Sunday, June 08, 2014

Guru-Guru Dibenar Berpolitik-Tiada Jaminan Sokong BN: Tun Dr Mahathir

Guru yang dibenarkan berpolitik hanya akan menyusahkan kerajaan kerana ramai dalam kalangan mereka cenderung menyokong parti pembangkang seperti Pas berbanding Barisan Nasional (BN).

Itulah hakikat yang perlu diketahui pemimpin BN yang mahu penjawat awam profesional seperti guru menyertai politik dengan menyokong kerajaan sedia ada.

“Golongan guru tidak akan menyertai BN apatah lagi hendak menyokong parti kerajaan ini. Mereka ini sebaliknya akan menyokong Pas dan menentang kerajaan BN.

“Sukar kita hendak beri jaminan golongan guru akan memberi sokongan kepada BN jika mereka diberi kelonggaran menceburi bidang politik,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian mengulas cadangan Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencadangkan semua warga pendidik kembali kepada BN jika dibenarkan berpolitik.

Keputusan kerajaan sebelum ini pula menyekat guru daripada menyertai politik.

“Jika cadangan itu tidak diperhalusi, kesan buruk pasti akan menimpa negara satu hari nanti kerana dikhuatiri golongan guru ini akan mengancam kerajaan dengan menyokong pembangkang.

“Kalaau nak buat sesuatu untuk tarik golongan guru dan professional lain, fikirlah semasak-masakya sebabnya mereka ni semua orang berpelajaran,” ujar Mahathir lagi

5 comments:

Anonymous said...

Cadangan menteri odoh yang menjadikan huru hara dalam pendidikan.
Jenis suka glamour babi.
Sekarang nipun ramai yg tak mengajar dan menggunakan platfom politik utk cr keuntungan.
Jenis guru gila babi politik banyak yg ponteng kelas dan banyak yg lebih berpolitik dan berbisness dari corbisness mrk sendiri.
Jenis makan gaji HARAM.

Anonymous said...

Cadangan menteri odoh yang menjadikan huru hara dalam pendidikan.
Jenis suka glamour babi.
Sekarang nipun ramai yg tak mengajar dan menggunakan platfom politik utk cr keuntungan.
Jenis guru gila babi politik banyak yg ponteng kelas dan banyak yg lebih berpolitik dan berbisness dari corbisness mrk sendiri.
Jenis makan gaji HARAM.

Anonymous said...

bila pendidik di campuraduk dengan politik jadilah caca marba, bagus juga agar guru-guru bangkit menentang kerajaan..

Anonymous said...

Bagus tu aku pjn sokong...agar cepat cepat UMNO jadi arwah..tapi menteri yg mencadangkan itu sudah pasti akan lari ke luar negara dulu...tinggallah kita rakyat yg bodoh untuk menghadapi dajal dajal melayu lain

Unknown said...

guru pensyarah ttng umno bn. kna lihat 2 sudu.umno bn dan guru. baru bole buat plan tindakan. bagi peluang guru terlibat politik ibarat kata memelihara binatang ganas dalam rumah kita, bkn menyenang menyusahkan ada. pikir2kanlah

Blog Archive