Tuesday, May 13, 2014

Tindakan Ahmad Said: Menceriminkan Ketamakannya

Tindakan Ahmad Said bersama dua ADUN Umno yang keluar Umno menggambarkan ketamakan mereka. 

Kali ini, tiga ADUN yang diketuai Ahmad itu bukan lagi mengertak BN, malah melakukannya, kerana hanya kerana tamak dan haloba. 

Dari tahun 2008, Ahmad mengambil pendekatan politik gertak menggertak sejak namanya mulai timbul dalam arena politik negeri itu pada tahun 2008. 

Selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU12) tahun itu pihak istana Terengganu “keberatan” menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu bagi penggal kedua. 

Istana dikatakan menolak nama Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas beberapa sebab dan persepsi buruk mengenai kredibilitinya. 

Ketika “tarik tali” di antara Umno dengan istana berlaku, nama Ahmad Said timbul kerana Ketua Umno Bahagian Kemaman itu adalah ADUN yang dianggap paling kanan dalam parti ketika itu. 

Ini disokong oleh realiti semasa bahawa beliau menerima sokongan penuh dari ketua-ketua bahagian yang digugurkan sebagai calon BN oleh Idris sebelum pilihan raya 2008. 

Mereka termasuk, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu), Datuk Rahman Bakar (Marang), Datuk Nasir Ibrahim (Kuala Nerus), Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun). 

Ahmad Said sudah diberi amaran tetapi engkar 

Lantas walaupun diberi amaran oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor supaya jangan terima watikah pelantikan daripada istana kerana parti sudah memilih Idris, Ahmad Said engkar perintah. 

Beliau menerima jawatan berkenaan walaupun amaran yang diberikan termasuk kemungkinan beliau akan dipecat dari Umno. 

Ketika itu majoriti ADUN menyokong Idris. 

Akhirnya Pak Lah yang “terpukul” dengan kekalahan Umno di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor terpaksa mengalah demi mengelakkan krisis yang boleh menggoncang kedudukan Umno di Terengganu. 

Beliau tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar pada 23 Mac 2008. 

Malah, Ahmad Said ketika itu lagi sudah menggunakan taktik menggertaknya dengan memberi amaran kepada Umno bahawa jika dipecat apabila menerima pelantikan sebagai menteri besar, beliau akan memujuk seberapa banyak ahli Umno keluar parti. 

Abdullah Badawi yang “terkejut” dengan kekalahan paling besar Umno dalam sejarah politik parti pada 2008 itu tidak sanggup mengambil risiko gertakan Ahmad Said dan terpaksa menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Umno. 

Politik Umno Terengganu ibarat 'api dalam sekam' 

Namun pelantikan Ahmad Said tidak diterima oleh majoriti ADUN yang menyokong Idris dan ia menjadi ibarat “api dalam sekam” dalam politik Umno Terengganu sepanjang lima tahun berlalu. 

Natijah daripada gertakan Ahmad Said itu akhirnya terzahir dalam prestasi Umno pada pilihan raya umum tahun lalu apabila BN hanya menang 17 kerusi mengatasi PAS 14, dan PKR 1 kerusi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Sentimen dalam pimpinan Umno ketika itu ialah Ahmad Said harus digantikan sebagai Menteri Besar. 

Malangnya, Ahmad Said dikatakan menggunakan gertakan sekali lagi. Jika diturunkan, beliau menggertak, akan hanya perlu “membawa dua Adun Umno keluar” dan Umno hilang kuasa di Terengganu. 

Dalam keadaan tertekan itu dan demi mengelakkan krisis baru membakar politik Umno di Terengganu, Najib bersetuju Ahmad Said dilantik semula sebagai menteri besar. 

Bagaimanapun Najib meletakkan syarat pelantikan itu adalah untuk tempoh setahun sahaja. Ahmad Said pun mengangkat angkat sumpah buat penggal kedua pada 9 Mei 2013. 

Menyedari beliau harus meletakkan jawatan Jumaat lalu tetapi masih belum berbuat demikian, pagi semalam, 12 Mei 2014, Ahmad Said dilaporkan menemui Najib. 

Beliau dikhabarkan meminta tangguh seminggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei sebelum mengemukakan surat peletakan jawatannya. 

Najib enggan berganjak daripada persefahaman setahun lalu dan Ahmad terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar. 

Semalam juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor diutus ke Kuala Terengganu untuk memberi taklimat kepada semua ADUN BN. Mereka menerima pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman sebagai MB yang baharu. 

Namun apabila Razif mengangkat sumpah pada jam 9.20 malam tadi di Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering, Ahmad Said dan lima ADUN Umno lain dikatakan tidak hadir. 

Menjelang tengah malam tadi Ahmad Said dikhabarkan menggunakan e-mail kepada Umno memaklumkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno. 

Beliau kemudian dilaporkan membuat dakwaan ramai lagi ADUN meninggalkan Umno untuk menjadi ADUN Bebas selain dari ADUN Ajil, Ghazali Taib. 

Razif Ahmad ibarat 'janda berhias' 

Jika keadaan ini berlaku maka menjadi tanggungjawab Razif, menteri besar tidak sampai 24 jam untuk menasihati Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri. 

“Bagai orang mengantuk disorong bantal”, PAS sudahpun berbunyi mahu mendesak speaker memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Terengganu supaya undi tidak percaya terhadap Razif dilakukan. 

Jika berjaya menolak pelantikan Razif bererti sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri boleh dicalonkan menjadi Menteri Besar baru menggantikan Razif. 

Jika “pembelotan” Ahmad Said untuk memujuk empat lagi ADUN Umno keluar parti jadi realiti, maka ini akan melorongkan jalan bagi PAS mencalonkan seorang ADUNnya menjadi Menteri Besar. 

Bagaimanapun walaupun baru beberapa jam menjadi Menteri Besar, Razif masih mampu membuka pintu untuk Umno menyelesaikan pembelotan ini secara bermaruah. 

Razif boleh mempersembahkan kepada Sultan supaya membubarkan Dewan untuk mengizinkan pilihanraya negeri diadakan dan memberi peluang pada Umno “menghakimi” Adun-Adunnya yang belot.

8 comments:

Anonymous said...

Melayu UMNO ni memang bodoh. MB pilihan Tuanku Sultan pun mereka tolak.

Md. Said ni tak bagus ke jadi MB.

Gua tengok PK je.

Anonymous said...

Dah ada perjanjiang 1 tahung....pandai2lah nak langsungkan majlis kawen anak tu....
Sengaja nak mencari publisiti dan sengaja menagih simpati...
Aku kira standard pemimpin mcm nie sama dgn standard peliwat tua tu...
GILA NAK BERKUASA!!!!

Anonymous said...

Sepatutnya orang macam ini dah lama kena buang. Cuma PAS & PKR yang sangup terima. Pemimpin yang kena pimpin. Apa dah jadi....

nordin said...

apapun anda punya ulasan & alasan, tragedi hari ini berlaku kerana kebodohan dan kesombongan najib.

kalau najib sanggup kurangkan sikit sikap sombongnya dan tambah sikit sikap hormat pada org bawahan dia (samada org bawahannya bermasalah atau tidak), tentu dpt meyelamatkan dia, terengganu dan malaysia drp masalah besar seperti ini.

inilah nilai yg perlu ada pada pemimpin besar, lebih2 lagi pada masa ini dimana sentimen menunjukkan yang najib cukup lemah dan apologetik pada bangsa lain tetapi sgt keras pd org yg mendokong dan menyokongnya.

kita tolak ketepi isu kenapa MB perlu ditukarkan. kalau prestasi sbg indikatornya, tentu dia (sbg pengerusi pilihanraya selangor, dan seluruh ADUN selangor perlu turun.

apapun, saya tak marahkan najib kerana BODOH. manusia itu penuh dengan sifat kekurangan. BODOH sebahagian drpnya. kita harus redha.

Anonymous said...

Jangan nak HINA sebarangan pemimpin ISLAM/Melayu yg. berjiwa rakyat spt. YB DS Ahmad Said ini, APT!

Nampaknya makin ramai si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK dlm. UMNO, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI! Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

Memang BALAnya buat umat ISLAM/Melayu kalau Terengganu jatuh kat PRJAHANAM – ini bukan psl PAS sebab PAS adalah KULI si KAPIRDAJALDAPBANGKAI/PKRSODOM; sampai takut nak laksana Huum Hudud ALLAH SWT!

Sedih betul –YB DS Ahmad Said dianiaya sebegini; bahkan majlis perkahwinan anaknya yg. begitu penting (pd. setiap ibubapa- apalagi pemimpin ISLAM/Melayu/UMNO yg. BERJASA begini), dicemarkan dan dianggap begitu remeh!
Dahlah tu dilapurkan di Utusan:

….ADUN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang turut menyatakan berdiri teguh sebagai ahli UMNO dan tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat itu yang sudah menjadi asas perjuangannya dari dulu, kini dan selamanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu menyatakan rasa sedih dan kesal
dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di negeri ini sekarang.

``Saya amat kesal kerana kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti dalam hal pertukaran Menteri Besar,'' ujarnya.

(di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_24/3-ADUN-BN-nyatakan-pendirian , 3 ADUN BN nyatakan pendirian)

Aku harap hal ini TIDAK berkaitan dgn. cadangan YB DS Ahmad Said nak melaksanakan Hukum Hudud kat Terengganu kalau Kelantan mengamalkan Hukum Hudud, dan juga kerana DS Ahmad Said, nak mengamalkan pelancongan berdasarkan ISLAM di Tasik Kenyir - di mana satu dr. air terjunnya hanya utk. kaum wanita!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah dalam politik. Tak perlu kita tangisi, Mat Said sendiri gagal mendapat kerpercayaan rakyat. Beliau jadi MB mungkin sedikit nasib menyembelahi beliau. Adakan beliau jujur, orang jujur tak tamak. Jangan masuk politik dan bercita-cita tinggi kalau takut peralihan kuasa. Menjadi mantan dalam kerajaan adalah lebih baik dari kegagalan dalam pilihanraya.....Atas Pagar.

Anonymous said...

Oi anon 21.48. jgn lu nak fitnah YB DS Ahamad Said sebarangan! Lu mewakili SEMUA rakyat Terengganu aaah? PI BERAMBOS!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Kejadian yg mempunyai hikmah yg sgt besar...Kini terserlah ahli2 dn pemimpin yg bermuka muka . Masuk Politik sbb nkkn jawatan.Umno tk heran kalu seme skali nk kluar parti .Tk sedar prestasi buruk ..masih giler nk berkuasa

Blog Archive