Wednesday, June 25, 2014

Apa Kah Malaysia Bakal Hancur?

Banyak isu yang sebelumnya jarang dibincang; seperti isu islamic state, secular state, perkara-perkara pembentukan negara; isu perkauman; isu kalimah Allah; kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. 

Isu-isu yang disebutkan, memang merupakan isu-isu yang sensitif bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama; di mana satu ketika Malaysia bangga dengannya. Di dunia, Malaysia adalah satu-satunya negara majemuk yang dapat menggunakan kepelbagaian itu sebagai kekuatannya; namun kerana nafsu segelintir rakyat; mempergunakan isu-isu untuk mengwujudkan ketidak stabilan, bukan sahaja dalam suasana berpolitik, juga mempengaruhi emosi rakyat.

Di Sabah, memang bibit-bibit perpecahan bermula sejak tahun 70-an, semasa kerajaan Usno; di mana berlaku apa yang dipanggil pengislaman secara besar-besaran; kemudian diikuti dengan kelulusan dewan undangan negeri sabah, untuk menerima islam sebagai agama rasmi; sesuai dengan agama persekutuan.

Isu pengislaman itu, menjadikan kerajaan Usno mendapat cabaran daripada pemimpin Sabah yang bukan beragama islam; walaupun punca utama kejatuhan Usno bukanlah atas sebab itu; akan tetapi tindakan berpaling tadah beberapa pemimpinnya yang diketuai Datuk Harris Salleh( kini Tan Sri) membentuk Parti Berjaya.

Selepas Usno tumbang pada tahun 1976 oleh Parti Berjaya; tahun 1985 pula giliran Parti Berjaya tumbang oleh Parti PBS; puncanya hampir serupa dengan kejatuhan Usno. Tahun 1994, giliran PBS pula tumbang, keadaan hampir serupa dengan kejatuhan Usno dan Berjaya; di mana berlaku tindakan berpaling tadah.

Kini, nampaknya bibit-bibit berpaling tandah itu sedang berlaku; khususnya berpunca daripada komponen Bn Sabah yang bertunjangkan kaum KDM. Tindakan Pergerakan pemuda PBS,PBRS dan Upko membentuk gabungan dengan mengenepikan saluran yang sedia ada Pergerakan Pemuda BN; menampakan bahawa bibit-bibit berpaling tadah itu sedang berlaku.

Sabah yang mempunyai 60 kerusi Dewan Undangan Negeri- terbahagi kepada 34 kawasan majoriti bumiputera islam; 18 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan majoriti kaum cina. Pada PRU-13 lalu, nampaknya kawasan-kawasan bumiputera bukan islam dan kaum cina 11 kawasan dimenangi parti pembangkang, manakala satu kawasan bumiputera islam dimenangi mantan pemimpin umno Datuk Lajim Haji Ukin iaitu DUN Klias.

Isu utama penyebab kepada kekalahan calon-calon Bn bagi kawasan bumiputera bukan islam itu adalah isu-isu yang berkaitan dengan agama, berkaitan dengan borneoniasi serta isu royalti minyak. Kini isu itu bukan lagi menjadi isu pembangkang, malah diambilalih oleh komponen Bn yang bertunjangkan kaum KDM. Mungkin difikiran mereka, dengan mengambilalih isu itu, rakyat bagi kawasan-kawasan majoriti bumiputera bukan islam akan kembali kepada mereka. Bagi AYT, anggapan atau perkiraan mereka itu akan berdepan, seperti mendengar guruh di langit mencurahkan air di tempayan. Mereka melupakan asas kerjasama dalam Bn; mereka menidakan apa yang disepakti dalam gerak kerja Bn. Tindakan mereka, hanya memperluas jurang; menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain; dan pada akhirnya melemahkan Bn sendiri.

Tindakan Pergerakan pemuda Umno, MIC dan MCA menentang gabungan antara PBS-PBRS-UPKO itu memang tepat melalui semangat BN; adalah lebih baik menyuarakan ketidak setujuan daripada berpura-pura; kerana sudah terzahir, bahawa pergerakaan pemuda tiga komponen Bn itu tidak lagi setia kepada perjuangan yang telah disepakti; ertinya mereka telah melanggar perjanjian persefahaman. Lumrah, dalam sesebuah perjanjian jika ada pihak yang mempertikai/melanggarnya, maka perjanjian itu dengan sendirinya terbatal.

Malayisia adalah negara demokrasi berparlimen; ertinya kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada jumlah kerusi; apakah kerusi parlimen ataupun kerusi dewan undangan negeri. Berasaskan kepada kedudukan kerusi Sabah kini, jika ahli-ahli dan penyokong Umno bersatu, maka akan senantiasa dapat membentuk kerajaan negeri; selain dapat menyumbang kerusi kepada kerajaan pusat.

Jika digunapakai hukum imbang, sepertimana berlaku pada PRU-1990; dimana pada masa sebelum PRU itu, mengikut keadaan APU dan S46-DAP sungguh kuat di Semenanjung; namun ditakdirkan PBS menyertainya diambang pembuangan undi, maka berlaku hukum imbang; di mana pengundi Semenanjung memberi sokongan padu kepada BN di Semenanjung. Demikian juga kini, disebabkan kaum KDM walaupun masih merupakan kompnen Bn, namun bertindak sebagai pembangkang; maka akan berlaku hukum imbang; di mana jika berlaku PRU, maka kerusi-kerusi Umno di Semenanjung akan bertambah, untuk mengimbangi kerusi-kerusi yang hilang di Sabah. 

Permainan sentimen yang dimainkan oleh kaum KDM, tidak akan mencapai matalamatnya, akan tetapi akan merugikan kaum itu sendiri; sepertimana yang berlaku pada Presiden Upko sendiri, ditolak semasa pilihanraya, walaupun mengambil pendekatan seperti suara pembangkang dalam barisan nasional.

6 comments:

Anonymous said...

Selagi Najib tidak letak jawatan,selagi itulah kita umat islam dan bangsa melayu akan sentiasa dihina oleh kaum lain dibumi sendiri. Setiap hari ada saja hinaan yang dibuat dan Najib buat tak tau aje.Sebab apa?Sebab bagi Najib undi bukan Melayu amat penting bagi dia kekal kuasa dan dia sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama asalkan dapat undi bukan melayu.Dia hanya pentingkan diri sendiri dan isterinya yang gemuk itu yang sedang mengumpul kekayaan di luar jangkaan. Percayalah negara kita akan hancur begitu saja kerana Najib.

Anonymous said...

Anwar is a silly DECOY
Najib is the TROJAN

Malay-muslim will need to act or the throne of power will implodes from within.

Don't say you are not forewarned!

Anonymous said...

Anon 17.37,
Why keep on blaming on Najib.Do you Najib is so hard up with the non Malay votes,poorah..Without their votes UMNO alone won Parliment seats as much as PR parties add together during last GE 13,and with additional seats from party components BN can easily get simple majority.If Najib quits can you name his replacement and are sure things will change drasticly.I have the feeling that you are only what we call batu ronson and am not surprise you are one of the Red Beans.

Anonymous said...

Drpd nuar al jubb... lg baikk 10x najib...

Anonymous said...

Yeahhh... youre right bro....

Anonymous said...

AS ni kedukut , derma lah sebiji kapal perang untuk berlabuh kat Pelabuhan Kelang supaya Mamak Madir boleh dibela kat sana.

Blog Archive