasan cina, namun dengan mudah diambil dan diletakan calon melayu; kawasan Parlimen Pandan- adalah kawasan cina, namun diwakili oleh melayu. Parlimen Bandar Tun Razak diwakili melayu. Kepada kaum cina, seharusnya mereka terfikir tindakan-tindakan ini; pemimpin Pakatan Rakyat secara halus mahu menyingkirkan kepimpinan cina; dan contoh yang paling dekat adalah calon bagi PRK Teluk Intan; kawasan yang senantiasa diwakili kaum cina, kini diletakan calon melayu.

Tuesday, May 27, 2014

MH370: Selepas 80 Hari- Apa Yang Terbaharu?

MH370 sebuah pesawat Boeing B777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang kurang sejam selepas berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac 2014, laluan Kuala Lumpur-Beijing kini memasuki hari ke-80 tanpa apa-apa klu di mana pesawat itu.

Pada 24 Mac lalu, diambil keputusan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan data Immarast yang dikeluarkan hari ini, di mana data itu dianalisa menggunakan Doppler Effect- kaedah yang menggunakan gelombang untuk menentukan lokasi sesebuah pesawat.

Walaupun, berbagai alat canggih digunakan di lokasi di mana pesawat malang itu dipercayai berakhir, namun sehingga kini gagal mendapatkan sebarang petanda di mana sebenarnya pesawat malang itu.

Sebuah pesawat secanggih B777; kehilangannya memang misteri. Pembuat pesawat itu boeing, pembuat enjin Rollroyce, seharusnya mempunyai sokongan aftersales, yang mampu mengesan pesawat seperti itu. Namun yang aneh, mengapa kecanggihan pesawat seperti B777 tidak dilengkapi peralatan seperti itu? apakah pembuat pesawat itu, dan atau pembuat enjin pesawat menyembunyikan sesuatu, sepertimana pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Berasaskan kepada cara kehilangan pesawat itu, di mana selepas berlepas, kemudian apabila berlaku perggantian ruang udara; disaat itulah diambil peluang untuk menghilangkan pesawat itu. Keadaan ini, tidak mencerminkan bahawa pesawat itu mengalami masalah teknikal; sebaliknya, tindakan itu memang dirancang.

Faktor-faktor yang mengarah kepada tindakan yang dirancang adalah tindakan melencongkan pesawat itu berlawanan dengan arah sebenarnya; kemudian pesawat diterbangkan pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut, di mana tujuan menerbangkan pada ketinggian itu, adalah untuk memastikan penumpang yang tidak berpeluang memakai corong oksigen; akan pengsan malah boleh mengalami kematian.

Pesawat dikendalikan oleh juruterbang- Kapten dan pembantu kapten. Jika kapten bertindak sepertimana gambaran di atas, apa kah pembantu kapten/pembantu juruterbang juga, berkonspirasi "mati" bersama? sesuatu yang jarang berlaku; kerana keadaan seperti itu biasanya hanya berlaku pada dua insan yang sangat kecewa sepertimana pasangan dua sejoli- wanita dan lelaki yang sedang putus cinta.

Apa yang berlaku pada MH370, sesuatu diluar kotak kita berfikir, walaupun boleh diteka apa sebenarnya yang berlaku dengan pesawat itu. Namun tekaan itu, sukar kita buktikan, atas sebab kelemahan kita dalam teknologi. 

Mengendali pesawat tanpa juruterbang, bukan perkara baru pada zaman ini. Ertinya kemampuan teknologi memintas navigasi pesawat bukan lagi perkara mustahil; apatah lagi, teknologi itu sudahpun dicipta, ekoran kejadian 9/11 serangan Twin Tower New York.

Memandangkan kehilangan pesawat itu masih misteri sehingga kini, hanya melalui tindakan terancang untuk menghilangkan pesawat itu adalah jawapan kepada hilangnya pesawat itu.

PRK Teluk Intan: Hadi Awang Akui Dyana Lebih Berani Berbanding Dirinya

Dyana Sofya Mohd Daud, dianggap berani setidak-tidaknya itulah pengakuan Hadi Awang. Calon DAP itu dikatakan berani atas sebab bersedia bertanding atas tikit DAP; itulah ukuran keberanian Dyana di kaca mata Presiden PAS itu.

Bagi Hadi, orang melayu yang bersedia bertanding atau menyokong DAP adalah pemberani. 

Dyana sebelum menjadi calon DAP, telah menunjukkan keberaniannya dengan memilih pendirian, bahawa hak-hak melayu di negara ini perlu dihapuskan, ertinya hak-hak melayu sepertimana diperakukan dalam perlembagaan negara perlu diganti dengan hak-hak sama rata untuk seluruh rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin.

Dyana tidak mahu tahu, apakah melayu masih ketinggalan, atas sebab itu para pemimpin PAS termasuk Hadi menjadikan dia sebagai ikon dan idola keberanian. Hadi mengakui, bahawa Dyana akan berani bertindak, bersuara apa sahaja yang berkaitan dengan penghapusan hak-hak melayu, berani meneggakan perjuangan DAP yang anti islam, berani meneggakkan perjuangan DAP yang bersifat sosialis, berani meneggakan perjuangan DAP berasaskan konsep Malaysian Malaysia. Sebaliknya menurut Hadi, calon BN Datuk Mah Siew Keong akan akur dengan pendirian BN dan akur dengan isi perlembagaan yang berhubungkait dengan kedudukan melayu dan bumiputera. 

Menurut Hadi, Siew Keong tidak akan berani bersuara memberi kenyataan agar supaya kedudukan UiTM dikaji semula, namun Dyana sudahpun membuat pendirian, bahawa dia akan terus memperjuangkan agar kedudukan UiTM dikaji semula melalui DAP, apatah lagi kalau dia boleh menjadi wakil rakyat.

Atas keberanian Dyana ini, maka kaum cina dijangka akan terus memberi undi kepada calon DAP itu, kerana inilah sebenarnya nawaitu kaum cina di negara ini, selepas menguasai sektor ekonomi, maka sudah tiba masanya pula menguasai sektor politik; dan ironi, orang seperti Hadi Awang bersedia menjadi katalis untuk mencapai perancangan kaum cina ini.

Monday, May 26, 2014

PRK Teluk Intan: Kalau DAP Menang Lagi- Apa Ertinya?

Kalau DAP menang lagi, itu bermakna, Parti-parti komponen BN tidak mampu lagi menarik sokongan kaum cina. 

Parlimen Teluk Intan, dianggap sebagai kawasan campuran, atas sebab pengundi cina berjumlah 42 Peratus, melayu 38 peratus dan india 19 peratus. 

Dua pilihanraya umum lalu (2008 dan 2013) kawasan itu dimenangi DAP, atas sebab pengundi cina sebulat suara mengundi parti pembangkang itu. 

Jika pada PRK kali ini, di mana hari membuang undi pada 31 Mei, trend pengundian seperti pada PRU-13 mei lalu; ertinya, sahlah kaum cina belum lagi bersedia kembali kepada Bn yang pernah kaum itu sokong sehingga PRU 2004.

Sebenarnya PRK Teluk Intan, tidak membawa apa-apa perubahan pada status quo antara BN dan pakatan antara DAP-PKR-PAS, sebab, kerusi Teluk Intan adalah kerusi DAP. Jika sekalipun DAP mempertahankan kerusi itu, tidak akan mempengaruhi kerajaan Persekutuan, demikian juga jika BN menang, tidak akan menyebabkan BN mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Melihat keadaan ini, jika DAP menang bererti, kaum cina tetap mahu kaum itu menjadi suara pembangkang di dewan rakyat; jika BN menang, ertinya kaum cina mahu melibatkan diri dalam pembangunan negara melalui kerajaan yang diterajui BN.

PRK Teluk Intan: Dyana Sesuai PA Kit Siang Tidak Sesuai Wakil Rakyat

Pengundi Teluk Intan perlu sedar, bahawa pengalaman Dyana Sofya Mohd Daud hanya berkhidmat dengan seorang pemimpin DAP.

Perkhidmatannya belum menyeluruh; belum ada pengalaman berkhidmat dengan rakyat. Tiadapun jawatan dalam parti yang memerlukan hubungan timbal balas; pengalamannya hanya one way, iaitu melalui arahan, atas sebab, kapasatinya sebagai Pembantu Peribadi Lim Kit Siang bagi Parlimen Gelang Patah, Johor. Peranannya sebagai PA, hanya mendengar maklumat orang ramai untuk disampaikan kepada Kit Siang, kemudian menyampaikan keputusan Kit Siang kepada orang-orang berkenaan. Dyana hanya sebagai post, ertinya perkhidmatannya tidak boleh menggambarkan keputusan secara individu, melainkan atas pengaruh orang lain.

Atas sebab itu, semasa kempen di Teluk Intan, apabila wartawan bertanya sesuatu yang memerlukan jawaban, Dyana tidak dapat menjawab, atas sebab jawapannya semua melalui remote control daripada Bossnya Kit Siang.

Rakyat atau pengundi Teluk Intan, perlu tahu bahawa mengundi Dyana, dan mungkin menyebabkan dia terpilih sebagai wakil rakyat, adalah merupkan pilihan yang merugikan pengundi sendiri. Dyana tidak sesuai sebagai wakil rakyat; sebaliknya hanya sesuai sebagai Pembantu Pribadi Kit Siang.

Rakyat akan merasakan, bahwa mengundi Dyana, merupakan undi sia-sia; atas sebab perjuangan Dyana sebenarnya hanya merupakan perjuangan lakonan. Tujuan DAP mencalokan dia sebagai calon adalah semata-mata untuk mendapat tambahan undi daripada kaum melayu, bagi menutup pengundi cina yang berpindah menyokong Bn.

Sunday, May 25, 2014

PRK Teluk Intan: Siapa Undi Dyana-Bodoh- Dyana Tu Bukan Cantik Sangat

Dua kenyataan di atas adalah kenyataan dua pemimpin Umno. Siapa yang mengundi Dyana-adalah bodoh, datangnya daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Rahman Dahlan; sementara kenyataan kedua datangnya daripada Menteri Dalam Negeri- Dato Zahid Zamidi.

Mungkin strategi BN berdepan dengan PRK Teluk Intan adalah menjadikan unsur pribadi calon DAP menjadi sasaran.

Sejak Dyana diumumkan sebagai calon, isu utama pihak BN termasuk siber trooper Bn bertali arus menyerang calon DAP itu; manakala DAP sebagai parti kurang diberi penumpuhan. Mungkin strategis BN melihat, bahawa menyerang calon yang kebetulan seorang melayu, merupakan advantage kepada Bn untuk merampas kerusi itu daripada tangan DAP.

Mungkin betul mungkin tidak, pendekatan BN itu; kerana tiada siapa dapat mengetahui pola pengundian 60 ribu pengundi Teluk Intan. Melihat kepada pecahan pengundi- 42 peratus adalah cina, 38 peratus melayu dan 19 peratus india. Apakah memberi tumpuhan kepada Dyana membuatkan kaum cina menolaknya? ataukah kaum melayu menolaknya? demikian juga kaum india menolaknya? 

Memang suasana kempen berlainan dengan keadaan biasa. Namun, kena juga berfikir rasionalnya. Mungkin Bn mengambil pendekatan menjadikan Dyana sebagai punching bag, disebabkan isu pembangunan, isu membela rakyat, biasanya tidak lut pada pengundi bagi kawasan yang ditawan pembangkang; sebagai misalannya PRK Kajang dan PRK Sungai Limau.

Seperti AYT utarakan di pertengahan posting ini, mungkin strategi itu boleh berjaya mungkin juga tidak. Ada 6 hari lagi, menyusun kempen, mungkin ada pendekatan baru? Yang penting pendekatan itu boleh memenangkan calon Bn.

PRK Teluk Intan: Pemimpin Sabah Turut Berkempen

Pemimpin Sabah- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said dan pemimpin lain turut berkempen di PRK Teluk Intan, untuk membantu calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mencabar calon DAP Dyana Sofya Daud.

Musa dan Salleh memberi penerangan kepada pengundi di Seri Setia, Teluk Intan, bahawa betapa bertuahnya pengundi jika menyokong calon Bn, atas sebab calon Bn itu mampu membela rakyat yang diwakilinya, manakala, calon DAP hanya mampu mempopular dan menaikkan imej pribadinya, mempergunakan nama rakyat.

Hanya Kerana Dyana Tak Sokong Hudud-Pas Tangguh Bentang Pelaksanaan Hudud Di Kelantan

Kerana Dyana- Hadi Terpkasa Tangguh Pembentangan Undang2 Hudud Di Dewan Rakyat
Hebat sungguh Dyana Sofya Mohd Daud. Atas sebab calon DAP itu bertegas tidak akan menyokong Undang-undang Hudud yang bakal dibentangkan PAS di Dewan Rakyat pada Jun, maka PAS terpaksa menangguhkan pembentangan itu.

Dyana calon DAP memang melayu, tetapi melayu moden. Kalaulah Dyana daripada parti Umno, sudah tentu beratus ayat al-qur'an  serta hadis sudah bertaburan daripada mulut lebai-lebai Pas, atau pencacai mereka; berkhutbah sana sini; mengutuk, mencercah dengan berbagai dalil seolah-olah mereka itu sudah menjadi Tuhan, mampu menghukum manusia ciptaan Tuhan.

Disebabkan Dyana adalah calon parti teman karib PAS, maka undang-undang hudud yang mereka war-warkan akan dibentangkan di dewan rakyat, bagaikan debu, ditiup terbang begitu sahaja. Di sini, umat islam perlu mengambil iktibar, bahawa PAS bercakap soal Hudud, bukannya kerana agama, akan tetapi politik.

Adalah pelik, bagaimana Hadi Awang terpukau dengan kehadiran Dyana? Kalaulah Hadi itu adalah berjuang atas nama agama, sudah tentu, tidak akan terpukau? Apakah kerana kecantikan Dyana, Hadi dan ulamak Pas, tidak mampu berfikir lagi, sebaliknya air liur senantiasa mengalir!!!

Saturday, May 24, 2014

PRK Teluk Intan: Benarkah Melayu Sokong Dyana?

Melihat gelagat pemimpin PAS, parti PAS, pemimpin melayu PKR; nampaknya 1/3 melayu sokong Dyana. Dyana adalah calon DAP bagi PRK Teluk Intan. Sebelum menjadi calon, dia adalah setiausaha politik kepada LIM KIT SIANG, pemimpin utama DAP, dan kini wakil rakyat Gelang Patah, Johor selepas PRU-13.

Nama Dyana melangit pada Kit Siang, atas sebab tindakan pertamanya selepas diterima dalam DAP Desember 2011, dia membuat kenyataan, bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) perlu mengubah sistem yang ada pada universiti itu, daripada melayu/bumiputera sentrik, kepada universiti berbilang kaum.

Alasan Dyana, semua rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, termasuklah memasuki UiTM. Tindakan Dyana itu, menarik krtitikan berbagai pihak daripada melayu penyokong Bn dan Umno, namun mendapat tepukan gemuruh daripada parti lawan. 

Kini, dalam PRK Teluk Intan, Dyana dengan jelas dan lantang menentang HUDUD perjuangan PAS, namun PAS menelan suara itu, atas sebab DAP kawan baik PAS, setidak-tidaknya itulah jawapan yang diberikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu ( Mohammad Sabu).

Parlimen Teluk Intan sebenarnya kawasan campuran, atas sebab pengundi cina 42%, melayu 38% dan india 19%. Melihat kepada data ini, jika peratusan antara kaum berimbang dalam trend pengundian, keadaan akan berada pada 50-50. Namun, bagi kes kawasan ini, sejak PRK 2008, pengundi cina 90 peratus berpihak kepada DAP, manakala melayu 80 peratus kepada BN, manakala india 60 kepada DAP dan 40 kepada BN, atas sebab itu, kawasan itu dimenangi DAP. 

Jika pada PRK ini, yang berlabuh pada 31 mei, berlaku perubahan trend pengundian terutama pada pengundi cina, ada kemungkinan berlaku bahawa kawasan ini akan kembali kepada BN. Namun melihat cara berkempen di PRK Teluk Intan, perhatian jurukempen, terutama BN tertumpu sangat kepada pengundi melayu, sedangkan mereka tahu, bahawa pengundi melayu sahaja tidak akan mampu memenangkan BN. 

Kempener BN termasuk pemimpin BN mengambil isu Dyana, untuk berkempen, sedangkan mereka tahu, bahawa kemenangan Dyana nanti bukan disumbangkan oleh pengundi melayu melainkan pengundi cina.

Kalau calon BN tidak mampu mendapat undi cina sebanyak 8,000 lupakan hasrat memenangi PRK ini, walaupun melayu 90 peratus mengundi calon BN Dato Mah Siew Keong-Presiden Gerakan. Berasaskan kepada perkiraan ini, jika Dyana menang pada PRK itu, bukan atas sebab sokongan melayu, akan tetapi sokongan cina. Atas sebab itu, dia tidak boleh menganggap bahawa kemenangannya merupakan petanda bahawa melayu menyokongnya, dan sekaligus membuat kesimpulan bahawa melayu menyokong keinginannya menghapuskan status UiTM apatah lagi pendiriannya terhadap Hudud.

Bagi BN, untuk menang pada PRK Teluk Intan, perlu attack kaum cina, jika gagal, maka kempen BN tidak akan berbaloi.

Bagi AYT, pada PRK Teluk Intan, hanya proses mengsahkan, bahawa cina terus menolak Bn; atas sebab itu, kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa kawasan parlimen majoriti melayu perlu menunjukkan pada bila-bila masa, perlu dimenangi calon Umno, bukan calon PAS atau PKR, kerana hanya cara itu sahaja boleh menyelamatkan status melayu, termasuk status UiTM.

Najib Terpkasa Beri Nasihat: Jaga Nama Baik Parti Kita

Saya petik daripada wall FB Perdana Menteri yang dipos hari ini. Saya kurang mahir print screen, hanya tahu copy n paste.
I strictly condemn the derogatory remarks made by a DAP member, totally unbecoming on its part. We may differ in our political opinion but being abusive is uncalled for. This type of action incites disharmony as after all, we are all Malaysians.

At the same time, I call upon all UMNO members not to overreact, by doing things against the law or deemed to be irresponsible. Any reactions should be within the bounds of law and we must strive to continue the good image of our party. Jaga nama baik parti kita.

Kenyataan ADUN Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang mengatakan Umno Celaka, mendapat komen daripada PM sepertimana tulisan diFB beliau. 

Sebagai kita tahu, ekoran kenyataan ADUN DAP itu semasa sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu, menyebabkan sekumpulan pemuda Umno menyerbu masuk persidangan itu; meminta ADUN DAP itu menarik balik kenyataan itu dan seterusnya meminta maaf. Namun, ADUN DAP itu enggan, sebaliknya mengulanginya kenyataannya di luar dewan, bahawa dia tidak akan menarik balik apatah lagi meminta maaf.

Berikutan keengganan Rayer, maka pemuda umno bertindak berdemo di depan pejabat Umno di Kuala Lumpur dan Kuantan, dan sempat merosakan papan tanda pejabat DAP itu. Ekoran tidakan itu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata, bahawa pemuda Umno akan membayar balik kerosakan itu.

Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri itu, kini, nampaknya ada sebahagian pemuda Umno kehilangan kesabaran, sehingga bertindak tidak sesuai dengan cara Umno. Umno boleh jadi mendesak, tapi tidak sampai kepada pengorosakan atau tindakan yang boleh membawa kemudaratan atau kebinasaan. Cara itu sebenarnya budaya PAS, namun mengapa Umno boleh bertindak demikian? sehingga PM terpaksa memberi nasihat "JAGA NAMA BAIK PARTI KITA".

Mengapa UMNO Tiba-Tiba Ketakutan!!!

Mengapa UMNO tiba-tiba ketakutan!!!! sehingga ada yang mengambil jalan keganasan. Tindakan seperti ini, sebenarnya adalah budaya PAS, sebab parti yang mengaku parti islam itu senantiasa tidak mampu bersaing melalui peti undi, atas sebab itu untuk megatasi kekurangan itu dan mengubati rasa frustrasi mereka memilih secara kekerasaan. Sebelum tahun 2008, kita biasa berdepan dengan pasukan gengster PAS baik dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil; namun selepas itu, budaya ini diambil pula oleh umno, walaupun tidak meluas, namun tindakan mereka itu telah mencerminkan, bahawa Umno merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" merasakan bahawa parti itu tidak lagi digeruni, atas sebab mereka yang berani berdepan dengan Umno sebenarnya merasakan dibentengi oleh rakyat.

Kini DAP sudah berani berkata bahawa tindakan "hooligans" dan "gangsters" segelintir pemuda Umno atas sebab umno telah kehilangan sokongan rakyat; Umno bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat. Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang Umno; sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu.

Wednesday, May 21, 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Perlu Buktikan Bahawa Dia Lebih Cina Berbanding Kit Siang

Calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, perlu membuktikan bahawa dia lebih cina berbanding Lim Kit Siang. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Dyana sejak dilantik sebagai setiausaha politik Kit Siang, kenyataan pertamanya adalah menjadikan UITM almamaternya sebagai bahan politiknya, atas sebab jika Kit Siang yang membuat kenyataan demikian, orang melayu akan lebih marah, akan tetapi jika Dyana, penerimaan melayu akan "berbeza" kerana Dyana itu melayu.

UITM merupakan institusi yang menampung bumiputera/melayu bagi mempersempit jurang perbezaan pendidikan antara kaum dalam negara. Kita tahu bahawa majoriti bumiputera/melayu tidak dapat meneruskan pelajaran ke menara gading jika memilih Universiti Malaya atau Universiti lain dalam negara ini suatu masa dahulu, atas sebab standard yang diperlukan oleh universiti-universiti itu selain tinggi, juga tidak menawarkan penyajaan, manakala UITM, selain bertolak ansur dari segi syarat kemasukan juga menawarkan penyajaan kepada para pelajarnya.

Tujuan penubuhan UITM dahulu dikenali sebagai ITM (Institut Teknologi Mara) memang termaktub dalam Perlembagaan Negara artikel 153, di mana institusi itu adalah hak melayu/bumiputera sebagai kaedah untuk memperbanyak dan sekaligus memberi peluang kepada melayu/bumiputra menyambungkan pendidikan.

Sebenarnya, sejak penubuhan UITM, pemimpin seperti Lim Kit Siang, sudah tidak senang dengan institusi ini, atas sebab ianya mampu memberikan pendidikan kepada bumiputera/melayu dan ianya dapat bersaing dengan kaum-kaum lain. Perlu kita mengimbas sejarah, suatu ketika Bank adalah sumber untuk memajukan setiap orang terutama dalam bidang perniagaan. Seorang melayu dibunuh (Maroof Zakaria) semata-mata mahu menubuhkan Bank yang berasas melayu bagi bersaing dengan bank bukan berasas melayu.

Disebabkan UITM sudah bertapak berdekad, maka tidak mungkin lagi membunuh pengasasnya, kerana pengasasnyapun sudah tiada, maka satu caranya untuk menguasai institusi itu hendaklah dipolitikkan. Tujuan mempolitikan institusi itu sebenarnya, agar supaya kaum lain akan terus menebal sokongannya terhadap mereka yang mempersoalkannya ; atas sebab mengapa melayu sahaja mendapat keistimewaan di dalam insitusi itu? mengapa bukan cina atau india?

Dyana menggunakan "arugmentasi" bahawa semua rakyat negara ini perlu mendapat akses pelajaran tidak mengira latar belakangnya, mengapa memilih UITM sebagai sasaran? sedangkan masih banyak lagi institusi lain? Persoalan pokoknya, adalah UITM menawarkan pendidikan yang murah, berbanding institusi lain, sedangkan kualitinya cukup tinggi. Kaum lain mahu juga menikmati kemudahan UITM, itulah tujuan sebenar DAP, melalui kenyataan Dyana. Dyana merupakan alat DAP untuk mempersoalkan hak-hak melayu,

Bagi mereka yang menyalahkan Dyana termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang tidak habis fikir, mengapa seorang anak melayu yang dibesarkan dalam lingkungan pemimpinan Umno; sanggup berbuat demikian; jawapan kepada persoalannya ini, adalah melayu itu mudah lupa, sepertimana berlaku, kepada pemimpin Umno itu sendiri, apabila belum mendapat kuasa, bukan main baik dan mesra, akan tetapi apabila berada ditampuk kuasa, keluarlah belang mereka, angkuh dan sombong.

Jangan salahkan Dyana kerana bertindak lebih cina berbanding Kit Siang atau Guan Eng, kerana jika tidak berbuat demikian, maka kepercayaan terhadapnya bukan sahaja kurang akan tetapi diberi nilai 50 sen, sepertimana pemimpin melayu yang pernah menyertai DAP dan kemudian keluar daripada parti itu.
 
Umno sebagai parti yang memperjuangkan melayu/bumiputera, perlu mengambil iktibar, kepada tindakan Dyana, kerana di masa depan, bukan sahaja akan ramai anak melayu mempersoalkan hak-hak melayu dan bumiputera atas sebab kekecewaan; juga trend pemimpin pemimpin Umno itu sendiri yang sudah lupa kepada adab perjuangan, sudah lupa kepada budaya Umno di mana pemimpinnya mempunyai semangat kental untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan melayu/bumiputera. 
 
Kepada pemimpin Umno, tanyalah pada diri sendiri, di mana nawaitu anda, jangan berceloteh, kerana munculnya seorang Dyana daripada 54 peratus penduduk melayu/bumiputera di negara ini yang mempersoalkan hak-hak melayu/bumiputera, malah mahu menghapuskannya. Tepuk Dada tanya selera.

Monday, May 19, 2014

PRK Teluk Intan: Mengapa Bangsa Melayu Tiba-Tiba Penting Kepada DAP?

Dyana: Buka dan TUTUP
Apapun alasan yang diberikan DAP, berkaitan pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu pada PRK Teluk Intan; namun hakekatnya adalah DAP tahu bahawa undi yang diperolehi daripada kaum cina pada dua PRU lalu yang membolehkan parti itu memenangi kawasan itu, bakal tidak diperolehi lagi.

Pemimpin DAP tahu, jika parti itu meletakan calon bangsa cina sekalipun tidak akan mendapat jumlah yang diperolehi parti itu pada dua musim PRU lalu. Untuk mengatasi itu, maka calon berbangsa melayu perlu dipilih, tujuannya untuk menarik pengundi melayu, bagi mengatasi kemerosotan pengundi bangsa cina.

DAP memang sudah melakukan penyelidikan, sekalipun calon BN Datuk Mah Siew Kong tewas dua PRU berturut-turut, namun semasa tewas itu, beliau berkedudukan lain dalam parti Gerakan, namun pada kali ini, adalah seorang Presiden komponen BN. 

Sekalipun Siew Kong tewas dua kali, namun beliau masih mempunyai sokongan daripada kaum cina, atas sebab rekod beliau yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal.

Dalam selidikan DAP, untuk mengatasi kemerosotan undi kaum cina, yang biasa berlaku pada setiap PRK, maka perlu diatasi kepada pertambahan undi bangsa lain, dalam hal ini, undi bangsa melayu merupakan king factor kepada kemenangan calon parti itu.

Demikian juga kepada calon BN, pengundi bangsa melayu adalah fixed deposit bagi Siew Kong; dan untuk menang, maka undi bangsa cina menjadi king factor. Oleh kerana calon BN berbangsa cina, maka cukup mudah baginya mendapat sokongan kaumnya; dan jika berasaskan keputusan PRU-13 lalu, jika Siew Kong mampu menarik tambahan 4,000 pengundi bangsa cina, sudah pasti beliau bakal merampas kerusi Parlimen Teluk Intan.

Bagi calon DAP pula, walaupun calon itu berbangsa melayu, tidak semestinya dapat menarik pengundi melayu, kerana mereka tahu, bahawa Dyana hanya dipergunakan sebagai alat untuk mengabui mata mereka, menjayakan perjuangan DAP yang berasaskan kepada sosialis, kesmararataan, anti monrakhi, Malaysian Malaysia.

Kini pengundi melayu Teluk Intan, sudah tentunya tertanya-tanya, mengapa bangsa melayu tiba-tiba begitu penting kepada DAP. Kata dialog dalam Filem P.Ramlee- Madu Tiga "Ada Mahunya Tu".

PRK Teluk Intan: Readbean Army Berjaya Memerangkap Dark Bluewave Army

Sedarkah para penyokong UMNO atau ahli Umno atau pemimpin Umno, bahawa pembangkang sering sahaja mempergunakan seseorang yang merupakan produk Umno untuk menjadi jaguh pada parti mereka. PKR janganlah cerita, pemimpin atasan mereka adalah produk Umno, malah Menteri Besarnyapun produk Umno. Terfikir kah oleh anda-anda, jika Umno itu begitu jahat? mengapa parti pembangkang mempotretkan dan menjaguhkan produk Umno?

Di PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, adalah produk Umno; dari kecil sehingga menamatkan pengajian adalah momokan Umno; atas sebab ibunya adalah seorang pemimpin wanita Umno yang aktif.

Selepas Dyana diura-urakan akan bertanding pada PRK Teluk Intan, untuk menaikan imej dan menjadikan Dyana menjadi sumber berita dan dikenali ramai, maka Readbean Army (RBA) memalsukan gambar Dyana dengan gambar-gambar nude, tujuannya, agar gambar-gambar itu dipickup blogger BN. Benar juga, banyak blogger BN terperangkap dengan propaganda itu; dan pada masa yang sama RBA membonggar rahsia, bahawa gambar nude Dyana itu, bukanlah Dyana, sebaliknya gambar pelakon Filipina Pauleen Luna. Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

Kini ramai yang menganggap, bahawa blogger BN menggunakan taktik kotor, termasuk memalsu, memfitnah, dan seterusnya menuduh Bn menggunakan taktik kotor. Taktik ini RBA menggunakan psikologi songsang memperangkap pengamal media alternatif BN, yang kurang peka dengan strategi yang digunapakai RBA. Blue wave army- BN? yang pernah dikatakan oleh Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan, tidak diketahui apa peranannya, apa kah wujud? 

UMNO dan BN ialah kilang penawaran bakat terbesar kepada pakatan pembangkang. Peliknya setiap hari ada sahaja tuduhan dan dakwaan disebarkan kepada orang ramai betapa lemah dan jahatnya UMNO dan BN. Dalam isu ini sebenarnya pihak media sosial BN yang tidak peka dan terperangkap dalam jerat yang diumpan oleh pakatan pembangkang. Dalam DAP sebenarnya sama juga seperti parti PKR yang mana terdapat kumpulan yang proAnwar dan sebaliknya.

Begitu juga dalam DAP, terdapat kumpulan yang pro Dinasti Lim dan yang menentangnya. Banyak penganalisis politik sebelum ini menyatakan bahawa keluarga Dinasti Lim sudah tidak sehaluan dengan keluarga Ngeh dan Nga di Perak.

Terdapat beberapa calon berpotensi sebelum ini yang dilihat sebagai penyokong kuat keluarga Ngeh dan Nga di Perak. Mereka ialah Setiausaha Politik Nga Kor Ming, Chong Zhen Min.

Kini strategi Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akhirnya berjaya mengenepikan semua calon-calon yang datangnya daripada kumpulan Nga dan Ngeh, dengan terpilihhnya Dyana. Krisis dalaman yang dirancang RBA, termasuk penyebaran palsu gambar Dyana, memerangkap Bluewave army, yang akhirnya najis taktik kotor itu terpalit dan melekat pada pengamal media alternatif pro BN itu. Atas sebab itu, berhati-hati, mengcopy paste, sesuatu yang menggambarkan seolah-olah imej buruk pembangkang, tanpa diketahui sumbernya, kerana mungkin itu satu perangkap, sepertimana yang berlaku pada gambar nude Dyana Sofya, atas sebab itu, Dyana tidak langsung terpengaruh dengan penyiaran imej itu, dan sempat berseloroh "seandainya saya punya tubuh itu"; kerana dia tahu, imej itu merupakan satu permainan RBA.

PRK Telok Intan: DAP Bakal Kecundang-Kerana Krisis Dalaman

Dyana (kiri) Datuk Mah Siew Kong (kanan) satu lawan satu PRK Telok Intan
Penamaan calon PRK Telok Intan berlangsung hari ini bertempat di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. BN bakal diwakili Presiden Grekan Datuk Mah Siew Kong, 53 manakala DAP diwakili peguam muda dan Setiausaha Politik Lim Kit Siang Dyana Sofya Mohd Daud,27.

Jika tiada calon bebas, maka bakal berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan DAP.

Pemilihan Siew Kong, selain sebagai mantan MP kawasan itu, juga sebagai mantan Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan untuk dua penggal, sehingga tahun 2008. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Gerakan, sebelum mengambil alih Presiden parti itu pada oktober 2013.

Di kacamata BN, Siew Kong merupakan pilihan tepat, atas sebab beliau merupakan anak tempatan selain mempunyai pengalaman luas, serta mempunyai kelayakan daripada segi akademik.

Manakala Dyana dipilih sebagai strategi DAP mengurangkan ketegangan dalam parti itu di peringkat negeri. Perbalahan antara dua sepupuh Nga dan Ngeh dengan kumpulan MP Ipoh Barat N. Kulasegaran telah berlarutan sejak tahun 2008, menyebabkan pucuk pimpinan DAP memerlukan orang ketiga yang bersifat berkecuali untuk menjadi calon.

Sebelum pemilihan Dyana, Kumpulan Nga dan Ngeh mahukan pembantu kepada Nga Chong Ze Min dipilih sebagai calon, manakala kumpulan Kulasegaran mahukan pencaramah popular Hew Kuan Yew dipilih sebagai calon.

Melihat kepada perbalahan antara dua kumpulan dalam DAP itu, maka dipilihlah Dyana, selain bertujuan meredakan ketegangan dalaman parti, juga dikatakan untuk menecrminkan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum.

Pengundi Telok Intan yang berjumlah 60,339 terbahagi kepada 42 kaum cina, 38 peratus kaum melayu dan 19 peratus kaum india. Komposi pengundi berasaskan kaum dapat dilihat pada tulisan AYT sebelum ini DISINI

Melihat kepada keadaan semasa, dan juga faktor Pilihanraya kecil, nampaknya BN mempunyai peluang untuk merampas kawasan itu. BN hanya memerlukan tambahan 4,000 undi daripada kaum cina dan mempertahankan jumlah undi yang diberikan kaum itu kepada calon yang sama pada PRU-13. Jumlah itu boleh diperolehi, memandangkan pengundi yang sama juga pernah mengundi Siew Kong pada PRU-2004 dan 2008. 

Walaupun pada PRK kali ini, DAP adalah penyandang kerusi, akan tetapi faktor PRK, selain pengundi sudah mengetahui, bahawa kerajaan Persekutuan adalah parti BN, demikian juga di peringkat negeri diterajui oleh parti BN.

Trend pengundian pada PRU 2008 dan 2013 adalah pengundi berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat menumbangkan kerajaan BN, namun pada PRK kali ini, pemenang tidak mengubah status quo. Atas sebab itu, kemungkinan besar pengundi akan memberikan undi kepada calon BN, atas faktor bahawa BN merupakan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Pimpinan DAP telah melihat bahawa undi kaum cina yang diperolehi pada PRU-13 tidak akan berulang, atas sebab itu parti itu mahu mengubah selera pengundi dengan mencalon melayu bagi menarik pengundi melayu. Namun, usaha itu, tidak akan mengubah trend pengundian kaum melayu, atas sebab, Dyana diyakni hanya sebagai alat untuk mencapai tujuan DAP bagi melemahkan atau menghancurkan melayu.

Pengumuman Dyana sebagai calon parti pada Sabtu, tanpa dihadiri oleh pemimpin akar umbi parti itu, memeperlihatkan, bahawa belaku protes daripada jentera parti itu. Keadaan ini lah yang memparahkan lagi peluang Dyana yang julungkali mencuba nasib dalam pilihanraya.

Nota: Telah sah bahawa PRK Telok Intan DAP lawan BN, tanpa calon lain.

PRK Telok Intan: Cara BN Boleh Menang

Pada PRU-13, jumlah keseluruhan pengundi Telok Intan 60,483 dengan komposisi kaum cina 25,400 (42 peratus); melayu 22983 (38 peratus) dan india 11490 (19 peratus); manakala yang membuang undi cina 20512, melayu 18559 dan india 9768. Daripada jumlah itu yang mengundi DAP 27399 dengan pecahan cina 17435, melayu 4268 dan india 5696; sementara yang mengundi BN 20086 dengan pecahan cina 3077; melayu 14291 dan india 4072. 

Bagimana calon BN boleh menang? Memandangkan calon BN adalah Presiden Gerakan dan mantan MP kawasan itu selain anak tempatan; sudah tentu mengenali ramai pengundi terutama daripada kaum cina. Kunci utama kemenangan calon BN adalah untuk meningkatkan undi daripada kaum cina sekurang-kurangnya dalam lingkaran 4,000 undi selain mempertahankan undi yang diperolehi pada PRU-13 lalu. Trend pengundian melayu dijangka tidak banyak berubah walaupun DAP mencalonkan kaum melayu melalui wanita muda Dyana Sofya Daud, 27.

Sekiranya BN mampu menambah undi daripada kaum cina, maka besar kemungkinan BN dapat merampas kawasan itu. Antara faktor yang boleh mendorong ke arah itu adalah faktor PRK. Suasana PRK adalah berlainan dengan PRU, kerana kini sudah diketahui parti mana yang memerintah.

Kebiasaannya, pada setiap PRK, pemenang adalah berpihak kepada parti pemerintah, kecuali bagi kawasan-kawasan yang memang wilayah dan kawasan kubu kuat sesebuah parti. Parlimen Telok Intan, walaupun dimenagi DAP pada PRU-2008 dan 2013, namun kawasan itu bukanlah kubu kuat DAP, kerana sebelum itu kawasan itu adalah wilayah Gerakan.

Jurukempen BN sudah tentu mempunyai strategi bagaimana mencatur 37 pusat daerah mengundi bagi kawasan itu, kerana sudah tentunya mereka mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing PDM. Jika kempen berjalan sesuai dengan strategi dan perancangan yang betul tidak mustahil pada 31 Mei, P76 Telok Intan akan kembali kepada pangkuan BN.

Sunday, May 18, 2014

Pencalonan Dyana Sofya Daud-Pembuka Mata

Bukan sahaja pemimpin BN malah penyokong BN mempersoalkan kesediaan Dyana Sofya Daud menjadi calon DAP bagi PRK Teluk Intan.

Persoalan mereka, Dyana tidak akan sampai ke tahap itu, kalau bukan kerana ikhsan UITM dan atas sebab ibunya sendiri seorang pemimpin veteran Umno.

Satu persoalan, akan sampai kah Dyana pada tahap sekarang ini, jika dia tidak menyongsang? Dyana setamat daripada pengajian di Uitm kemudian jadi peguam, terus menyertai DAP pada tahun 2012. Kemudian dia aktif membantu Lim Kit Siang sebagai calon DAP pada PRU-13 bagi Parlimen Gelang Patah untuk mengalahkan calon Umno/BN mantan Menteri Besar Johor-Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada usia relatif muda, 27 tahun, telah menjadi calon peringkat parlimen; dan jika menang maka akan menjadi ahli parlimen termuda.

DAP sepertimana ramai tahu adalah parti racis, atas sebab parti itu dimonopoli hanya satu kaum, walaupun beberapa pemimpin utamanya seperti mendiang Karpal Singh menempah nama melalui parti itu.

Sokongan melayu terhadap DAP sejak sekian lama minima sekali, walaupun pada tahun 1990 berlaku kesepakatan antara parti itu dengan S-46, kemudian membentuk Barisan Alternatif dengan parti yang sama, sebelum parti itu dibubarkan.

Kemudian DAP berkerjasama dengan Parti Keadilan, sebelum menjadi parti keadilan rakyat bersama PAS, untuk berdepan dengan beberapa pilihanraya, namun sokongan melayu tidak pernah kunjung datang. Tamparan hebat kepada parti itu pada PRU-2004, di mana ramai pemimpin parti itu kalah termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Namun pada PRU-2008, angin perubahan berlaku, kemudian diikuti PRU-13, di mana DAP dengan sokongan padu kaum cina dan india dan sedikit melayu, akhirnya mendapat kerusi kedua terbanyak di dewan rakyat selepas Umno.

DAP melihat, bahawa dengan sokongan sedikit kaum melayu, maka parti itu akan mampu menorobos penguasaaan BN, seperti terbukti pada PRU-13.

Kini, untuk mengyakinkan melayu, bahawa DAP tidak selamanya racis, maka memilih Dyana Sofya Daud untuk bertanding bagi kawasan majoriti kaum cina, seperti mana PKR lakukan di Parlimen Pandan.

DAP tahu, walaupun tindakan itu mengurangkan MP DAP kaum cina di Dewan Rakyat; namun ianya merupakan satu strategi atau umpan untuk mendapatkan habuan yang lebih besar, terutama pada PRU-14 akan datang.

Bagi mereka yang berumur 50-an pada masa ini, memang tahu benar bahawa perjuangan DAP itu berideologi sosialis, perjuangan kesamarataan, anti monarkhi, dan Malaysian Malaysia; akan tetapi generasi muda seperti Dyana Sofya Daud, tidak mengerti itu semua, yang penting peluang yang diberikan perlu digarap dan perlu digenggam, kerana peluang seperti itu, bukan mudah untuk diperolehi.

Sangkaan orang bahawa suatu hari nanti, bahawa dia akan menyesal sepertimana berlaku pada pemimpin melayu yang pernah menyertai DAP, bukan suatu persoalan, yang penting peluang terbuka luas, apatah lagi, hanya 2 tahun menjadi ahli, kemudian mendapat jawatan setiausaha politik kepada pemimpin kanan Lim Kit Siang, kemudian diberi peluang bertanding bagi kerusi Parlimen, bukan mudah diperolehi di mana-mana parti.

AYT tidak melihatnya satu kepelikan, seorang muda yang berpotensi, seharusnya tidak melepaskan peluang yang diberikan, meskipun peluang itu merupakan katalis kepada penghapusan hak-hak pada kaumnya sendiri. Kalaulah peluang itu tidak diambil oleh Dyana, mungkin orang muda lain akan mengambilnya.

Atas sebab itu, bagi Umno atau Bn, jangan salahkan lantai kalau tidak tahu menari. Jangan salahkan Dyana kerana membuat pendirian yang berbeza, salahkan pendekatan yang dipupuk selama lebih setengah abad, mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada seorang anak pemimpin Umno sendiri.

Janganlah kita terlalu tertutup, beberapa hari lalu, semasa krisis Terengganu, seorang mantan Menteri Besar dan dua ADUN Umno, untuk seketika keluar daripada parti; di mana seharusnya tidak perlu berlaku. Sedangkan Dyana hanya seorang wanita muda, yang tidak mempunyai apa-apa kedudukkan dalam parti, dan bukan ahli Umnopun dan hanya kebetulan tamat belajar daripada UITM, satu institusi yang dipelopori Umno dan ibunya seorang pemimpin wanita Umno.

Apa yang kita saksikan, bahawa semasa pengumunan calon, ibu Dyana terus bersamanya, memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anaknya, malah akan turut berkempen untuk memastikan kemenangan anaknya.

Pemimpin Umno perlu bertanya pada diri sendiri, mengapa ini berlaku? para pemimpin juga perlu bertanya apa yang tidak kena dengan Umno? sehingga Datuk Ahmad Said bersama dua ADUN Terengganu untuk beberapa ketika keluar parti?

Pemimpin Umno kena ingat, terutama mereka yang diberi peluang menjadi wakil rakyat, sebenarnya ikhsan daripada rakyat, atas sebab itu, apabila berada disinggahsana, janganlah terus mendongkak ke langit, ingat juga rumput yang dipijak. Dalam rumput yang dipijak itulah lahirnya Dyana, kemudian bangun dengan caranya sendiri, dan kini menjadi cemohan pula. Satu persoalan, jikalah Dyana tidak memunculkan dirinya, ada siapakan pemimpin Umno mampu menyebut namanya? sebagai misalanya penulis blog ini, walaupun ahli Umno, namun kalau adapun yang mampu menyebut nama, hanya ketua bahagian di mana AYT bernaung.

Pencalonan Dyana bagi mewakili DAP, bukan sahaja menjadi cemohan para pemimpin Umno akan tetapi menjadi perhatian penulis pojok Utusan Malaysia, surat khabar arus perdana milik Umno. Malah penulis itu, membuat kesimpulan, bahawa suatu hari Dyana akan menyesal sepertimana pengakuan para pemimpin melayu di mana suatu ketika pernah menyertai parti racis itu. Namun, suatu keadaan yang perlu diakui, bahawa jika Dyana tidak mencoba dengan caranya, mungkin kah dia dikenali begitu rupa, malah menjadi sumber berita.

Sempena PRK Teluk Intan, berkempenlah cara bermaruah, dengan menghindari unsur pribadi. Beritahu pengundi Teluk Intan, bahawa Presiden Parti Gerakan akan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengundi, atas sebab parti yang diwakilinya adalah parti kerajaan. Sebaliknya kalau memilih Dyana, ianya hanya mampu berceloteh di dewan rakyat; tanpa faedah kepada penggundi Teluk Intan. Jika ini yang diberitahu kepada pengundi, dan masih juga memberi kemenangan kepada Dyana, ertinya pengundi Teluk Intan, tidak memerlukan pembelaan kerajaan yang memerintah- titik. Untuk itu semasa kempen, BN perlu menghindar daripada umum sana umum sini berbagai projek; kerana telah terbukti cara itu tidak mustajab lagi.

MH370: Tidak Boleh Hilang Begitu Sahaja: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR

Oleh kerana belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat' dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta.

Izinkan saya menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki UMNO dan kerajaan?

· Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air". Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama Laden (Arab Saudi)?

· Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik Anwar?

· Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (WSJA)

Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas penduduk Islam di Palestin?

· Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!

Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?

Siapa fitnah Siapa

Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di Malaysia!

Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara. Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan.

· Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana sahaja?

Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya! Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.

Saifudin juga memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas siapa dia Dr Rashid Ghanoushi:-

Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi.

Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia.

“Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.

“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net

Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.”

Maka, adakah kita hendak berbangga dengan Ghanoushi ini?

· Kupas topik Islam

Saifudin bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia Boleh, Malaysia Bagus"!

Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada Dr. Mahathir Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya di seluruh dunia.

· Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana agaknya kondisi anda?

Kalau Saifudin berkata Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan?

· Setahu saya, Anwar tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara tahun 1999-2004 dahulu.

· Saifudin juga berkata Anwar giat mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti akan marah kepada Anwar!

Saifudin juga berkata, "Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat".Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh diperbodoh dengan mudah.

· Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun. Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka semuanya berkampung di sana.

Saifudin mempromosikan Anwar dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini, biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future, FFF):-

Foundation For the Future diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA). Ini bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED.

Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!

Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO

Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR, sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati Anwar.

Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan kenyataan"Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah".

Siapa mereka, sebutkan nama mereka, bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya menyokong Anwar?"

· Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan, bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka, merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi 'ketakutan'.

Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin, bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan laporan bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik hotel, dan banyak lagi cacamerbannya sebagaimana berlaku sekarang.

Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.

Dalam usia Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.

Seburuk-buruk Saifudin menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci itu. Sehebat-hebat Saufudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah?

· Saya berdoa semoga Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.
· Dipetik daripada jentayu

PRK Teluk Intan: BN Gagal Kemuka Calon Masa Depan

Sudahlah kawasan Parlimen Teluk Intan adalah kawasan DAP, BN pula gagal mengemuka calon yang punya peluang untuk menang.

Calon BN adalah Presiden Gerakan, calon yang ditolak pengundi kawasan itu bagi PRU-12 dan PRU-13. Memang beliau mantan MP kawasan itu, namun itu dahulu. Mantan MP tidak semestinya diberi peluang lagi. 

Melihat penolakan pengundi kepada calon itu, seharusnya BN peka, dan pada kali ini mengemukakan calon masa depan, bukan calon mengenang nostalgia.

Memang diakui, bahawa kemenangan seseorang calon bukan sepenuhnya terletak kepada unsur pribadi, melainkan parti yang diwakilinya. Akan tetapi melihat senario yang berkisar pada calon BN itu, beliau adalah calon yang ditolak, meskipun sebelum ini merupakan wakil rakyat kawasan itu.

Sekiranya BN mengemukakan seorang calon baru, mungkin penerimaan pengundi berlainan. 

Calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong berdepan dengan calon muda DAP Dyana Sofya Daud.

Pencalonan Dyana memecah tradisi parti itu, yang selalunya mencalonkan calon kaum cina. 

Walaupun Dyana adalah melayu, atas dia adalah calon DAP, maka pengundi cina dijangka akan memberikan sokongan besar. 

Pada PRK kali ini, dijangka majoriti yang akan diperolehi Dyana akan mengatasi majoriti yang diperolehi mendiang Seah Leong Peng pada PRU-13 lalu, iaitu 7,313 semasa berdepan dengan calon yang sama.

MH370: Kalau Terhempas, MAKA........

Benarlah kata Tun Dr Mahathir, bahawa pesawat jenis Boeing tidak selamat untuk dinaiki; atas sebab sepatutnya, peralatan yang seharusnya berada dalam pesawat itu akan berfungsi, jika berlaku kemalangan; untuk memudahkan pasukan pencari atau kapal atau pesawat yang berhampiran dapat menangkap isyarat daripada pesawat yang mengalami musibah itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370, selain dilengkapi 2 kotak hitam yang berfungsi untuk merekod perjalanan dan arah pesawat dan juga merekod percakapan dalam cockpit. Selain dua alat itu, pesawat juga dilengkpi dengan ULB= Under Water Locator Beacon; di mana alat ini akan menghantar signal apabila bersentuhan dengan air. Pesawat juga dilengkapi dengan ELT=Emergency Locator Transmitters, di mana akan juga menghantar signal jika pesawat terhempas.

ULB dilengkapi dengan bateri sendiri, tidak akan aktif, kecuali apabila bersentuhan dengan air, manakala ELT akan berfungsi jika hentakan kuat berlaku, misalnya pesawat terhempas.

Selama 72 hari kehilangan pesawat MH370 sejak pagi 8 mac, dua alat ini tidak pernah dibincangkan. Namun, sejak beberapa hari ini, pasukan pencari baru tersedar, berkaitan dengan dua alat tersebut.

Atas sebab fungsi dua alat tersebut, hanya untuk masa tempoh singkat, hanya 48 jam dari masa pesawat mengalami kemalangan, maka perbincangan berkaitan dengan fungsi alat itu telah basi.

Satu persoalan besar, jika pesawat itu terhempas, setidak-tidak ada kapal atau pesawat dapat menangkap signal daripada pesawat itu kerana ULB dan ELT akan berfungsi. Oleh sebab tiada signal seumpama itu, maka atas sebab itu, dua alat itu tidak pernah dibincangkan.

Kini, timbul teori, bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu, sebenarnya tidak terhempas seperti mana keputusan awal, sebaliknya pesawat itu telah mendarat dengan selamat di suatu lokasi tertentu.

Pangkalan Amerika Diego Garcia, boleh dijangkau pesawat itu berasaskan minyak yang ada dalam pesawat. Apa kah pesawat itu, memang berada di situ?

Perkembangan Terbaru MH370: Sebenarnya Tidak Terhempas

Pada 12 Mac, empat hari selepas kehilangan pesawat bersama 239 penumpang termasuk kru itu hilang, AYT pernah menulis DISINI bahawa jika pesawat itu terhempas di laut, maka suatu alat yang disebut Emergency Locator Transmitters (ELT) yang teraktif dan mengeluarkan signal, seperti mana signal kotak hitam; namun ELT tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Perkembangan terbaru mengenai kehilangan pesawat malang itu ada yang menganggap bahawa pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya telah mendarat di suatu lokasi rahsia dan pesawat itu masih selamat.

Sangkaan bahawa pesawat itu masih selamat, sebenarnya telah dilaporkan oleh sebuah surat khabar Russia sebaik sahaja kehilangan pesawat itu yang memetik perisik negara itu, bahawa pesawat itu sebenarnya telah mendarat di suatu lokasi di Pakistan. Walau bagaimanapun laporan itu dinafikan oleh Kerajaan Malaysia.

ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.

Anggapan bahawa MH370 tidak terhempas berikut faktor yang menyokong anggapan itu. Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.

``Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.

``Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi,'' beliau menjelaskan.

Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.

ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.

``Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air,'' kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.

Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.

Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.

ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.

Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.

``Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan,'' katanya.

Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.

``Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratnya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah,'' katanya.

Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.

``Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,'' tambah beliau.

Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.

``Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.APA KAH PESAWAT TIDAK BERPATAH BALIK? DAN MENERUSKAN PENERBANGANNYA?

``Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut,'' katanya.

Blog Archive