Monday, May 26, 2014

PRK Teluk Intan: Kalau DAP Menang Lagi- Apa Ertinya?

Kalau DAP menang lagi, itu bermakna, Parti-parti komponen BN tidak mampu lagi menarik sokongan kaum cina. 

Parlimen Teluk Intan, dianggap sebagai kawasan campuran, atas sebab pengundi cina berjumlah 42 Peratus, melayu 38 peratus dan india 19 peratus. 

Dua pilihanraya umum lalu (2008 dan 2013) kawasan itu dimenangi DAP, atas sebab pengundi cina sebulat suara mengundi parti pembangkang itu. 

Jika pada PRK kali ini, di mana hari membuang undi pada 31 Mei, trend pengundian seperti pada PRU-13 mei lalu; ertinya, sahlah kaum cina belum lagi bersedia kembali kepada Bn yang pernah kaum itu sokong sehingga PRU 2004.

Sebenarnya PRK Teluk Intan, tidak membawa apa-apa perubahan pada status quo antara BN dan pakatan antara DAP-PKR-PAS, sebab, kerusi Teluk Intan adalah kerusi DAP. Jika sekalipun DAP mempertahankan kerusi itu, tidak akan mempengaruhi kerajaan Persekutuan, demikian juga jika BN menang, tidak akan menyebabkan BN mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Melihat keadaan ini, jika DAP menang bererti, kaum cina tetap mahu kaum itu menjadi suara pembangkang di dewan rakyat; jika BN menang, ertinya kaum cina mahu melibatkan diri dalam pembangunan negara melalui kerajaan yang diterajui BN.

8 comments:

Anonymous said...

SAMA-SAMA TUNGGU DAN SAMA-SAMA LIHAT. JANGAN TERLALU OVER COMMENT. KORANG TAK TENGOK KE "LIM KIT SIANG" MALAM BERADA DISITSI DYANA (DIA TAK IKUT DYANA KE TANDAS/BILIK TIDUR/DAN BERSOLAT JE! SELAIN DARI ITU LIM KIT SIANG MEMBONTOTI DYANA KE MANA JUA DIA PERGI: KE PASAR SAYOR/PASAR BABI/GERAI MAKAN JUAL MAKAN HALAL KE HARAM KE. TAK NAMPAK LAK LIM DAN DYANA MASUK MESJID/TOK KONG CHINA/HINDU/SIKH. HADI AWANG DAN KONCO2 PKR BERI SOKONGAN MORAL JUGAK. WALAU DAP DAN CALON DAP MENENTANG HUDUD, HJ HADI SECARA DIAM2 SOKONG DAP TAU. UNDI PUNYA PASAL...GADAI ALLAH GADAI AGAMA... PENYOKONG PAS BERTAKBIR...FAHAM-FAHAMLAH. DILUAR BUNYINYA ALLAH HUAKBAR ALLAH YANG MAHA BESAR). DI DALAM HATI POLITIK MEREKA "UNDI MAHA-MAHA BESAR"

Anonymous said...

Pas parti "KELURGA 69" dah. Tonggang terbalik dah.PAS tentang DAP kerana tentang HUDUD,tapi tidur satu selimut dengan DAP dan begitulah sebaliknya. Kat orang kampung PAS kata nak laksana Hudud bila depan kaum cina..MANA ALA HUDUT MA? K "pd orang Islam, HUDUD dan Negara Islam dan hudud matlamat kami (PAS) kpd kaum lain PAS For All,Negara Berkebajikan dan macam-macam lagi lah. Kalau ikut ajaran para ustaz (yang rata menyokong/peminat PAS) DIA KATA ORANG MACAM INI BERSIFAT MUNAFIK dan akan kekal di kerak NERAKA JAHANNAM.....wllahuallam.

Anonymous said...

daripda anjurkan "Malam Malaysia/Negeri/Daerah/Mukim/Kampung Berselawat, lebih baik anjurkan "MALAM KITA BERTAUBAT" di peringkat-peringkat tersebut. Kerana dikhuatiri Allah dan Rasulullah saw tidak terima selawat kita kerana "kita lebih patut bertaubat" terlebih dahulu..."

Anonymous said...

Emmm...MCA sokong HUDUD x???

Anonymous said...

Amat hairan macam mana BN boleh mempunyai harapan untuk menang dalam PRK TI ni. Dah terang lagi tersuluh yang puak cina semua akan undi DAP. Korang ni betul-betul dungu atau syok-syok sendiri. Ending cerita akan sama macam PRK Kajang lah.

Mr. ah Lam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Anon 27 May 2014 00:30, memang MCA tak sokong hudud tapi kalau undi diparlimen PAS + UMNO besar kemungkinan boleh lulus, lain la kalau PAS mengharap undi dari DAP dan PKR untuk sokong hudud.

Anonymous said...

Korang jgn tak tahu....prk TI ni bahan ujikaji Dap. Kalau letak calun melayu pun orang cina masih pangkah, maknanya pru14 nanti.....senanglah Dap buat percaturan dia.

Blog Archive