Wednesday, October 29, 2014

Sodomi II: Male Y Bukan Anwar?

PEGUAM Anwar yang berhujah pagi tadi mendakwa bahawa Male Y di mana DNA menyerupi DNA tertuduh, sebenarnya bukan Anwar; atas sebab sumber mendapatkan DNA itu dilakukan secara tidak sah. Walaubagaimanapun, Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria berkata; bukti yang diperoleh secara tidak sah diterimapakai di Malaysia; ertinya hujah peguam Anwar dengan sendirinya terjawab.

Hujah peguam Anwar, seperti mana yang lalu-lalu semasa di peringkat mahkamah rayuan, mempersoalkan kewibawaan Pakar-pakar kimia dan jabatan kimia negara. Dengan mempersoalkannya, maka mereka mendakwa ujian DNA di mana seorang lelaki yang disebut sebagai Male Y didapati airmaninya berada didubur mangsa; sebagai kabur dan tidak tepat. Malah pasukan pembela mendakwa, Male Y itu boleh sesiapa sahaja.

Setakat ini, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah belum berhujah balas sebagai pendakwaraya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu lelakinya pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum Bukit Damansara di Ibu Negara.

Anwar kini dibela oleh mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram bersama 13 peguam yang lain. Gopal bersara sebagai hakim pada tahun 2010. Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu diwakili oleh mendiang Karpal Singh.

No comments:

Blog Archive