Saturday, August 02, 2014

MB Selangor: Apa Kah Hadi Tetap Dengan Keputusannya?

PAS akan bermesyuarat pada 10 ogos; antara lain membincangkan kedudukan MB Selengor. Apa kah pada mesyuarat tersebut Datuk Hadi Awang terpaksa menelan ludahnya berhubung sanggahannya terhadap pelucutan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Apa kah juga Datuk Nik Aziz juga terpaksa menelan ludahnya sendiri?

Kini selepas kenyataan Hadi dan Nik Aziz yang tidak bersetuju pelucutan jawatan Khalid; bukan main para pemimpin PKR dan DAP membidas pemimpin utama PAS itu. Kalaulah bidasan itu tidak menggores hati para pemimpin PAS lain dan penyokongnya, entahlah apa yang boleh dikategorikan kepada mereka; di mana sanggup menerima penghinaan pemimpin mereka sendiri.

Kecelaruan dalam pakatan antara PKR-DAP-PAS berpunca daripada tindakan Anwar yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Untuk merealisasikan keinginan itu, maka ADUN Kajang diminta mengosongkan kerusi untuk membolehkan satu PRK diadakan. Namun, nafsu Anwar tidak kesampaian, apabila hilang kelayakan bertanding kerana disabit kesalahan meliwat dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Anwar tidak hilang akal, apabila niatnya tidak kesampaian, maka dipilih pula isterinya untuk menjadi MB. Anwar terlepas pandang, bahawa tidak selamanya tindakannya dipersetujui oleh pemimpin lain; terbukti apabila Presiden Pas dan Mursidul Am Pas menentang tindakan itu.

Terlalu awal untuk mengetahui keputusan Pas, kerana parti itu baru akan bermesyuarat pada 10 ogos, Jika kumpulan Anwarnis dalam PAS seperti Mat Sabu dan kawan-kawan berjaya memujuk golongan ulamak yang diketuai oleh Nik Aziz, maka kemungkinan besar tindakan Anwar menjadikan isterinya MB Selangor akan terealisasi, namun jika gagal; maka kemungkinan besar PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat; jika itu berlaku; maka kerajaan Selangor akan tergantung. Jika PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN bersama 12 ADUN BN dan 3 ADUN yang berpihak kepada Khalid bersama-sama mesra antara satu sama lain, maka tumbanglah kerajaan PKR di Selangor. Langkah seterusnya akan diketahui pada 10 Ogos.

7 comments:

Anonymous said...

acah nje tu..
lepas ni pasti u turn punya..
kamu org tunggu je...

aku said...

tak kisah apa keputusan..yang penting Asal Bukan UMNO...tahniah org selangor yg bagi undi kat mangkuk2 mcm ni...nak ubah konon!! Dia org bulan2 income masyuk...hang dapat apa? dah dasar tak cerdik, otak kat lutut...padan muka...

Anonymous said...

ORANG KEDAH KATA : PANDAI TERLAJAK

AMBIK HANG, PILIH LAGI PAKATAN HARAMJADAH

Anonymous said...

aku setuju tgk jer 10 ogos...... pasti pas setuju..hahaha korang caya ler

Anonymous said...

Sama2lah kita tunggu sama ada kekuatan Presiden PAS bersama dengan Mursyidul Am PAS mampu menahan tendangan dari seorang yg menempah bilik dalam neraka (Pereka hadis palsu) bersama2 dengan kafir2 DAP/PKR.
kita tunggu dan lihat...

kasim said...

Nak sandak jaghi x berani la sbb semua ketentuan Allah, tapi GERENTU BUAT UTURN.... GERENTI...GERENTI.... NI SEMUA LAKONAN SAJA..... HJ HADI ATAIH KERTAS PRESIDEN.... PRESIDEN SEBENAK HAMPA TAU DAK SAPA...........
MAI KITA TEKA....
AKU TEKA MAT SABUN.....

berasiam said...

alQur'an dah terang2 sebut jangan ambil orang tidak beriman sebagai penolong pun tak mau ikut, sanggup bertahalluf siyasi kononnya dengan dap dan pkr. kalau boleh tunjuk ayat yang menghalalkan tahalluf siyasi dengan orang kafir tu, barulah meyakinkan. setakat pendapat-pendapat berasaskan nafsu politik tamakkan kuasa maka tahalluf siyasi dengan dap/pkr dihalakan, boleh jalanlah.

atas asas sedemikian, sudah tentu 10 Ogos 2014 menunjukkan pas akan mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan kehendak nafsu anwar ibrahim menobatkan isterinya yang tidak ada pengalaman sebagai menteri besar selangor menggantikan ts khalid ibrahim.

Blog Archive