Friday, September 26, 2014

Pelan Peralihan Kepimpinan Sabah: Bukan Idea Sesuai Masa Kini

APA yang jelas, pelan peralihan kepimpinan Sabah yang dicetuskan oleh 8 Ketua Bahagian Umno Sabah; Jumat Idris (Sepanggar); John Amborse (Penampang); Sairin Karno (Keningau); Ghani Yasin (Pensiangan); Rubin Balang (Tenom), James Ratib (Beluran), Bolkiah Ismail (Kudat) dan Wetrom Bahanda (Kota Marudu) bukan merupakan suara majoriti pada bahagian-bahagian itu; melainkan hanya bersifat pandangan peribadi masing-masing.

Tamparan hebat yang diterima kumpulan itu, apabila dua orang ketua bahagian yang ikut pada perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai mengaku diperalat (James Ratib) dan terperangkap (Bolkiah Ismail).

Dalam perkembangan sama, selepas perjumpaan itu menjadi pengetahuan umum, Jumat mengaku, pelan itu bukannya satu desakan kepada Musa untuk meletakan jawatan, namun sebaliknya sebagai pelan jangka panjang untuk pertukaran kepimpinan negeri secara aman.

Ekoran terdedahnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu, beberapa orang pemimpin negeri antaranya Speaker Dewan Undang Negeri Datuk Salleh Tun Said yang juga ketua bahagian Umno Kota Belud, perbincangan berkaitan pelan peralihan kepimpinan Sabah seharusnya tidak berlaku, kerana kuasa itu adalah kuasa perdana menteri. Lagipun, kata Salleh, persidangan bahagian-bahagian Umno yang sedang berjalan telah mengambil ketetapan, bahawa Umno menjunjung kesepakatan iaitu berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa, manakala di peringkat kebangsaan berketuakan Najib.

Lagipun, sejak Musa menjadi Ketua Menteri, beliau telah menunjukan satu kepimpinan yang sangat dinamik, mampu meningkatkan perekonomian negeri, malah melonjakkan bajet tahun negeri.

Dalam soal kejayaan dalam bidang politik, Musa telah membawa kemenangan bergaya kepada BN untuk tiga pilihanraya umum bermula pada tahun 2004, 2008 dan 2013.

Kemampuan Musa menaikan simpan tetap negeri daripada RM150 juta pada tahun 2003 kepada RM3.2bilion pada masa kini, merupakan satu kejayaan luar biasa bagi negeri yang dikatakan mempunyai kekurangan serba serbi.

Kejayaan Musa meningkatkan perekonomian negeri selepas kayu balak yang merupakan punca pendapatan negeri pada suatu masa bukan lagi menjadi asas penumbang kepada pendapatan negeri.

Kalaulah dilihat daripada segi pencapaian, dan juga daripada segi kemampuan fizikal Musa, membicarakan pelan peralihan kuasa kepimpinan Sabah, sebenarnya bukan satu idea yang sesuai dibincangkan pada masa kini.

Kenapa perlu menukar seseorang yang masih mampu memberikan kejayaan kepada negeri dan rakyat?

2 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Kejayaan pentadbiran KM Sabah kini memang diperakui disebabkan karisma beliau, kerjasama pelbagai pihak, pendapatan royalti minyak dsbnya. Kejayaan sejauh ini menandakan beliau sudah berada dipuncak. Peralihan kuasa pada masa terdekat dan keadaan belum berombak berbukit-bukit, moleklah dijanakan. Setiap KM/MB/PM selama 2 penggal dah cukup pun. Percayalah Umno bertambah cantik-mantik.

Anonymous said...

Jangan saja BN jadi mcm Berjaya. Sebab tidak mau sedar.

Blog Archive