Saturday, June 28, 2014

MH370: Misi Kubur Tidak Bernisan

Pihak pencari masih percaya, bahawa pesawat malang MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada 8 mac 2014 selepas berlepas 12.41 pagi laluan Kuala Lumpur Beijing telah berakhir di Lautan Hindi.

Satu-satunya fakta yang diguna adalah maklumat satelite yang dianalisa, yang menggunakan Doppler Effect bahawa pesawat malang itu menunju ke Lautan Hindi sebelum hilang.

Tiada siapa yang boleh memberi maklumat termasuk analisa teknologi canggih, mengapa pesawat itu terbang bertolak belakang daripada laluan asal. Apa yang ada, suatu persepsi, bahawa kehilangan pesawat itu merupakan satu misi kubur tidak bernisan.

Melihat pergerakan pesawat itu semasa berpatah balik, terbang daripada ketinggian normal 35,000 kaki ke atas permukaan laut lalu bertukar ke paras 45,000 kaki merupakan satu tindakan yang disengajakan. Pada ketinggian 45,000 kaki, jika sesiapa yang tidak sempat memasang corong oksigen maka akan pingsan serta merta, dan jika sempat seseorang itu hanya boleh bertahan selama maksima 15 minit, sebelum pingsan. Pesawat itu dikatakan berada pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit, ertinya sesiapa sahaja dalam pesawat itu pengsan.

Laporan terkini daripada Australia, bahawa pesawat itu menunju Lautan Hindi mengunakan autopilot bersama penumpang yang sudah pengsan sebelum pesawat kehabisan minyak, lalu terjunam ke dasar laut; menguatkan anggapan bahawa pesawat yang dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Shah itu bermisikan kubur tanpa nisan.

5 comments:

Anonymous said...

the plane fell at south china sea not at indian ocean

Anonymous said...

u dont believe? ask kencana petroleum where they are looking for the mas plane for free!!!!!

Anonymous said...

is it because they are not looking for the plane but the mangosteen, thats why they never found the plane?

raismazzadam said...

Aku yakin PENUMPANG MH 370 masih selamat...aku anggap PESAWAT MH 370 dah parking di daratan yg bukan laluannya...ADA TANGAN2 GHAIB YG MENGAWALNYA...aku pasti tunggu kepulangan mu MH 370...AMIN...

Anonymous said...

Nak tau apa yg logik dan apa yg sandiwara? Pasti CIA ada jawapannya. Kalau CIA nk tau berapa kali kita kentut dalam seharipun mereka mampu. Masakan sebuah kapal sebegitu besar boleh terlepas dari pemantauannya. Teknologi satelit US sebenarnya membuat manusia di mukabumi ini sentiasa diperhatikan, bagaimana dgn MH370? Aku yakin MH370 sudah ada jawapannya, cuma pihak 'penggubal tragedi' belum berani menunjukkan wajah sebenar dan plot cerita.

Blog Archive