Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Singapore Airlines Menipu

KETIKA banyak pihak menunding jari kepada Penerbangan Malaysia (MAS) kerana membenarkan pesawat MH17 melalui ‘zon perang’, majalah mingguan Jerman mendedahkan bahawa Singapore Airlines (SIA) menggunakan laluan yang sama di timur Ukraine sebanyak 75 kali pada minggu lepas.

Sebaliknya, MAS hanya menerbangkan pesawatnya di kawasan pemberontak di Donetsk sebanyak 48 kali dalam tempoh sama, lapor Spiegel Online yang merujuk kepada laman web pengesanan penerbangan, flightradar24.com.

Ia berkata, syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot menggunakan laluan itu 86 kali dalam tempoh tujuh hari lepas, Ukraine International Airlines (62 kali) dan syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa (56 kali).

“Lintas terbang direkodkan di kawasan itu dalam tempoh tujuh hari lalu dalam lingkungan hampir 240km (kilometre) ke bandar perindustrian Ukraine.

“Dalam kedudukan syarikat penerbangan di laluan berkenaan, MAS berada di tempat kelima dengan 48 lintas penerbangan, di mana data menunjukkan ruang udara di wilayah Donetsk begitu aktif.

“Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah secara rawak atau satu kesilapan, ia mungkin boleh berlaku kepada pesawat syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu," menurut laporan itu.

Nahas MH17 mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.

Hanya beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu, SIA membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan BAHAWA penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap 'sensitif' berkaitan nahas itu, SIA pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu.

4 comments:

Anonymous said...

saya duduk di jb.. selalu tengok berita singapore... channelnesasia atau suria.. biasalah singapore seboleh2 dia nak tunjukkan kerajjan cina singapore lebih baik dari kerajaan melayu malaysia... beberapa hari lepas, pemberiata cna tu beberapa kali bangkitkan secara sinis pasal laluan ni.. tapi skrg sebut pun tidak.. isu SIA lalu jalan yg sama langsung tak diwar2kan.. gerammm.... sikap kiasu cina...

Anonymous said...

Tunggu la...keangkuhan Singapork.. Allah akan tunjuk skit masa lagi kehebatan kekuasaNya... Tak tau apa akan selepas ini...kerana provok yg amat sangat kepada Malaysia oleh Singapork.... aku tau apa akan terjadi tapi Allah Yang Maha Esa saja lebih mengetahui.

Anonymous said...

Pembetulan

Tunggu la...keangkuhan Singapork.. Allah akan tunjuk skit masa lagi kehebatan kekuasaNya... Tak tau apa akan selepas ini...kerana provok yg amat sangat kepada Malaysia oleh Singapork.... aku tak tau apa akan terjadi tapi Allah Yang Maha Esa saja lebih mengetahui.

Anonymous said...

Ini sikap spesis yg memakan najis mukhalazoh.

Blog Archive