Tuesday, July 22, 2014

Dalam Bulan Ramadhan- Anwar Singkir Khalid Ibrahim

Akhirnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Penyingkiran Khalid Ibrahim dibulan puasa ini, menjadikan Khalid seorang yang tidak lagi menyambut Hariraya dengan gembira seperti rakyat lain; sebaliknya beliau dan keluarganya menyambut Hariraya dengan sedih. Cara Anwar menyikir Khalid, seolah-olah jawatan-jawatan dalam Pakatan Rakyat adalah milik peribadinya.

Rakyat Selangor khasnya dan negara umumnya kena mengambil iktibar kepada kedudukan Khalid. Anwar tidak segan silu menggunakan kuasanya demi kuasa keluarganya.

Pihak DAP dan PAS, perlu bertindak sesuatu berkaitan dengan kedudukan Khalid. Sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenaan Sultan Selangor, besar kemungkinan Khalid akan terus berkhidmat meskipun bukan pilihan Anwar; namun jika beliau diundi tidak percaya, oleh semua ADUN Pakatan Rakyat, maka Khalid terpaksa akur.

2 comments:

Anonymous said...

Mcm lah SELANGOR takde Mb...siap meeting bagai2 cari mb....bodoh punya parti!

Anonymous said...

TIADA MB selangor yg dapat bertahan lama...dari Datuk Haron Idris..mat taib..khir toyo...khalid Brahim...semua nya di timpa Masalah..!

Blog Archive