Monday, September 08, 2014

Kemelut MB Selangor: Eloklah Khalid Dipertahankan

MEMANDANGKAN kemelut MB Selangor masih berpanjangan, maka eloklah Tan Sri Khalid Ibrahim dipertahankan.

Sebenarnya, melucutkan jawatan Khalid tiada sebab yang munasabah yang diberikan Pakatan Rakyat terutama PKR; untuk sementara sebab utama hanya Anwar mahukan isterinya menjadi MB, selepas beliau gagal berbuat demikian.

Anwar bertindak melalui Langkah Kajang, di mana ADUN parti itu diminta untuk meletakkan jawatan tanpa sebab, untuk memberi ruang kepada Anwar bertanding dan kononya bakal dilantik sebagai MB jika menang. Malangnya Anwar kehilangan kelayakan bertanding atas sebab dihukum 5 tahun penjara kerana meliwat.

Anwar tidak puas hati dengan keadaan itu, disebabkan DUN Kajang telahpun kosong, maka Anwar memilih isterinya bertanding, dan sejak awal ogos, beliau kasak kusuk agar supaya isterinya boleh dilantik sebagai MB.

Keputusan Anwar yang kononnya keputusan PKR hanya mencalonkan calon tunggal iaitu isterinya dan kemudian disokong DAP, menyebabkan Sultan Selangor murka, kerana baginda meminta agar semua parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan 3 nama; namun hanya Pas yang berbuat demikian, manakala PKR dan DAP enggan.

Memandangkan keemelut MB Selangor yang berpanjangan, adalah elok Tan Sri Khalid dipertahankan sahaja. Khalid boleh sahaja menyertai parti Pas, kerana beliau telah dipecat daripada PKR.

Khalid boleh meneruskan jawatannya dengan syarat dua ADUN Pas yang membelot berpatah balik dan akur dengan keputusan parti. Dengan demikian Khalid boleh meneruskan tugas sebagai MB atas sebab beliau masih mempunyai sokongan DUN Selangor, kerana 12 ADUN Bn telahpun menyatakan bahawa mereka tidak membantah jika Khalid meneruskan jawatan MB.

3 comments:

Anonymous said...

jadi segala kemelut berpunca dari ANWAR......... kini waktu bertaubat atau mahu tersungkur..



Anonymous said...

TSKI perlu terus bertugas MB..atas sebab.. permintaan tuanku belum disempurnakan olih DAP dan PKR maka secara otomatik pemilihan MB tertangguh sebab kecacatan yg dilakukan olih pihak yg terlibat dalam menyempurnakan titah tuanku..

Khalid kalau masuk Pas pon ..2 adun Pas tak akan beri sokongan sebab mereka adalah jari jari anwar yg menyusup dalam PAS..
nanti Husam ..mat Sabu dan PasMa akan beri tekanan pada Khalid sebab dia dah jadi ahli Pas.. Sekarang nobody yg layak paksa dia.. Free man..
Ini yng Anwar tak jangka yg Khalid cukup steady bangkang dan bendung nafsu politik nya..

Anonymous said...

Khalid Ibrahim boleh urus lebihan 3 billion dengan amanah.....


jangan beri ANWAR sentuh.....!!!!!!



amboxx

Blog Archive