Monday, March 31, 2014

MH370: Di Mana Pesawat Malang Itu?

Bukan sahaja keluarga mangsa bertanya di mana pesawat malang itu, akan tetapi seluruh dunia juga bertanya pertanyaan yang sama.

Selepas 23 hari harapan hanya harapan. Berbagai negara yang dikoordinasi Australia, mengunakan teknologi canggih, namun hingga kini belum menemukan sebarang clue berkaitan pesawat malang itu.

Apa apa yang kita mengamati kenyataan para pemimpin, walaupun terlihat di wajah, No Hope, tetapi usaha terus dilakukan, sehingga menemukan pesawat malang itu. Jika pada suatu masa, pencarian terpaksa ditamatkan, maka keputusan itu akan ditentukan masa itu, dengan sebab-sebab yang konkrit.

Pencarian pesawat malang MH370 dianggap misteri, meskipun dinyatakan berakhir di Lautan Hindi. Pencariannya berlainan dengan kehilangan pesawat sebelum ini, atas sebab misterinya laluan pesawat itu.

MH370 berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA menuju Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru dan sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya, namun hingga kini tidak pernah sampai-sampai.

MH370: Kenyataan Seperti Ini Tidak Seharusnya Berlaku

Pada 24hb Mac 2014 yang lalu Najib dengan penuh keyakinan memberitahu satu dunia yang pesawat MH370 kali terakhir dikesan ialah di Lautan Hindi dipercayai terhempas dan tiada seorang pun terselamat.

Najib mengumumkan demikian berasaskan hasil analisis kepada Doppler Effect yang mengunakan gelombang, dan disimulasi menggunakan matematik, menentukan posisi terakhir pesawat malang itu. Namun, pengumuman CEO MAS seperti diatas, seharusnya tidak boleh berlaku. Sepatutnya CEO hanya perlu menyatakan, SEBAIK SAHAJA SERPIHAN PESAWAT DITEMUKAN, MAKA KELUARGA PENUMPANG AKAN DI TERBANGKAN. CUKUP!!! JANGAN BERBUNGA-BUNGA.

MH370: Misi Mencari Kotak Hitam Bermula

Misi mencari Kotak Hitam, pesawat malang MH370 bermula. Ocean Shield milik Australia akan menunda Finger Underwater Locator, sejenis alat yang direka khas mengesan signal kotak hitam, dalam lingkaran 1 batu. Penggunaan Finger Locator, adalah menemukan terlebih dahulu di mana pesawat terhempas, melalui serpihan yang ditemukan. Tanpa serpihan sebagai clue, alat pengesan black box hanya standby.

Telah 23 hari kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, yang sepatutnya mendarat di destinasi terakhirnya Beijing pada pukul 6.30 pagi 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada 24 Mac, bahawa pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan pengiraan matematik mengunakan Doppler Effect, satu kaedah yang menggunapakai gelombang radio temuan tahun 1842.

Tekonologi terkini, daripada 26 negara , kecuali Russia telah digunakan mencari pesawat malang itu, namun sehingga kini belum ada sebarang clue di mana pesawat malang itu.

Apa yang jelas terlihat daripada operasi mencari pesawat malang itu adalah kerjasama antara negara merentasi fahaman politik, namun berbeza tanggapan orang Malaysia sendiri, di mana ada rakyat negara ini membidas kerajaan Najib sebagai sebuah kerajaan yang tidak berkemampuan menangani krisis.

Anwar Ibrahim, mencemuh kerajaan, mencemuh media yang dikontrol kerajaan, dengan tuduhan tidak telus, tidak mempunyai koordinasi sehingga maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai Malaysia saling bercanggah antara satu sama lain.

Malah Anwar mendabik dada, bagaimana Beliau menangani runtuhnya Highland Tower tahun 1993, dan juga bagaimana Kerajaan menangani rampasan Bangunan AIA tahun 1975 oleh Tentera Merah Jepun. Namun, apa yang Anwar lupa, bahawa kehilangan pesawat MH370 sesuatu yang amat berbeza, atas sebab semua pihak terperangkap dengan maklmuat yang sangat minima, terperangkap dengan keadaan yang bukan statik bukan seperti runtuhnya Highland Tower atau Perampasan Bangunan AIA di Kuala Lumpur.

Kesilapan oleh TUDM tidak memintas pesawat malang itu, apabila dikesan berpatah balik secara tiba-tiba, adalah penyumbang kepada hilangnya MH370 secara misteri sehingga kini. Suatu pengajaran kepada negara, bahawa keadaaan serupa ini jangan berlaku lagi. Kalau tiadanya kesilapan itu, maka kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana kemampuan negara berdepan dengan krisis besar seperti ini, juga kita tidak dapat melihat sejauh mana kemampuan kita mengkoordinasi berbagai negara yang berlainan ideologi dapat berkerjasama sebagai satu pasukan dalam misi kemanusiaan.

Nampaknya, persitiwa kehilangan pesawat MH370, memperlihatkan bahawa manusia adalah manusia, saling dapat berkerjasama; walaupun dalam negara sendiri, pihak pembangkang mengambil peluang mempolitikkan kehilangan pesawat malang itu. Seharusnya, kita boleh menilai, bahawa kepimpinan Pembangkang, adalah terdiri daripada para pemimpin yang menghalalkan cara demi kepentingan politik dan kedudukan.

MH370: Ikuti Bagaimana Anwar Menemplak Kerajaan Malaysia

Klik Anwar Ibrahim

MH370: Sila Telaah Apa Maksud Kapten Tentera Laut Amerika Ini

U.S. Navy Captain Mark Matthews, right, said today finding the missing Malaysian Airlines jet would be an enormous task - one that may never be achieved due to a series of complications


Sunday, March 30, 2014

MH370: Apa Kah Angkara Pengganas?

Yang jelas kini, siasatan kehilangan pesawat MH370 telah melibatkan FBI, CIA, M16 dan juga Agensi Perisikan China dan PDRM. Pengelibatan agensi-agensi ini, besar kemungkian bahawa kehilangan pesawat malang itu ada hubungan dengan pengganas.

Telah 22 hari kehilangan pesawat malang itu, belum ada tanda-tanda yang menunjukkan di mana berada. Berbagai maklumat, berbagai imej satellite, berbagai teori telah dirungkai, namun belum juga menemukan sebarang clue di mana pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu berada.

8 Mac lalu, pesawat malang itu berlepas daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing pada pukul 12.41 pagi, dan sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama namun hingga kini tidak sampai-sampai.

Terma siastan kehilangan MH370 masih berkisar pada keganasan, dirampas, masalah emosi dan kegagalan teknikal.

Penyiasat percaya, kehilangan pesawat, penutupan semua alat komunikasi adalah disengajakan, namun tiada sebarang punca, mengapa ianya dilakukan.

MH370: 22 Hari Operasi Mencari- Masih Misteri

24 Mac lalu Perdana Menteri Malaysia- Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac selepas mengudara tujuan Beijing berakhir di Lautan Hindi.

Kini memasuki seminggu, pencarian pesawat malang itu, yang mana pada awalnya tertumpu di kawasan 1,500 barat laut Perth, namun diubah 700 batu ke arah utara liputan awal itu, kerana dipercayai, bahawa pesawat malang itu lebih awal kehabisan minyak, lalu terhempas.

Walaupun berbagai peralatan digunakan, termasuk pesawat-pesawat canggih, serta kapal laut tentera, daripada Austrlia, China, New Zealand, Jepun, Amerika, Korea Selatan, namun sehingga kini belum menemukan sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu.

Pesawat penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru hilang daripada radar kawalan udara Subang kurang sejam selepas berlepas. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi terakhirnya Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Kehilangan dan pencarian pesawat MH370 bukan sahaja menjadi kehilangan misteri penerbangan abad ini, malah operasi mencarinya juga untuk pertama kali mengggunakan teknologi yang belum pernah teruji Doppler Effect bagi menentukan lokasi terakhir pesawat malang itu.

22 hari kehilangannya masih misteri!!!! seripahan pun tidak ditermui!!!! dimanakan pesawat malang itu???

Royalti Minyak Untuk Sabah- Ikuti Pandangan Pemimpin Sabah Sebelum Ini

BN Sabah: Petronas muflis jika royalti minyak 15%
3 Januari 2013

KOTA KINABALU - Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas "yang boleh membawa kepada muflis."

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih dari minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.

"Kira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus.

"Jika Petronas diminta membayar sehingga 15 peratus daripada margin keuntungannya, ini akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar overhed mereka, komitmen kewangan dan pelaburan semula untuk pendapatan masa depan.

"Akhirnya akan memberi tamparan kepada kewangan yang boleh membawa kepada muflis, " katanya di sini pada persidangan akhbar untuk menjawab propaganda palsu pembangkang menjelang pilihan raya umum.

Abdul Rahman berkata perbelanjaan modal, cabaran teknikal dan risiko kewangan perniagaan Petroleum begitu besar dan terlalu tinggi yang 'hanya syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran khusus dan bank akaun yang baik yang berani untuk menyertainya'.

"Bayangkan usaha yang dilakukan untuk menurunkan paip penggerudian, 4.5 kilometer dari paras laut, dalam persekitaran yang sangat tertekan untuk mencari emas hitam.

"Ia memerlukan peralatan khas yang amat mahal dan kepakaran yang hanya dimiliki peserta utama minyak dunia. Kos penggerudian penerokaan boleh sampai sehingga beratus-ratus juta ringgit yang akan rugi sekiranya tiada minyak ditemui di kawasan pilihan," katanya.

"Abdul Rahman berkata Petronas, seperti rakan-rakan di negara membangun yang lain, tidak mempunyai kapasiti untuk menyerap risiko kewangan. Ia tidak bersedia secara kewangan untuk membelanjakan berbilion-bilion kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil risiko kewangan dalam fasa penerokaan dan pengeluaran apabila berbilion-bilion yang sama amat diperlukan untuk dibelanjakan dalam pembangunan negara," katanya. - Bernama

Musa Aman: Isu semakan royalti minyak boleh dibincang secara baik


21 Ogos 2012




PAPAR - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya isu penyemakan semula royalti minyak sebanyak lima peratus yang dibayar kepada Sabah adalah terbuka untuk dibincangkan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan secara baik.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat prihatin dan sedia mendengar suara dan keperluan rakyat.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan juga terbukti memberi manfaat kepada rakyat Sabah melalui pemberian peruntukan yang besar yang banyak membantu menjana sosio ekonomi selain memacu kemajuan negeri ini.

"Oleh itu, saya percaya isu (royalti minyak) terbuka untuk dibincangkan dan apa yang penting ialah kita bincang dengan membuat kajian untuk kita perhalusi dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik demi kepentingan semua pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka bahagian Umno Papar yang dihoskan bersama Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan dan Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail di Dewan Masyarakat Papar, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri itu akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak.

Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, Taib berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.

Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.- Bernama

23 August 2012
Kajian Royalti Minyak untuk Sabah

NEGARA atau NEGERI mendapat pendapatan samada daripada berbagai cukai atau pungutan seumpamanya atau dalam bentuk royalti.

Bagi negeri yang mempunyai sumber alam, maka pendapatan daripada royalti merupakan pendapatan segera, manakala negeri yang tidak mempunayi sumber alam, maka pendapatan berpunca daripada berbagai bentuk cukai.

Secara umumnya, negara mendapat pendapatan daripada cukai yang menyumbangkan sebahagian besar pendapatan negara; manakala royalti berkisar sekitar 30 bilion setahun, berbanding pendapatan negara yang menghampiri setengah trilion ringgit setahun.

Kini, rakyat negara ini hanya nampak sumbangan royalti terutama daripada minyak dan gas. Di Sabah, perbincangan mengenai royalti bermula sejak tahun 70-an sebelumpun Petronas berkembang maju.

Masalah royalti berlarutan dan hanya pada tahun 1976 persetujuan mengenainya tercapai. Dalam perjanjian itu, negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas akan dibayar 5 peratus dalam bentuk royalti. Peratusan itu kekal hingga kini.

Pembangkang mengambil peluang mengenai peratusan royalti minyak, walaupun peratusannya hanya lebih sedikit 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan negara, berbanding sumber daripada cukai-cukai lain, namun royalti minyak dan gas menjadi "penting" kerana cara pembangkang mempersembahkannya kepada rakyat.

Pembangkang dalam usahanya menarik sokongan rakyat Sabah berjanji akan menaikan royalti daripada minyak dan gas daripada 5% kepada 20% jika mereka berjaya menduduki Putrajaya.

Setelah sekian lama, cadangan pembangkang itu diremehkan oleh para pemimpin BN, sehinggalah Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmod menyuarakan akan meminta kerajaan pusat mengkaji isu royalti minyak bagi negeri-negeri yang mengeluarkan emas hitam itu.

Berikutan suara Ketua Menteri Sabah itu, kini para pemimpin Sabah turut bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri negeri jiran itu.

Adalah satu kelajiman dalam ekonomi, jika satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian lain. Konsep keseimbangan, senantiasa demikian.

Dalam kaedah sekarang, walaupun negeri-negeri pengeluar minyak dan gas mendapat bayaran 5%, namun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir.

Kenaikan royalti minyak nampak sedap dipandang dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang tidak menguntung negara secara keseluruhan.

Wang yang digunakan untuk menjana pulangan yang besar lebih bermanaafat kepada negara, berbanding jika wang itu digunakan dengan tidak mendapat pulangan.

Hanya secara akademik, perkara ini boleh difahami, bagaimana sumbangan daripada hasil bumi bermanafaat kepada negara; kepada rakyat biasa, mereka hanya melihat angka peratusan sebab 20 itu lebih besar berbanding 5. Apa ada pada angka? umpama wang RM 100,000 dilabur pada sebuah restoran di kampung yang tidak mempunyai pelanggan yang ramai berbanding melabur restoran di KLCC. Fikir-fikirkan lah. sumber

25 August 2012
Wajar Royalti Minyak bagi Sabah dan Sarawak dikaji

SELEPAS 36 tahun kewujudan Petronas, dan selama itu juga minyak dan gas disedut di bumi Sabah dan Sarawak, royalti hanya 5 peratus, sepertimana perjanjian awal.

Kini, para pemimpin Kerajaan daripada Sabah dan Sarawak sudah berani menyatakan kajian semula mengenai royalti secara terbuka, sedangkan sebelum ini kenyataan mengenainya merupakan taboo.

Tahniah kepada Pehin Seri Taib Mahmud yang mencadangkan kajian semula, kemudian disusuli oleh Datuk Seri Musa Aman.

Selepas kenyataan dua pemimpin tertinggi Sarawak dan Sabah itu, kini berbagai lapisan menyuarakan sokongan mereka; walaupun rata-rata tidak menyatakan kadar peratusan yang diminta.

Pihak Pembangkang sejak awal-awal lagi menyatakan, jika mereka dapat merampas Putrajaya, maka kadar royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikan ke kadar 20 peratus.

Walaupun telah sekian lama, pihak pembangkang menjadikan royalti minyak sebagai salah satu kempen mereka, hanya selepas bulan ramadhan, pemimpin BN menyuarakan bahawa sudah tiba masanya kajian semula mengenai royalti itu dijalankan.

Sebenarnya, perbincangan berhubung royalti minyak boleh ditafsirkan sebagai "ugutan" kepada kerajaan pusat, akan tetapi berbagai pihak mendakwa bahawa permintaan kajian semula royalti itu, adalah sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan pusat selama ini.

Kenaikan royalti minyak merupakan tanda terima kasih kepada penduduk Sabah dan Sarawak yang senantiasa menjadi penyelamat kepada kerajaan Pusat sejak meredeka lagi, termasuk pada PRU-12 lalu.

Pada PRU-12 lalu, rakyat Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 40 peratus kerusi Parlimen kepada kerajaan Pusat untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan.

Untuk itu, kajian royalti minyak mempunyai kewajaran dan tepat masanya, agar kadar royalti yang lebih tinggi boleh mempercepat kadar pembangunan dua negeri di timur ini yang sememangnya jauh ketinggalan. sumber

Kenaikan Royalti Minyak Untuk Sabah

Setelah AYT menyemak beberapa kali tentang isi kandungan tuntutan 18 Perkara bagi Sarawak manakala tuntutan 20 Perkara oleh Sabah sebelum tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963 dulu iaitu yang berkaitan dengan royalti minyak sebanyak 5% untuk kedua-dua negeri itu yang seringkali dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang ternyata sekali tidak pernah wujud dan maknanya tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin ada sesetengah di kalangan rakyat Sarawak sendiri mahupun rakyat di negeri Sabah sekiranya menyedari tentang hal ini pasti akan tertanya-tanya mengapa pula boleh jadi begitu?

Namun dalam pandangan AYT, kenapa perkara tersebut tidak dimasukkan serentak oleh Sarawak serta Sabah dalam tuntutan 18 dan 20 Perkara sebelum memutuskan untuk turut bersama Tanah Melayu dan Singapura menubuh Persekutuan Malaysia adalah kerana mereka sedar jika ianya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara maka sudah pasti untuk melakukan semakan terhadap royalti minyak memang sangat sukar untuk dijalankan tetapi jika ianya dibiarkan saja sebagai satu perkara yang terbuka untuk dibincang, diubah semula mengikut kesesuaian masa, jadi eloklah perkara berkenaan kekal menjadi satu hal yang tidak terikat dan ianya bebas untuk dikaji semula.

Jadi di sinilah AYT nampak kebijaksanaan para pemimpin Sarawak dan juga pemimpin Sabah yang terdahulu dalam membuat keputusan, mereka berpandangan jauh di dalam perkara ini dan sudah tentu mereka juga sudah boleh menjangka apa yang bakal terjadi sekiranya bayaran royalti 5% minyak untuk Sarawak dan Sabah diikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan semakan semula terhadap perkara tersebut memandang ianya sudahpun termaktub sebagai satu perjanjian kekal atas persetujuan bersama antara Sarawak, Sabah, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.

TETAPI apa pula dengan Deklarasi Kuching tentang 7 Perkara yang diumumkan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebelum PR-13?. Pada perkara ke-6 itu saja ianya telah menyebut tentang royalti minyak 20% untuk Sarawak dan Sabah dalam Ketetapan Kuching dan sekiranya terlaksana kelak Deklarasi itu akan berperanan seperti Perlembagaan Malaysia juga di mana jika sudah termaktub maka bermakna Perkara ke-6 itu akan dianggap sebagai satu perjanjian bersama Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang tidak sama sekali tidak boleh diusik lagi walau pada bila-bila masa.

Apa Kah Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Adenan Satem terpengaruh atau menggunapakai deklarsi Kuching yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat? atau memang ianya merupakan permintaan berani sejak sekian lama, hanya selepas beliau dilantik, maka disuarakan? Bagi Sabah, memang sejak TAHUN 1985, suara berkaitan royalti minyak telah disuarakan terutama oleh Parti PBS, dan selepas itu pemimpin seperti Datuk Salleh juga ikut menyuarakan berkaitan royalti minyak; malahan Ketua Menteri Sabah juga Datuk Dr Musa Haji Aman, pernah memberitahu Dewan Undangan Negeri, bahawa royalti minyak tergantung sangat kepada perjanjian tahun 1976, dimana kerajaan negeri tiada kuasa untuk menyemaknya.
 
Sejak keyataan Ketua Menteri Sarwak itu, iatu semasa penamaan calon PRK Balingian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Dr Salleh Tun Said telah mengangat isu dan bersuara bagi pihak Sabah. Semalam di Kota Belud, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu melontantarkan pandangan kepada Kerajaan Persekutuan, agar supaya "permintaan generasi muda Sabah" mempertimbangkan permintaan kenaikan 20% royalti minyak kepada Sabah. Beliau mengulas permintaan tiga sayap pemuda daripada komponen BN PBS, UPKO dan PBRS, tanpa pemuda Umno.
 
Nampaknya, isu royalti minyak akan menjadi agenda politik bagi waktu yang lama, setidak-tidaknya sehingga PRU-14 atau selepas itu.
Kenyataan Datuk Dr Salleh Daily Express 30/3/2014

Berikut pandangan daripada berbagai pihak:

Tuntutan 20 peratus royalti lumpuhkan Petronas cari sumber baru: Awang Adek 14th January, 2013

BACHOK:Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab.

“Jika (royalti) dinaikkan, syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini kelmarin.

Lebih 545 nelayan menerima bantuan itu yang membabitkan peruntukan RM109,000 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baharu di negara-negara baharu yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar.

Awang Adek berkata jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun yang tidak termasuk pelbagai cukai.

“Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya dari operasi di luar negara,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat.

“Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara. Kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab?

“Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang,” katanya. Sumber disini

Dari Blog Datuk Salleh Tun Said

Tuesday, November 25, 2008
KERAJAAN PUSAT HARUS RESPONSIF MENDENGAR BISIKAN SUARA ORANG SABAH

AKHIR-AKHIR ini semakin banyak perbahasan disuarakan mengenai isu royalti minyak yang diterima Sabah daripada Kerajaan Pusat.

Umumnya, kenyataan daripada pimpinan politik mahukan kadar yang diterima oleh Sabah sekarang ini dikaji semula. Kajian semula tentunya bermaksud supaya ia ditambah ke satu kadar yang dianggap munasabah, bersesuaian dan realistik.

Nada suara pimpinan politik pembangkang dan sesetengah kerabat Barisan Nasional (BN) dalam isu royalti ini agak lantang. Macam-macam alasan dan perkiraaan dibuat.

Yang pasti, apa yang disuarakan itu tentunya mewakili suara sebahagian orang Sabah (kalaupun tidak keseluruhannya) yang terpisah jauh dari Kuala Lumpur oleh Laut China Selatan.

Mengambil kira bahawa apa yang disuarakan itu sebagai satu bisikan permintaan, maka Kerajaan Pusat perlulah mendengarnya dan mencari jalan bagaimana, apa cara, kaedah atau mekanisme untuk menimbangkannya.

Soal jumlah kenaikan tidak harus difikirkan sehingga membebankan pula kerana kerajaan tentunya mempunyai banyak cara untuk mencari jalan penyelesaian.

Sikap dan kesediaan untuk mendengar suara bisikan sememangnya prinsip yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Kerajaan BN sentiasa responsif terhadap keadaan dan keperluan, dan bersedia mencari kaedah terbaik untuk kebaikan semua.Yang penting pada akhirnya nanti, orang Sabah pasti mengharapkan hasil daripada minyak ini ditambah.

Dalam isu royalti ini, pimpinan sesetengah parti komponen BN di Sabah kedengaran agak kritikal. Suara mereka semacam mendesak dan bernada marah. Mungkin disebabkan kenyataan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, yang menyatakan bahawa isu royalti minyak sukar dibangkitkan kerana perjanjian tahun 1976 tidak menyediakan peruntukan bagi semakan semula terhadap kadar royalti lima peratus yang dipersetujui.
Bagi menjernihkan keadaan, Ketua Menteri memberi penjelasan terbaru kelmarin dengan meminta mana-mana pihak supaya tidak menjadikan isu berhubung tuntutan kenaikan royalti minyak bagi Sabah, sebagai agenda politik.

Datuk Musa mengharapkan semua pihak supaya bersikap lebih rasional dan melihat perkara itu dengan lebih jelas dan tepat kerana sememangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama-sekali mengetepikan kepentingan rakyat dan negeri Sabah berhubung isu royalti minyak itu.

"Saya berharap semua pihak khususnya dalam kalangan BN supaya tidak terikut-terikut atau terperangkap dengan rentak pembangkang dalam isu ini," katanya.

Seperti yang dijelaskannya, semua pihak tidak seharusnya melihat dari aspek royalti saja. Sebaliknya, soal pembangunan juga harus diambil kira memandangkan Sabah telah menerima peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan dalam melaksana pelbagai program pembangunan.

Apapun pertimbangan dan rasional, Kuala Lumpur tidak harus melihat suara dan bisikan orang Sabah itu sebagai bersifat emosi dan kenegerian.

Sementara fakta perjanjian diakui sebagai fakta, namun banyak cara dan kaedah boleh dilakukan untuk menimbangi tuntutan serta keperluan.

Yang penting dan diharapkan oleh orang Sabah ialah tambahan hasil daripada sumber minyak yang dikeluarkan dari negeri ini. Dari blog ssk

Dari Blog Datuk Salleh Tun Said
Saturday, August 25, 2012
Rakyat Sabah sudah pasti nikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak dikaji semula

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa lalu menyatakan bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK), John Lim Yu Sin, berkata rakyat Sabah sudah pasti akan menikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak disemak semula.

“Kenaikan royalti minyak bolehlah diibaratkan meningkatnya gaji bulanan kita, bayangkan begitu banyak perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dalam mempercepatkan pembangunan dan transformasi di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempunyai bajet yang besar untuk melaksanakan projek bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menyambut baik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

“Ini adalah satu langkah positif, terima kasih atas hubungan erat dan mantap antara Ketua Menteri dan kepimpinan persekutuan, yang menguntungkan kerajaan negeri sejak bertahun lalu,” katanya.

John berkata, terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai perkara ini dan berapa banyak kenaikan yang sepatutnya, yang jelas lebih banyak lebih baik.

“Kini sudah tiba masa kita duduk bersama untuk berbincang dan saya percaya kerajaan persekutuan akan memberi sesuatu yang berbaloi memandangkan negeri Sabah memerlukan peruntukan yang banyak untuk pembangunan.

“Saya berharap gesaan untuk mengkaji semula royalti minyak tidak dilihat sebagai satu tuntutan oleh kerajaan persekutuan tetapi sebagai penghargaan ke atas kesetiaan teguh kita menyokong kerajaan yang dipimpin BN,” katanya.

Menurutnya, tiada salahnya untuk membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan, lagipun ia adalah suara dan harapan rakyat Sabah.NEW SABAH TIMES

Sunday, March 18, 2012
HAK-HAK SABAH TIADA YANG DIAMBIL,YANG SEBENARNYA KITA YANG BERI,KITA YANG SERAHKAN: DATUK SALLEH TUN SAID



Kenyataan Datuk Salleh Tun Said dalam majlis Konvensyen Media Sosial di UMS, dua hari lepas bahawa sebenarnya Hak-hak sabah yang cuba diperjuangkan oleh pihak tertentu dalam politik menjelang PRU 13 ini kononnya dirampas oleh Kuala Lumpur adalah tidak benar sama sekali. Mantan Ketua Menteri Sabah itu 'mengejutkan' para hadirin yangt hadir apabila mendakwa bahawa pemimpin Sabah terdahulu yang beri dan serahkan kepada Kuala Lumpur. Timbalan pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan itu turut mendakwa royalti minyak 5 peratus yang dikatakan diberikan kepada Sabah adalah sebenarnya atas persetujuan bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri pada waktu itu. Maka "Hak-Hak Sabah tiada yang diambil..yang sebenarnya KITA YANG BERI, KITA YANG SERAHKAN DAN TENTANG ROYALTI MINYAK..kita yang bersetuju lima persen atas persetujuan kedua belah pihak.." katanya semasa ucapan penggulungan konvensyen yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang itu sehingga mewujudkan lautan Biru kerana rata-rata peserta memakai pakaian biru.

Kenyataan Datuk Salleh ini dianggap 'membuka pekung di dada" BN dan UMNO di Sabah kerana memberi gambaran bahawa Kuala Lumpur yakni kerajaan Pusat tidak pernah berlaku adil kjepada rakyat Sabah, meskipun sudah beberapa kali desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mengenai perkara ini. Isu royalti minyak bukan sahaja diperjuangkan oleh Tun Mustapha berikutan layanan 'tidak' adil itu tetapi juga pernah disuarakan oleh PBS, namun tidak mendapat persetujuan. Perjanjian royalti minyak itu disyorkan dikaji semula kerana nyata Sabah adalah negeri pengeluar minyak, namun 95% hasilnya diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Datuk Salleh juga dicabar supaya menamakan pemimpin-pemimpin Sabah yang dimaksudkanya telah menyerahkan hak-hak Sabah kepada kerajaan Pusat supaya satu bentuk jalan penyelesaian dapat dilakukan. Mungkin kenyataan ini ada benarnya kerana 'kerakusan' pemimpin terdahulu yang mahukan kuasa politik sehingga menggadai keistimewaan Sabah. Contoh paling ketara ialah penyerahan Pulau Labuan oleh Datuk Harris Salleh pada era pemerintahan parti BERJAYA telah membawa kepada kekalahan teruk parti itu ditangan PBS.

Setelah lebih 18 tahun UMNO berada di bumi Sabah, kerajaan Pusat bukan sahaja gagal mengembalikan hak-hak Sabah yang ternoda dek sikap sesetengah pemimpin Sabah yang rakus dan tamak kuasa tetapi juga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.sumber

Dari Blog Dato Rahman Dahalan

PERTAMBAHAN ROYALTI MINYAK DAN KUALA LUMPUR MENGAUT SEMUANYA: LINGKARAN KEKELIRUAN

Acapkali kita mendengar dakwaan pembangkang berhubung dua isu utama yang agak emosi bagi rakyat Sabah iaitu janji menaikkan kadar royalti minyak kepada 15% untuk Sabah dan dakwaan Kerajaan Persekutuan merampas semua kekayaan Sabah tanpa memberi apa-apa sebagai balasan.

Isu-isu ini mesti dijawab berdasarkan fakta dan tepat pada masanya bagi mengelak mana-mana pihak dipedaya mulut manis pembangkang.
Kita mulakan dengan isu kenaikan royalti minyak sebanyak 15% kepada Sabah. Di atas kertas, bunyinya memang menarik tetapi hakikatnya, wujud pelbagai kebimbangan bagi menjadikan impian itu satu kenyataan. Berjanji memang mudah tetapi menzahirkannya adalah cerita berbeza.
SEKILAS PANDANG

Urusan berkaitan petroleum bukan perkara remeh. Kerangka menyeluruhnya, cabaran teknikal dan risiko kewangan yang besar dengan sendirinya menyaksikan hanya syarikat besar memiliki kepakaran serta sumber kewangan kukuh berani mengendalikannya.

Bayangkan kerja-kerja perlu dilakukan untuk menurunkan paip menggerudi sedalam 4.5 km dari paras laut dalam persekitaran mukabumi yang penuh tekanan untuk menggali minyak. Ia memerlukan peralatan khusus dan amat mahal yang cuma dimiliki penggerak utama industri minyak dunia (seperti Shell, Murphy Oil, ExxonMobil dll). Kos cari gali minyak boleh memakan belanja besar mencecah berjuta dolar dan pastinya dibazir begitu saja jika tiada minyak ditemui di kawasan yang dikenal pasti.
Syarikat petroleum negara, Petronas, tidak memiliki kemampuan menanggung risiko kewangan berkenaan seperti mana rakannya di negara membangun lain seperti Indonesia, Venezuela dan Nigeria.
Selain itu, Petronas juga tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membelanjakan berbilion ringgit melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau menanggung risko kewangan dalam fasa cari gali dan pengeluaran, terutama apabila peruntukan besar seperti itu diperlukan bagi pembangunan negara.
Berbeza dengan Petronas yang banyak beroperasi di perairan Malaysia, penggerak utama petroleum dunia memiliki kelebihan dari segi sumber kewangan. Mereka beroperasi di seluruh dunia dan langkah itu dengan sendirinya mengurangkan kos fasa R&D, usaha cari gali dan pengeluaran.
Jika minyak ditemui, modal diperlukan bagi setiap fasa pasti lebih besar. Difahamkan, fasa pengeluaran minyak boleh menelan belanja setinggi RM2 bilion dan ada kalanya lebih besar daripada itu.
Bagi mengurangkan beban risiko kewangan akibat ketidaktentuan penemuan minyak, Petronas menyertai perjanjian kerjasama (dikenali sebagai Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau PSC, disusuli Kontrak Perkongsian Risiko atau RSC) dengan syarikat multinasional seperti Shell, Murphy Oil atau ExxonMobil dan lain-lain.
Syarikat minyak gergasi ini diberi peratusan keuntungan diperoleh sebagai balasan menanggung risiko kewangan dan berkongsi teknologi R&D bernilai berbilion ringgit.
PETRONAS MENGAUT SEMUANYA?
Pembangkang kerap membuat tanggapan kononnya Petronas tidak adil dalam mengagih keuntungan kepada Sabah. Justeru, mengikut percaturan mereka, Petronas sepatutnya memberi tambahan 15 peratus royalti keuntungan minyak kepada Sabah.
Bolehkah ia dilakukan? Mari kita lihat kenyataannya.
Contoh berikut mungkin tidak merangkumi setiap perincian kerjasama (JV) yang disertai Petronas, namun ia memadai untuk memberi gambaran adil terhadap hakikat sebenar.
Ilustrasi di bawah menjelaskan keuntungan Petronas hasil perolehan minyak Sabah.
(grafik)


Bagi setiap RM100 keuntungan diperoleh daripada hasil minyak Sabah, sejumlah 5% disalurkan sebagai simpanan Kerajaan Negeri manakala 5% lagi kepada simpanan Kerajaan Pusat. Sejumlah 45% digunakan bagi menampung kos pemulihan manakala 45% lagi diagih sebagai untung kasar bersama.
Kesimpulannya, selepas berkongsi pendapatan dengan pihak lain dan membayar cukai, adalah jelas keuntungan Petronas hanyalah sekitar 16.74%. Jika Petronas diminta membayar tambahan 15% daripada margin keuntungannya, ia tidak mampu menampung perbelanjaan, komitmen kewangan dan melakukan pelaburan semula sebagai pendapatan akan datang.
Akibatnya, Petronas akan menanggung beban kewangan yang mungkin membawa kepada muflis!
Jika Petronas gagal membayar tanpa menjejaskan kedudukannya, dari mana pula datangnya tambahan 15% itu? Jelas, pilihan yang ada cuma dua iaitu rakan kongsi PSC atau Kerajaan Pusat.
Besar kemungkinan, rakan kongsi PSC tidak akan melanggar perjanjian dipersetujui dengan Petronas seperti termaktub dalam kontrak. Tambahan pula, peratusan keuntungan yang rendah akan menjadikan kerja cari gali minyak di Malaysia kurang menarik.
Jika rakan kongsi JV menolak tawaran kerja di Malaysia, kita tidak mungkin dapat mengeluarkan minyak menerusi kaedah ekonomikal. Jika itu berlaku, ia mungkin menyebabkan Malaysia berdepan masalah keselamatan tenaga yang serius. Malah, jika tiada yang mencari gali minyak, kita mungkin terpaksa mengimport semua keperluan tenaga!
Dengan keadaan Petronas dan rakan JV tidak dapat menampung tambahan royalti 15% (kira-kira RM12.5 bilion) bagi negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, pilihan yang ada ialah mengambil daripada Kerajaan Pusat yang menerima dividen tahunan kira-kira RM30 bilion daripada Petronas.
Bagaimanapun, pilihan ini mempunyai kesan tersendiri.
Berikutan penyusutan dividen daripada Petronas, sumber kewangan Kerajaan Pusat turut berkurangan bagi peruntukan Bajet. Ini bermakna kerajaan terpaksa memotong perbelanjaan bagi kepentingan awam seperti subsidi, sekolah, hospital, balai polis, jalan dan kemudahan asas lain. Dalam hal ini, pihak paling teruk menerima kesannya ialah negeri bukan pengeluar minyak.
Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu memiliki kekuatan moral untuk memberitahu negeri bukan pengeluar minyak bahawa beliau terpaksa memotong peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.5 billion.
Malangnya, ini tidak akan berlaku.
Pilihan terakhir bagi Anwar Ibrahim ialah meningkatkan royalti minyak Sabha kepada 15% tetapi dalam usaha memastikan beliau mempunyai dana mencukupi bagi seluruh negara, peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah perlu dipotong. Harus diingat, pengurangan Kerajaan Pusat bagi Sabah adalah haknya sebagai Perdana Menteri.
Pilihan ini kelihatan munasabah walaupun Anwar tidak pernah memberi jaminan untuk tidak memotong peruntukan Kerajaan Pusat bagi Sabah. Ketika ini, peruntukan buat Sabah adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
Sebenarnya, aneh juga bila difikirkan Anwar tidak pernah menyatakan secara terbuka dengan spesifik janjinya menaikkan royalti minyak sebanyak 15%. Mungkin beliau sedar penjelasan berkaitan isu itu mustahil dilakukan. Nampaknya, membiarkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adalah cara lebih mudah. Malah, saya pernah bertanya kepada pembangkang termasuk Anwar Ibrahim sendiri di Parlimen mengenai perincian perkara ini. Saya mengharapkan jawapan tapi apa yang saya dapat hanyalah renungan tajam mereka!
KERAJAAN PUSAT KUTIP LEBIH DARIPADA PERBELANJAAN DIBERI KEPADA SABAH
Ini satu lagi dakwaan tidak bertanggungjawab pembangkang bagi meraih undi simpati di Sabah. Ia adalah pembohongan liar yang jika tidak dijawab dengan fakta, boleh mencetuskan perpecahan dan kebencian terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Isu ini perlu diperhalusi sebagai objektif dan kita lihat sama ada benar Kerajaan Pusat mengambil sumber Sabah (termasuk keuntungan hasil minyak) secara melampau tetapi hanya sedikit yang diberi.
Ilustrasi berikut memaparkan kutipan Kerajaan Pusat pada 2011 dan jumlah dibelanjakan di Sabha bagi tahun sama.
(grafik)






Di sebalik segala fitnah yang dilempar pembangkang, hakikatnya Kerajaan Pusat memberi peruntukan besar buat Sabah (RM4.736 bilion) berbanding yang dikutip dalam tahun sama.
Perangkaan Bahagian Analisa Cukai dan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia itu menyaksikan aliran sama sejak 2007 beserta pecahan setiap kementerian.
Ia menunjukkan aliran perbelanjaan konsisten Kerajaan Persekutuan di Sabah berbanding pungutan setiap tahun. Ia adalah kebenaran dan kita semua tahu statistik tidak akan menipu.
Bagi 2012 dan tahun-tahun mendatang, tiada sebab bagi aliran itu berubah, terutama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penegasan bahawa penekanan khusus akan dilaksanakan terhadap pembangunan Sabah menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Barisan Nasional Sabah mendapati Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak tidak menghampakan rakyat Sabah. Pendapat Dato Rahman Dahalan MP Kota Belud

MH370: Pandangan Kelurga Zaharie

The pilot of the missing Malaysia Airlines flight was in emotional turmoil over the break-up of his marriage, his family have revealed.

Speaking about the mystery for the first time, the wife and daughter of Captain Zaharie Ahmad Shah said the 53-year-old pilot had been distracted and withdrawn in the weeks before the aircraft’s disappearance – and refused pleas to attend some marriage counselling sessions.

Three weeks after Flight MH370 went missing with 239 crew and passengers aboard, investigators in Malaysia believe that someone – possibly the captain – deliberately steered the Boeing 777 off course after communications were cut.


Close: MH370 pilot Zaharie Ahmad Shah with his daughter Aishah. She has claimed he had been distracted and withdrawn in the weeks before the aircraft's disappearance

The plane is thought to have flown hundreds of miles out over the southern Indian Ocean where it eventually ran out of fuel and plunged into the sea.

No suicide note has been found and no motive established, but police are continuing to concentrate their inquiries on the pilot’s background and whether his state of mind before the flight may be a factor.
The Mail on Sunday can reveal that the pilot’s wife, Faizah Khanum Mustafa Khan, has told investigators that he stopped speaking to her in the weeks before the fateful flight on March 8, and spent time alone in his room where he had built a flight simulator. ‘He just retreated into a shell,’ she said.

Meanwhile, Aishah Zaharie, 28, the pilot’s daughter, said that in her last conversations with her father, she barely recognised the man who used to dote on her. ‘He wasn’t the father I knew. He seemed disturbed and lost in a world of his own,’ she said.

Last week, Faizah and Aishah, along with other family members, were interviewed in detail by police in Kuala Lumpur. The lengthy interviews, described in detail to The Mail on Sunday by a source close to the pilot’s family, revealed that:

Zaharie was on the brink of divorcing his wife after nearly 30 years of marriage.
He refused to attend marriage counselling with Islamic elders.
He shunned family and spent hours alone on his flight simulator.
He expressed ‘utter frustration’ at the jailing of his political hero, Anwar Ibrahim, hours before the flight.



+6

Family portrait: Captain Zaharie with wife Faizah and two of their children. He was reportedly on the brink of divorcing her after nearly 30 years of marriage





Plush: The family home in an upmarket Kuala Lumpur suburb

Despite the pilot’s behaviour, his family are convinced that he was not responsible for the plane’s disappearance

Faizah, who was just 16 when she first met Zaharie, broke down repeatedly during two lengthy interviews with police, the family source said. One of the interviews lasted more than four hours.

She was initially reluctant to discuss the breakdown of her marriage, and refused to accept her husband might be involved in the flight’s disappearance, protesting: ‘It’s unfair to blame my husband.’

However, over the course of the interviews, she told police how her husband became increasingly distracted in the months leading up to the flight.

‘I found him distant and difficult to understand,’ she said. She told investigators that although they continued to live in the same house, Zaharie spent his time alone.

Faizah said her husband was so withdrawn he hardly spoke to his sons and was not close to them. ‘He just retreated into a shell,’ she said.

When he wasn’t working, Zaharie spent ‘more time with friends than with family members’. She confirmed they had spoken of separating but had not taken any formal steps towards getting a divorce.



+6

The 53-year-old pilot had been under suspicion after investigators discovered a flight simulator at his Kuala Lumpur home


The pilot's wife has told investigators that he stopped speaking to her in the weeks before the fateful flight on March 8, and spent time alone in his room where he had built a flight simulator

She said he appeared agitated and to be suffering from ‘frayed nerves’. Of his three children, Zaharie appears to have been closest to Aishah, who flew back from Melbourne, Australia, to be with her family after MH370 went missing.

She spoke to her father by phone in the weeks before the flight, and told investigators: ‘He wasn’t his usual self. He was distant and cranky.’

Nine ships and ten planes will cover a 97,000sq mile area where search teams have so far failed to recover any confirmed debris from flight MH370.

Chinese aircraft have spotted objects that were white and red – the same colours as the aircraft – but these items have yet to be conclusively linked to the passenger jet, which disappeared three weeks ago with 239

passengers and crew on board. Investigators hope that locating debris will help narrow the search for the ‘black box’ recorders. However, a shortage of live satellite data and adverse weather conditions are hampering the operation.

The investigation is being led by the Malaysian authorities. Meanwhile, the Australian Maritime Safety Authority is co-ordinating the search 1,150 miles off the coast of Perth in an area of the Indian Ocean that is one of the world’s most remote and least researched areas.

Aishah said her father spoke to her about his marital problems and told her he didn’t think they could reconcile. In their conversations, he asked her how she would feel if her parents divorced.

Aishah said she tried to persuade her father to seek the help of Islamic elders to try to mend the relationship but he refused.

The daughter told investigators she did not know if there was another woman in her father’s life.

Although Aishah does not appear to have spoken to her father on the day the flight disappeared, she told investigators she knew from friends in Kuala Lumpur he was upset and felt ‘utter frustration’ over the jail sentence given to Anwar Ibrahim.

Zaharie was a fervent supporter of Anwar, a pro-democracy icon in Malaysia who was jailed for five years for sodomy hours before Flight MH370 took off for the final time.

Anwar’s supporters believe it was a politically motivated prosecution.

Despite her father’s personal problems, Aishah told investigators she did not believe he could be in any way responsible for the flight’s disappearance.

‘I don’t believe he would ever intentionally endanger the lives of his crew and passengers,’ she insisted.

Investigators also spoke to the pilot’s two sons – Ahmad Seth Zaharie, 26, a languages student, and Ahmad Idris Zaharie.

Ahmad Seth told them he had ‘barely spoken’ to his father in the weeks before the flight disappeared, even though they shared the same house.

Ahmad Idris posted a message on Facebook thanking someone for a poem written in support of his father which he said had helped to counter the ‘wounds and sadness’ from ‘baseless accusations made against my father’.

Police interviews with family members have confirmed that the pilot – who lived with his family in an upmarket suburb of the Malaysian capital, close to the international airport – did not have any obvious financial problems.

The Mail on Sunday revealed last weekend that police had not, at that time, interviewed the pilot’s wife in detail, partly because of cultural sensitivities in asking direct questions to people in grief or distress.



+6

The plane is thought to have flown hundreds of miles out over the southern Indian Ocean where it eventually ran out of fuel and plunged into the sea

The softly-softly approach frustrated FBI officials working alongside Malaysian federal police. British intelligence agents are also helping in the investigation, The Mail on Sunday has been told.

News of the interviews came as the search for remains of the plane continued.

A Chinese and an Australian ship retrieved objects from the sea 1,150 miles off Perth, Western Australia, but none was confirmed to be from the missing flight.

Chinese aircraft also flew over the search area, and reported spotting three orange, white and red objects floating in the sea.

However, officials cautioned that they may be junk rather than wreckage from the aircraft.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2592436/He-wasnt-father-I-knew-He-lost-disturbed-Daughter-MH370-pilot-raises-alarming-new-questions-state-mind-weeks-planes-disappearance.html#ixzz2xPYMDM8c

Saturday, March 29, 2014

MH370: Siapa Yang Bakal Dikambinghitamkan?

Siapa yang bakal dikambinghitamkan? Juruterbang pesawat itu kah? Masalah mekanikal Kah? Masalah Struktural Kah? atau Dua Penumpang Iran yang menggunakan passport Palsu?

Pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 yang berlepas daripada Kuala Lumpur destinasi Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru hilang daripada radar awam pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas lepas landas 8 Mac lalu.

Masuk hari ke-22, operasi pencarian, namun setakat ini belum menjumpai sebarang petanda berkaitan pesawat malang itu, walaupun pasukan pencari yang diketuai Australia di Lautan Hindi, yang mana pada mula berkonsentarsi di kawasan 1,500 batu barat laut Perth, namun kini di ubah 700 batu arah timur dari lokasi asal, dan kira-kira 1,100 batu barat Perth.

Semalam, dilaporkan bahawa RNZAF yang mengunakan pesawat P3 Orion dikatakan berjaya melihat 11 objek berkuruan 4 segi berwarna biru dan putih. Warna pesawat MH370 selain putih juga biru. Setakat ini, kapal laut China yang ditugaskan menyiasat objek itu, belum memberi update terkini.

Selepas 22 hari kehilangan pesawat malang MH370, semua pihak masih terpingah-pingah mengapa pesawat itu melencong dan berakhir di Lautan Selatan, sedangkan laluannya adalah ke arah Timur Laut daripada Kuala Lumpur, menuju Beijing.

Fakta yang menyelubungi pesawat malang itu. pukul 12.41 Sabtu mengudara. 1.07 Pagi Transponder pertama tertutup. 1.21 pagi transponder kedua tertutup. 1.30 pagi hilang daripada radar menara trafik udara Subang. 2.40 pagi dikesan radar tentera 320 km utara Pulau Pinang. Pings/blips terakhir diterima 8.11 pagi oleh Inmmarsat, British. 1.21 pagi semasa mengucapkan salam terakhir kepada menara Subang, co-pilot bercakap bersahaja "All Right, Goodnight" Pada kira-kira 1.30 pagi juruterbang sebuah pesawat yang berpusat di Narita, Jepun berjaya berhubung dengan pesawat malang itu, menggunakan saluran kecemasan, dan menggambarkan keadaan cockpit pesawat malang itu sungguh bising, sehingga percakapan dengan co-pilot tidak jelas (co pilot macam mumbling seperti sesak nafas). Pesawat juga di katakan mengubah arah 3 kali, dan mengubah ketinggian 3 kali. Komputer pesawat tidak akan secara automatik boleh mengubah laluan dan ketinggian, tanpa tangan manusia.

Mengapa mengubah Haluan?Mungkin berlaku kebakaran dan naluri juruterbang adalah mendaratkan pesawat pada lapangan terbang yang terdekat. Mengapa terbang tinggi setinggi 45,000 kaki atas permukaan laut melebihi limit pesawat itu? kerana pada ketinggian itu kurang oksigen, maka mudah memadamkan api. Mengapa selepas terbang tinggi kemudian rendah ke paras 23,000 kaki, sebab untuk mendapatkan oksigen dan pada ketinggian itu manusia boleh bernafas secara biasa. Mengapa terbang 5,000 kaki, kerana cuba mendarat. Kerana semua alat komunikasi terpadam, maka juruterbang tidak boleh berkomunikasi dengan lapangan terbang, samada LTAB Pulau Pinang ataupun Langkawi. Kenapa berada 320 km utara Pulau Pinang, dalam usaha mendaratkan pesawat di laut. Mengapa tidak mendarat segera? atas sebab minyak perlu dihabiskan terlebih dahulu, kerana kalau mendarat dengan minyak banyak, pesawat boleh meletup. Nah, lepas ini, teori mahu mendaratkan pesawat tidak terpakai, atas sebab, pesawat terbang semula pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, dan melencong ke Selatan dengan kelajutan 400 knts, sehingga kehabisan minyak lalu terhempas? Teori yang terpakai adalah pesawat itu dikawal oleh manusia dengan sengaja, di mana niatnya hanya Allah yang tahu. Mengapa dilencongkan ke Selatan? atas sebab kawasan itu hanya melalui laut, kurang radar awam mahupun tentera. Selain itu, kawasan selatan adalah kawasan terpencil. jika pesawat terhempas adalah sukar mencarinya. Mengapa terbang 45,000 selama 23 minit, untuk memastikan semua penumpang pingsan. Mengapa terbang 23,000 kaki, untuk mendapatkan oksigen, atas sebab corong oksigen di cockpit hanya bertahan 30 minit (dua corong); mengapa terbang rendah 5,000 kaki selain mengelak dikesan radar, juga untuk memastikan post knockout kepada semua penumpang.

Berasaskan kepada dua teori itu, mana satu yang akan menjadi kambing hitam? Kenapa istilah kambing hitam digunakan, atas sebab tiada siapa yang boleh merungkai kejadian itu.. kotak hitam hanya merakam keadaan di cockpit 2 jam terakhir, sedangkan pesawat itu meneruskan penerbangan selama 7 jam selepas hilang daripada radar.

MH370: Mana Imej Satellite Amerika?

Mana imej satellite Amerika berkaitan MH370? Negara kuasa itu hanya menghantar 2 pesawat Poseidon maritime reconnaissance aircraft ke Lautan Hindi bersama underwater drone dan Towed Pinger Locator, yang direka khas mengesan kotak hitam.

Telah masuk 22 hari, belum pernah kedengaran, maklumat yang boleh digunapakai daripada Amerika untuk mengesan pesawat malang MH370.

Pesawat pengintip canggih Poseidon juga gagal memberikan apa-apa maklumat, yang boleh dikongsi, tidak tahu lah pula, bahawa maklumat yang diberikan diklasifikasikan sebagai rahsia.

MH370: Pesawat New Zealand RNZAF P3 Orion Kesan Objek Berwarna Biru-Putih


Semalam 700 batu di utara pencarian asal, Pesawat New Zealand RNZAF P3 Orion berjaya mengesan beberapa objek berukuran 4 segi berwarna biru putih, yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370.

Objek-objek itu akan disahkan hari ini oleh kapal laut daripada China. Menurut pasukan pencari, objek-objek itu terapung di bawah permukaan air berdekatan satu sama lain, tetapi sebahagian lagi berjauhan ratusan batu.

Telah 3 minggu kehilangan pesawat B777-200ER MH370 yang membawa 239 penumpang bersama kru semasa menuju Beijing pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini, penyebab mengapa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi masih misteri.

MH370: Sebelum Berakhir Di Lautan Hindi

Teori salah seorang Pembaca AYT

berasiam said...

perindahan jarak lokasi dengan alasan pesawat kehabisan bahan bakar adalah sesuatu yang jelas berbentuk separuh benar. secara mudah, jarak berkaitan dengan kelajuan. kadar penggunaan bahan api lebih tinggi jika pesawat terbang pada kelajuan yang lebih tinggi. pesawat cepat kehabisan bahan api maka jarak yang dilalui oleh pesawat lebih pendek/dekat: separuh betul.

bagaimana dengan faktor masa. pesawat terbang untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 7.5 jam berdasarkan analisis ping oleh inmarsat. jam 8:11 pagi, pesawat menerbitkan ping yang terakhir dikesan secara jelas. tempoh perjalalan ke Beijing ialah 6 jam. jika bahan bakar tambahan diisikan sebanyak 20% untuk kegunaan kecemasan, bahan bakar yang ada mampu untuk menerbangkan pesawat kira-kira 7.5 jam.

berdasarkan ping yang dikesan, itulah tempoh masa pesawat terbang dan melebihi daripada itu. sekiranya pesawat menggunakan bahan bakar secara tidak efisien, sudah tentu tempoh masa penerbangan menjadi lebih singkat, selain jaraknya lebih dekat.

kemungkinan pesawat singgah atau disinggahkan di mana-mana lokasi semasa dalam perjalanan ke tempatnya berakhir. tempoh persinggahan itu ialah kira-kira 1 jam, yang menyamai jarak kira-kira 1000 km.

BBC melaporkan lokasi pencarian dipindahkan kepada kira-kira 700 batu ke utara. 700 batu x 1.6 = 1120 km.

kesimpulannya, pesawat mh370 singgah selama kira-kira satu jam untuk tujuan yang tidak diketahui, di lokasi yang rahsia, sebelum meneruskan perjalanannya ke tempat terakhirnya di selatan lautan hindi.
28 March 2014 20:33

Friday, March 28, 2014

MH370: Agak-Agak Berapa Kos Mencari?

Nampak gayanya operasi mencari pesawat malang MH370 akan menelan kos tertinggi abad ini. Faktor kos akan menambah lagi bagaimana uniknya kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru itu yang berlepas daripada KLIA menunju Beijing 8 Mac lalu.

Selain penentuan kehilangan pesawat itu menggunakan pengiraan hantaran gelombang melalui kaedah Doppler Effect, yang belum pernah digunakan dalam operasi mencari kemalangan pesawat, menjadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai kehilangan pesawat abad ini.

Telah masuk hari ke 21, belum ada tanda-tanda di mana pesawat malang itu. Hanya perkiraan data satellite, digunapakai untuk mencari pesawat malang itu.

Kehilangan MH370, bukan sahaja mencabar teknologi mutakhir ini, malah negara-negara kuasa besar, yang sebelum ini mendabik dada dengan kehebatan teknologi mereka, ternyata berdepan dengan kehilangan pesawat MH370, nampaknya teknologi mereka itu, "useless".

Akal manusia yang menyebabkan kehilangan pesawat itu, menyebabkan teknologi yang juga hasil fikiran manusia, bertembung. Untuk sementara waktu, akal manusia masih lagi unggul, atas sebab apa? semua pihak masih berteka teki, apa kah sebenarnya berlaku pada pesawat malang itu.

Berbagai teori dianalisis, dan yang terbaru, dikatakan bahawa pesawat itu lebih awal terhempas, oleh sebab itu, gerakan mencari dipindahkan ke arah North west Perth, dan lebih dekat dengan Kuala Lumpur. Kawasan baru ini lebih dekat dengan darat, lebih cetek, dan lebih mudah menjalankan operasi, atas sebab pesawat boleh terbang lama, sebelum kembali ke pangkalan mengisi minyak.

Kawasan baru, lebih luas berbanding tanah semenanjung, pun demikian ianya lebih mudah dijangkau kerana berdekatan dengan daratan.

Kapan kah pasukan mencari boleh menemui serpihan atau bangkai pesaawat? kemudian selepas itu mencari kotak hitam. Hanya masa yang menentukan.

MH370: 20 Hari Pencarian- Masih Misteri

Lokasi pencarian baru bagi pesawat malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kini berubah daripada lokasi asal, barat laut perth, ke arah North west, 1850 km(1,100 batu) daripada Perth, Australia.

Alasan yang diberikan mengapa memilih lokasi baru itu merupakan kemungkinan pesawat malang itu terhempas, adalah diperkirakan pesawat menempu jarak lebih dekat atas sebab pesawat menambah kelajutan semasa terbang. Dengan minyak yang tersedia (52 ton), tidak memungkinkan pesawat itu sampai ke lokasi asal, 1,500 batu barat laut Perth.

Sudah masuk 20 hari, walaupun berbagai imej satellite dianalisis, namun belum menemukan sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan peawat malang itu.

Pada 24 Mac lalu, Malaysia mengistiharkan bahawa pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan analisis menggunapakai Doppler Effect alat mengetahui sesuatu lokasi menggunakan gelombang.

Dalam perkembangan terbaru, alat pengesan bawa air milik Amerika pinger locator dan Bluefin 21 Autonomous Underwater Vehicle sudah tiba di Perth, bagi tujuan mencari kotak hitam pesawat malang itu.

MH370: Misi Kubur Tanpa Nisan

‘‘...sacrifice is necessary to achieve the goal of free democracy.’’ - 2013 Facebook Post by Zaharie Ahmad Shah, Captain MH 370

Tulisan kali ini, menganalisis apakah andaian bahawa juruterbang pesawat malang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 merampas pesawatnya sendiri. Tulisan ini semata-mata merupakan andaian, kebenaranya, hanya pihak yang berwajib sahaja boleh mengsahkannya. Berasaskan kepada kutipan ayat daripada wall facebook juruterbang itu, tragedi kehilangan pesawat MH370, mungkin merupakan satu tindakan jenayah yang berunsurkan politik?

Motif

1.Kecewa kepada kerajaan, atas sebab Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan atas kesalahan seks luar tabii. Anwar dijatuhi hukuman itu beberapa jam sebelum Zaharie menerbangkan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dirinya 2. Masalah keluarga, atas sebab isterinya meninggalkan rumah kelaurga sehari sebelum tragedi menimpah pesawat MH370. 3.Menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 satu misteri abad ini?
Peranan Co-Pilot: Fariq Abdul Hamid

Fariq sejak pesawat masih dilandasan sehingga mengudara secara berterusan berkomunikasi dengan menara kawalan. Selepas mengucapkan salam terakhir kepada menara trafik udara Subang kerana akan memasuki ruang udara Vietnam, selang dua minit kemudian transponder di cockpit tertutup. Masa dua minit adalah masa yang mencukupi bagi beliau keluar daripada cockpit, dan peluang ini digunakan oleh Kapten pesawat itu mengunci pintu daripada dalam. Fariq, dikatakan julung kali menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat B777, tanpa juruterbang ketiga yang bertindak sebagai check pilot. Fariq tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi menguasai pesawat seperti B777, malahan tiada hobi diehard kepada penerbangan, selain hanya berminat pada wanita sexy dan cantik.

Flight Engineer Mohd Khairul Amri Selamat: Apakah terlibat?

Impak Tragedi MH370

Satu tragedi yang menjadi krisis, bukan sahaja dalam negara, malah krisis hubungan dengan negara china, tamparan hebat kepada penerbangan Mas, yang belum pulih daripada kerugian terus menerus.

Kronologi Kejadian

12:36am to 119am Co-pilot speaks to the air traffic controllers from taxiing until take off. Pilot does not say a word.
109am ACARS system located at the back of the plane is turned off.
119am Co-pilot signs off with "all right, good night".
121am Two transponders accessible from the cockpit are turned off
Soon after, radar shows a turn and climb.
Radar shows rapid descent to 20K feet
Plane is tracked in one of two common passenger routes
Eight hours later, final ping is sent by plane. Initial actions

Bunuh diri jarang dilakukan lebih seorang. Fakta menunjukkan bahawa circuit breaker yang berada dibelakang pesawat ditutup  sementara co pilot sedang bercakap dengan menara trafik udara. Ertinya co pilot bukan pelaku kehilangan pesawat malang itu. Hanya pilot atau jurutera penerbangan yang mempunyai akses kepada circuit breaker itu. Co pilot mungkin diminta keluar cockpit? Pilot mengambil alih, masa ini dua transponder yang berada di cockpit  ditutup.

Membunuh Penumpang

Data yang dirakam Radar menunjukan pesawat terbang meninggi sehingga 45,000 kaki atas permukaan laut. Tujuan naik pada ketinggian ini untuk mengelak dikesan radar, atas sebab pada masa itu, pesawat sepatutnya memasuki ruang udara Vietnam. Selain itu, pada ketinggian ini mengelak signal handphone, sekirannya ada penumpang menghantar mayday. Sekiranya pilot/co pilot telah keluar daripada cockpit, dan menemui pintu tertutup, maka ada masa bagi mereka menggunakan phone sattelite atau menghidupkan ACARS untuk membuat panggilan kecemasan atau mayday. Kita semua tahu, bahawa dari awal-awal lagi, bahawa tiada sebarang panggilan, tiada mayday. Menurut pakar penerbangan, menaik dengan ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut adalah bertujuan mempingsankan semua penumpang. Pilot semasa pada ketinggian itu melakukan depressurise the plane sehingga semua penumpang mengalamai kekuarangan oksigen. Dalam keadaan sama corong oksigen terkeluar, namun hanya boleh bertahan 15 minit, di katakan pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit. pilot boleh bertahan, atas sebab ada dua corong oksigen lagi standby, selepas itu, pesawat turun ketinggian, kerana pada ketinggian rendah maka memudahkan untuk bernafas. Pesawat mengubah arah, dan ketinggian 3 kali. Semua tindakan itu hanya boleh dilakukan oleh manusia.
Jika pihak lain cuba memasuki cockpit, sudah tentu bukan mudah bagi co pilot meninggalkan kerusinya. Co pilot ada masa membuat penggilan kecemasan. Namun semuanya ini tidak berlaku. Hanya pilot yang punya kuasa untuk meminta co pilot meninggalkan kerusinya, mungkin disuruh ke tandas atau memerikasa sesuatu di belakang pesawat. Pada masa ini, pilot mengambil alih kerusi, dan seterusnya menutup pintu, pada masa yang sama menutup dua transponder, menerbangkan pesawat pada ketinggian di atas limit pesawat, menyebabkan semua penumpang termasuk co pilot terperagkap dengan keadaan, memang corong oksigen terkeluar, namun hanya mampu memberikan oksigen selama 15 minit, bagi yang tidak sempat memasang corong oksigen, seminit boleh menyebabkan seorang itu pingsan, lalu mati. Pesawat diterbangkan selama 23 minit, bagi memastikan semua penumpang pingsan, kemudian pesawat diturunkan ke paras 23,000 kaki, bagi membolehkan pilot memperolehi oksigen, kemudian pesawat diturunkan paras 5,000 kaki, bagi memberi pukulan knock out terakhir kepada 238 penumpang.
Pesawat dilencongkan jauh ke utara Pulau Pinang sebelum berpusing ke Selatan. Tujuan terbang ke arah utara itu, untuk mengaburi radar, kerana laluan itu adalah laluan biasa pesawat komersil. Pada laluan itu, di depan pesawat itu adalah SIA68 menuju Barcelona yang terbang pada 1.25 pagi daripada Lapangan terbang Changi Singapura. MH370 mengekori pesawat itu, agar supaya tidak dikesan radar; sehingga benar-benar yakin bahawa radar tidak lagi dapat mengesan, maka berpusing ke selatan untuk misi last joyride dan memenuhi hasrat kematian tanpa nisan.
Kawasan selatan yang dipilih adalah kawasan terpencil, dengan kedalaman lautan yang sungguh dalam mencecah 5 km, selain arus yang yang kuat, permukaan dasar laut yang dipenuhi gunung berapi dasar laut, juga kawasan berkeadaan cuaca yang tidak menentu.  Tujuannya jelas, agar pesawat malang itu tidak akan dijumpai dan menjadi misteri penerbangan sepanjang zaman.
Oleh kerana niat mahu menghilang jejak, maka pesawat tidak akan diterbangkan menjunam, sebaliknya didaratkan dengan sengaja atas permukaan laut, agar pesawat tidak berkecai. Temuan objek yang beratus, besar kemungkinan daripada perut kargo pesawat, yang terburai, selepas dipenuhi air, sehingga barangan yang ringan terapung.

Teori demikian disokong oleh data Satellite Inmmarsat di mana pesawat itu mengirim blips/pings selama 7 jam, sehingga 8.11 pagi 8 Mac.

Thursday, March 27, 2014

Nahas MH370: Disengajakan?

Terhempasnya? Pesawat malang MH370 di Lautan Selatan, 1,500 batu barat laut Perth, Australia adalah disebabkan oleh perbuatan manusia. Manusia yang boleh berbuat demikian adalah seseorang yang mempunyai pengalaman mengendalikan pesawat seumpama itu, seseorang yang mahir berkaitan navigasi dan alat komunikasi pesawat. Dan orang itu mendekati kepakaran juruterbang pesawat malang itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

MH370 dipercayai tiga kali menukar arah dan dua ketinggian. Hanya pesawat yang dikendalikan manusia sahaja boleh berbuat demikian.

Menurut pakar penerbangan mengubah arah pesawat, tangan manusia diperlukan; atas sebab komputer pesawat memerlukan kod baru bagi arah baru samada untuk kegunaan auto pilot atau pesawat diterbangkan secara manual. Kod baru hanya boleh dilakukan oleh manusia.

MH370 dikatakan mengubah ketinggian daripada 35,000 kaki kepada 45,000 kemudian turun ke 5,000 kaki atas permukaan laut. Mengubah-ubah ketinggian ini memerlukan seseorang memasukan ketinggian pada komputer pesawat.
 
Selain itu pesawat membuat dua pusingan pertama ke arah North West dan kemudian ke arah selatan. Keadaan ini hanya memungkinkan melalui tangan manusia.
 
Pesawat terbang semula ke paras 35,000 ketinggian normal bagi pesawat komersil, selain menjimatkan minyak juga pesawat boleh terbang lebih laju. Juga melalui ketinggian itu, radar tentera tidak akan bertindak memintas, apatah lagi, laluan pesawat adalah laluan pesawat komersil.
 
Pesawat MH370 diterbangkan ke arah selatan, satu kawasan terpencil, dengan harapan bangkai pesawat tidak akan ditemui. Hanya seseorang yang mengetahui bahawa apabila pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, apabila pesawat kehabisan minyak, maka pesawat akan menjunam dengan kelajuan supersonic. Dengan kelajuan itu, badan pesawat akan berkecai di udara sebelum sampai ke permukaan laut. Tujuan semua ini adalah untuk menghapus jejak pesawat. 

Senario ini hanya boleh berlaku, apabila juruterbang mempunyai niat membunuh diri. Kematian tanpa nisan merupakan nawaitu juruterbang  itu. Tindakan sebegini, boleh berlaku kepada seseorang yang sangat kecewa. Kekecewaan yang sukar dikendali. Pakar psikologi, pasti mengerti, apa itu kekecewaan yang tidak terkendali.

Apa yang berlaku pada pesawat malang semasa berlegar-legar di udara Malaysia, adalah menjadikan semua penumpang pingsan termasuk co pilot, kemudian mengaktifkan auto pilot sesuai dengan ketinggian; selepas itu juruterbang mengakhiri kehidupannya. Tidak mungkin, selama penerbangan itu, 7 jam selepas hilang daripada radar, tiada seorang penumpangpun menghidupkan handphone, mungkin ada diantara penumpang mempunyai handphone menggunakan sattelite. 

Melihat kepada keadaan pesawat itu, apabila hilang daripada radar jam 1.30 pagi, di kawasan black hole i.e. pertukaran ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, di situlah bermulanya misteri kehilangan pesawat malang itu. 

Tindakan menerbangkan pesawat pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit dengan menutup oksigen di ruang kabin, cukup mematikan semua penumpang. Turun ke ketinggian 5,000 kaki, selain mengelak radar, juga memberikan tindakan akhir kepada penumpang, untuk terus terlena, tanpa boleh sedar lagi. Fakta yang boleh dikaitkan dengan penutupan saluran oksigen, apabila semua alat komunikasi terputus, ertinya fuse yang mengontrol itu dicabut atau dittutup sepenuhnya.

Apa kah semua perbuatan dalam kokpit pesawat masih lagi boleh ditelusuri melalui kotak hitam atau CVR jika alat itu ditemui? atau hanya rekod, bahawa pesawat mengalami kemalangan atas sebab kehabisan minyak.

MH370: Mengapa Terbang Ke Selatan

Pada 8 Mac Sabtu; pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 bersama 239 penumpang termasuk krew berlepas dengan mulus pada 12.41 pagi, daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing.

Pesawat akan mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhrinya itu.Namun pesawat malang itu tidak pernah sampai di destinasi terakhirnya, sebaliknya penerbangannya berakhir di Luatan Hindi pada 24 Mac, selepas 17 hilang hilang misteri.

Clue awal sebelum pesawat malang itu hilang misteri; apabilla hilang dariada radar Menara Kawalan Trafik Udara Subang jam 1.30 pagi kurang sejam selepas mengudara; kemudian dikesan radar tentera pada 2.40 pagi berada di sebelah utara Pulau Pinang. Selepas itu, tiada tanda-tanda lagi berkaitan pesawat malang itu. Selepas 7 hari, digunakan data satellite mengandaikan pesawat mengambil laluan utara atau selatan, kerana didapati pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam selepas dikesan kali terakhir oleh radar awam.

Selepas 17 hari operasi mencari, akhirnya pada 24 Mac, tragedi kehilangan pesawat malang MH370 dinyatakan berakhir di Lautan Hindi, 1,500 batu barat laut Perth, Australia. Kawasan itu, sebenarnya lebih hampir bagi kawasan Antartika berbanding Australia.

Daripada berbagai teori yang dikemukakan berbagai pihak termasuk pakar-pakar penerbangan, keganasan, perundangan; namun teori yang mendekati penyebab kehilangan pesawat malang itu, adalah masalah teknikal.

Sebelum berlakunya tragedi kehilangan pesawat MH370, FAA Amerika, telah memberi amaran, bahawa terdapatnya masalah struktural pada pesawat itu yang boleh menyebabkan masalah mekanikal; sehingga boleh membawa kemalangan di udara, termasuk pesawat akan mengalami rekahan di udara.

Bagi pesawat MH370, telah berlaku kebakaran yang tidak disedari oleh juruterbang ataupun pembantunya. Akibat kebakaran itu, maka telah merosakan alat-alat komunikasi pesawat. Atas sebab itu menurut laporan, bahawa transponder pesawat itu tertutup satu persatu selang 14 minit. Transponder mula tertutup pada pukul 1.07 pagi dan berikutnya pada 1.21 pagi; sebaik sahaja pembantu juruterbang mengucapkan salam terakhir kepada Menara Subang, kerana pesawat akan memasuki ruang udara Vietnam. Pada Masa black hole itu; sebuah pesawat laluan Narita Jepun, atas permintaan pengawal trafik udara Vietnam, berjaya berhubung dengan pesawat malang itu menggunakan saluran kecemasan, namun percakapan dengan pembantu juruterbang sangat tidak jelas, malah keadaan dalam kokpit pesawat malang itu sungguh bising. Selepas itu, perhubungan terputus. Perhubungan terputus antara pesawat yang sedang mengudara adalah perkara biasa.

Selepas menyedari berlakunya kebakaran dalam pesawat, juruterbang membuat keputusan berpatah balik berpusing ke sebelah kiri; lalu menerbangkan pesawat setinggi 45,000 kaki atas permukaan laut, kerana semakin tinggi altitude, maka semakin menipis/berkurangnya oksigen, atas sebab itu boleh mematikan kebakaran. Kebakaran yang berlaku, besar kemungkinan berpunca daripada tayar pesawat itu semasa belepas, kebakaran yang disebabkan tayar memang tidak akan disedari, kerana berlaku secara perlahan-lahan.

Nalurai seorang juruterbang, apabila berlaku keadaan seumpama itu, maka tindakannya adalah untuk terbang ke lapangan terbang yang berhampiran atau berpatah balik. Tindakan berpatah balik, atas sebab pesawat hanya mengudara kurang daripada sejam. Apa yang tidak disedari juruterbang semasa melakukan tindakan menaikan pesawat pada ketinggian melebihi limit kemampuan pesawat itu, dengan kurangnya oksigen dalam kabin dan kemudian kokpit boleh menyebabkan manusia pingsan. Atas sebab semua penumpang pingsan termasuk juruterbang sendiri, atas sebab itu, pesawat meneruskan penerbangan tanpa tujuan ke arah selatan, sehingga kehabisan minyak lalu terhempas.

Mengapa tiada panggilan kecemasan? Menara kawalan tidak akan menerima apa-apa signal lagi, atas sebab semua alat komunikasi terputus. Semasa juruterbang mengubah arah ke arah barat, panel komputer yang mengawal navigasi pesawat berada dalam keadaan auto pilot.Dikatakan pesawat terbang 45,000 kaki atas permukaan laut selama 23 minit; atas sebab juruterbang, atau pembantunnya bukan mengawal pesawat lagi.

Disebabkan pesawat dalam kawalan komputer, maka pada mula kod bercadang mendarat bertindak balas, atas sebab itu pesawat terbang rendah 23,000 kaki kemudian 12,000 kaki mengarah Lapangan Terbang Langkawi, namun komputer tidak menerima arahan lagi selepas itu, atas sebab itu, komputer menstabilkan pesawat lalu naik ke ketinggian normal 35,000 kaki dan terus terbang menurut navigasi yang diprogramkan. Selama 7 jam, pesawat terbang seperti hantu, tanpa kawalan manusia.

Namun ada persoalan? semasa terbang ke arah selatan.. mengapa radar Tentera Indonesia gagal mengesan pesawat itu? sedangkan laluan ke Selatan selain di kawal Australia dan Amerika juga Indonesia.

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Pengakuan Teman Kapten Zaharie

Menurut pengakuan teman juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 yang hilang bersama pesawat itu, bahawa pilot itu mungkin berkeadaan sangat kecewa, selepas isterinya meninggalkan rumah keluarga mereka sehari sebelum menerbangkan MH370 laluan Kuala Lumpur Beijing.

Pesawat malang itu berlepas daripada KLIA jam 12.41 pagi Sabtu 8 Mac dan hilang daripada radar jam 1.30 pagi, hingga kini belum ditemui, meskipun penerbangan pesawat itu dikatakan berakhir di Lautan Hindi, 1,500 batu barat laut Perth, Australia.

Pesawat malang itu membawa 239 penumpang termasuk krew.

Ikuti pengakuan teman kepada juruterbang itu disini

MH370: Senario Kehilangan Misteri Pesawat Malang itu


MH370: Semakin Banyak Objek Dikesan Satellite

122 objek penemuan satellite France
Penemuan pesawat malang B777-200ER MH370 yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang serta krew, kemudian dinyatakan berakhir di Lautan Hindi, 1500 batu barat laut Perth, Australia, walaupun belum menemui sebarang serpihan, akan tetapi berasaskan perkiraan matematik yang menggunapakai Doppler Effect yang berasaskan gelombang, temuan abad ke 19.

Kini, satellite Perancis menemukan 122 objek terbaru, yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu. Sebelum ini, bermula pada 16 Mac lalu, Satellite daripada Australia, China dan Perancis, mengesan beberapa objek berukuran besar, yang dipercayai merupakan serpihan pesawat.

Hari ini, pasukan pencari yang diketuai Australia, meminta MAS memberikan manifest berkaitan muatan kargo pesawat malang itu, berhubung berjaya pasukan pencari menjumpai pallet kayu yang biasa digunakan pesawat penerbangan komersil.

Dengan beberapa petunjuk yang baru, keputusan Kerajaan Malaysia mengumumkan pada 24 Mac, bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, adalah tepat.

Sebelum ini, terlalu banyak memberi komen negatif terhadap pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan, memandangkan tidak ditemui sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu; malah salah seorang juruterbang Asia X, menganggap keputusan itu sebagai keputusan yang tidak masuk akal.

MH370: Lautan Hindi-Apa Kah Hanya Spekulasi?

Doppler Effect yang digunakan Inmarsat yang mengunapakai gelombang radio bagi menentukan posisi pesawat, untuk pertama kali digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat kemalangan pesawat. Walaupun kaedah ini belum teruji sebelum ini, namun hanya cara ini sahaja yang tersedia pada masa teknologi canggih ini bagi memberi jawapan, kehilangan pesawat MH370.

MH370 hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu, kurang sejam selepas berlepas daripada KLIA tujuan Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat pukul 6.30 pagi di destinasi terakhirnya itu.

Keadah Doppler, hanya berasaskan pengiraan secara matematik, berasaskan pings/blips yang diterima pesawat selama 7 jam sebelum benar-benar tidak lagi menghantar sebarang signal selepas 8.11 pagi 8 Mac 2014. Cara kerja kaedah ini memang kompleks, namun berbagai kemungkinan disimulasi berasaskan pendekatan matematik, boleh menentukan lokasi terakhir pesawat serta laluan, dengan variasi ketepatan antara 10-100 batu.

Berasaskan variasi matematik itu melalui kaedah Doppler Effect, maka dinyatakan pesawat malang MH370 berkahir 1,500 batu barat laut Perth, Australia kawasan laut Lautan Hindi. Kawasan yang dipercayai kemungkin besar pesawat itu terhempas, lebih dekat di Antartika berbanding Australia. Clue, yang menyokong Doppler Effect itu, apabila beberapa imej yang dikesan satellite Australia, China dan France berukuran besar selain objek yang dikesan pesawat tentera Australia di kawasan liputan itu. Terlihat pallet kayu yang biasa digunakan pesawat juga dikesan di kawasan pencarian itu.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang objek yang berjaya dikutip. Hari ini, operasi mencari yang dikoordinasi Australia yang melibatkan negara itu, New Zealand, China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika akan meneruskan pencarian, menggunakan berbagai asset canggih. Amerika akan menggunakan under water locator untuk mengesan kotak hitam pesawat malang itu, atas sebab kemampuan alat itu memberi signal hanya berbaki 12 hari.
 
Walaupun ramai menganggap bahawa kenyataan MH370 berakhir di Lautan Hindi hanya spekulasi, atas sebab tiada sebarang seripahan yang berasal daripada pesawat itu dikesan/dikutip, kerana tiada sebarang clue yang boleh digunapakai, maka untuk sementara, keputusan itu adalah keputusan tepat, bagi meredakan tekanan bukan sahaja kepada keluarga mangsa, juga kepada pasukan mencari. Selain itu, melalui keputusan itu, bertujuan  mengurangkan berbagai teori yang dikaitkan dengan pesawat malang itu.

MH370: Masih Lagi Misteri


Doppler Effect: Julung kali digunakan menentukan keputusan SAR


Tuesday, March 25, 2014

MH370: Meski Berakhir Di Lautan Hindi- Tapi Kehilangannya Masih Misteri

Meskipun kehilangan pesawat Malaysia B777-200ER MH370 sudah dinyatakan berakhir di Lautan Hindi 1,500 batu barat laut Perth, Australia, namun sehingga kini belum ditemukan sebarang bukti bahawa pesawat malang itu terhempas di kawasan itu. Objek yang dikesan satellite samada satellite Australia, China dan France belum ditemui. Clue yang mendekati adalah dua objek yang berjaya dikesan pesawat tentera Australia yang satu berbentuk bulat dan yang satu lagi berbentuk empat segi. Selain itu, pallet kayu yang bersama tali berwarna. Namun, mencari objek-objek itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu, atas sebab keadaan cuaca tidak mengizinkan di kawasan pencarian.

Sebelah selatan, pada masa ini akan berhadapan musim sejuk, dan kekurangan cahaya matahari, menambah lagi kesukaran mencari objek-objek tersebut.

Membuktikan bahawa pesawat malang MH370 memang terhempas di selatan, selain menemui serpihan pesawat itu, juga penemuan kotak hitam (black boxes) merupakan sesuatu yang amat diperlukan, bagi mengesahkan bahawa pesawat malang itu benar-benar MH370.

Jika tiada sebarang bukti yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu, maka kehilangan pesawat itu, masih dianggap misteri.

Fakta yang digunapakai bahawa kehilangan pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi, ikuti laporannya seperti berikut.

Berikut adalah penjelasan Mengapa PM Malaysia mengumumkan kehilangan MH370 berakhir di Lautan Hindi, 1,500 batu barat laut Perth, Australia.


The 19th century formula that found MH370

Britain's Inmarsat used a wave phenomenon discovered in the 19th century to analyze the seven pings its satellite picked up from Malaysia Airlines Flight MH370 to determine its final destination.

The new findings led Malaysian Prime Minister Najib Razak to conclude on Monday that the Boeing 777, which disappeared more than two weeks ago, crashed thousands of miles away in the southern Indian Ocean, killing all 239 people on board.

The pings, automatically transmitted every hour from the aircraft after the rest of its communications systems had stopped, indicated it continued flying for hours after it disappeared from its flight path from Kuala Lumpur to Beijing.Inmarsat's scientists then interrogated the faint pings using a technique based on the Doppler effect, which describes how a wave changes frequency relative to the movement of an observer, in this case the satellite, a spokesman said.

The Doppler effect is why the sound of a police car siren changes as it approaches and then overtakes an observer.

Britain's Air Accidents Investigation Branch was also involved in the analysis.

"We then took the data we had from the aircraft and plotted it against the two tracks, and it came out as following the southern track," Jonathan Sinnatt, head of corporate communications at Inmarsat, said.

The company then compared its theoretical flight path with data received from Boeing 777s it knew had flown the same route, he said, and it matched exactly.

The findings were passed to another satellite company to check, he said, before being released to investigators on Monday.

The paucity of data - only faint pings received by a single satellite every hour or so - meant techniques like triangulation using a number of satellites or GPS (Global Positioning System) could not be used to determine the aircraft's flight path.How the report featured on the front page of major UK newspaper, The Daily Telegraph.

Malaysian Prime Minister Najib Razak on Monday revealed that analysis "never before used in an investigation of this sort" had shown the Malaysian airliner had crashed into the southern Indian Ocean.

That analysis was undertaken by mobile communications company Inmarsat, which provides satellite data for Malaysia Airlines.

Even though the plane's transponder and ACARS system were turned off, the company's box on the Boeing 777 - equivalent to a mobile phone handset - stayed on and was polled every hour by Inmarsat's satellite.

The British company initially looked at the amount of time these handshake pings took to travel from the plane to its satellite 22,000 miles above the equator to determine the aircraft was moving along either a north or south corridor.

It passed on that discovery on March 11.

But space scientists continued to refine the model looking at the so-called doppler effect.

That's the way radio waves contract and expand as they are going to and from the satellite.

"They've tested it off against a number of other aircraft known flights and come to the conclusion that only the southern route was possible," Inmarsat senior vice president Chris McLaughlin told Sky News on Monday.


"We refined that with the signals we got from other (777) aircraft and that then gives you a very, very good fit.

"Previous aircraft provided a pattern and that pattern to the south is virtually what we got in our suggested estimates.

"So the fit is very, very strong."

Mr McLaughlin said the company was relying on a 1990s satellite over the Indian Ocean that wasn't GPS equipped.

But scientists could work out the approximate direction of travel "plus or minus 100 miles to a track line".

"All we can do is to say we believe it is in this general location.

"We can not give you the final few feet and inches of where it landed. It's just not that sort of system."

While the company was able to work out where the last ping was sent from, the aircraft likely still had some fuel remaining.

But it would have run out before the next automated handshake.

Inmarsat has been appointed a technical advisor to the UK Air Accident Investigation Branch.

It passed on the new analysis after it was peer-reviewed by other experts in the UK space industry and compared with Boeing.

Mr McLaughlin said systems that kept track of a plane's precise location should be mandated world-wide "and it could be delivered tomorrow". sumber

Blog Archive