Wednesday, October 29, 2014

Sodomi II: Hujah Peguam Anwar Hanya Berasas Anggapan

HUJAH peguam Anwar hanya berasas anggapan; misalnya; berus gigi, tuala "good moring"dan air botol; yang jelas telah digunakan, di mana terdapatnya DNA Male Y dan DNA itu bersamaan dengan air mani yang didapati dalam dubur mangsa; peguam Anwar berhujah, bahawa DNA itu bukan kepunyaan Anwar, akan tetapi oleh Male Y. Peguan Anwar anak mendiang Karpal Singh- Sangeet Deo, berhujah, disebabkan tiada saksi yang nampak bahawa tiga benda itu digunakan oleh Anwar, maka beliau menyimpulkan bahawa Male Y bukanlah Anwar, akan tetapi seorang lelaki lain. Hakim mahkamah rayuan bertanya kepada peguam itu, apakah dalam cell di mana Anwar bermalam, ada lelaki lain, peguam itu menjawab, hanya Anwar seorang. Berus gigi, tuala dan air botol diberikan kepada Anwar sebaik sahaja beliau ditangkap pada 7 Julai 2008; maknanya, tiga benda itu diberikan langsung kepada Ketua Umum PKR itu.

Pihak pendakwaan, terlupa bahawa semasa perbicaraan awal di Mahkamah Tinggi, mangsa menguraikan dengan terpenci, bagaimana kejadian liwat berlaku pada 26 jun 2008; bagaimana mangsa memasuki kondominum, malah menjelaskan kata laluan yang perlu digunakan untuk memasuki unit di mana sodomi berlaku. Kata laluan Mohktar; dan Can I F,,,k u today, merupakan komunikasi antara tertuduh dengan mangsa. Dalam rakaman CCTV pada hari kejadian, jelas mangsa memasuki unit itu; juga rakaman itu tertuduh berada di kawasan itu antara pukul 3.01-4.30 petang hari kejadian.

Pihak pendakwaan sukar mendapatkan DNA tertuduh, kerana beliau enggan memberikannya secara sukarela; atas sebab itu pihak polis terpaksa mendapatkannya secara tidak langsung.

Petang tadi, peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yakin bahawa tertuduh akan disabitkan kesalahan memandangkan tiada hujah baru dalam penghujahan peguam Anwar. Hujah peguam Anwar itu sebenarnya telah dipatahkan pada perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

No comments:

Blog Archive