Monday, May 05, 2014

Sekiranya MP Umno Sokong Usul Hudud Di Parlimen

Umno hanya ada 88 kerusi. Pas ada 21 kerusi. Dua parti itu kalau digabungkan hanya berjumlah 109; tidak cukup untuk meluluskan usul persendirian Pas berkaitan perlksanaan Hudud di Kelantan. Ertinya sokongan daripada parti-parti lain atau MP beragama islam diperlukan.

Mengikut parti yang ada MP beragama islam, PBB daripada Sarawak sudah membuat pendirian tidak akan menyokong usul itu, yang dijangka dibentengkan di Parlimen pada jun ini.

Parti DAP, yang ada dua orang MP beragama Islam, sudah pasti tidak menyokong, demikian juga PKR, walaupun ramai MP beragama Islam, tidak akan menyokong usul itu, atas sebab, MP PKR yang beragama islam, bukanlah mewakili kawasan bermajoriti islam, melainkan kawasan beragama bukan islam, contoh Parlimen Pandan yang diwakili Rafizi Ramli. Entah apakah Anwar Ibrahim yang mewakili kawasan majoriti islam Permatang Pauh akan menyokong usul itu?

Umno sejak akhir-akhir ini kelihatan postif terhadap Hudud, kerana parti itu tahu betul, bahawa komposi dalam parlimen seperti mana ilustrasi di atas akan berlaku.

Pas akan dilihat gagal kerana tidak mampu mempengaruhi sekutunya dalam Pakatan Rakyat menyokong usul itu. Pakatan Rakyat yang mempunyai 89 kerusi Parlimen kalau sebulat suara dengan sokongan Umno, maka dengan mudah meluluskan usul itu; namun melihat bangkangan daripada sekutu Pas itu, nampaknya, sekali lagi Pas memeperlihatkan kegagalannya.

Pas tidak lagi boleh mempertikai niat Umno dalam soal Hudud, atas sebab Umno sejak sekian lama tahu, bahawa jika sebahagian rakyat tidak menyokong undang-undang itu, maka terlalu sukar melaksanakannya. Benarlah kata Perdana Menteri; Umno tidak menolak pelaksaan hudud, tetapi kekangan dihadapi memandangkan negara ini didiami oleh berbagai etnik, agama dan budaya yang berbagai.

No comments:

Blog Archive