Thursday, October 30, 2014

Sodomi II:Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Hanya Berhujah Esok-Mengapa?

PERBEZAAN antara keterangan polis dan Hakim Mahkamah Tinggi berkaitan cara Anwar memberus gigi, merupakan perkembangan baru dalam kes sodomi II. 

Keterangan polis, bahawa mendengar Tertuduh memberus gigi, manakala Hakim Mahkamah Tinggi menulis Anwar dilihat memberus gigi.

Perkembangan terbaru lain, adalah kedudukan sel dimana tertuduh ditahan tidak bersinki; Menurut peguam tertuduh, seseorang itu kalau memberus gigi memerlukan sinki, sebenarnya tidaklah demikian. Anwar dibekalkan air botol, berus gigi, tuala good morning dan pasta gigi, dalam keadaan biasa, seseorang itu perlu juga mengunakan sinki; tetapi dalam keadaan dalam tahanan, tidaklah demikian.

Selain itu, peguam Anwar berhujah bahawa seluar dalam yang digunakan mangsa semasa kejadian telah dibasuh, atas sebab itu tidak dikesan air mani, air mani dikesan pada seluar dalam lain yang bukan dipakai mangsa pada hari kejadian.

Peguam Anwar, bertegas bahawa tidak berlaku tusukan pada dubur mangsa selepas diperiksa oleh Dr Osman (Hospital Puswari), meskipun mangsa mengadu kesakitan; hanya selepas diperiksa di HKL, terdapatnya tusukan pada dubur mangsa. Oleh kerana mangsa mengaku tanpa rela dan dipaksa, doktor HKL meneliti apa kah ada kesan-kesan kecederaan pada mangsa, ternyata tiada catatan/rekod yang menunjukkan kecederaan (sebenarnya dalam perkara ini, mangsa malu mengaku secara sukarela).

Hujah-hujah peguam Anwar, mempertikai Male Y; menurut mereka Male Y bukanlah Anwar, melainkan lelaki lain. Alasan mereka, DNA Anwar tidak pernah diperolehi; kecuali menurut pendakwaan DNA tertuduh diperolehi melalui tiga sampel yang dibekalkan kepada tertuduh semasa ditahan semalaman pada 7 Julai 2008.

Salah satu sampel yang dibekalkan kepada tertuduh terutama berus gigi, telah dikesan DNA yang bersamaan dengan sampel air mani yang terdapat pada dubur mangsa.

Apa kah dengan hujah-hujah peguam Anwar yang membangkitkan isu-isu baru membuatkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah terpaksa mengubah hujahnya, sehingga meminta hanya esok memulakan hujah pendakwaan?

No comments:

Blog Archive