Saturday, May 24, 2014

PRK Teluk Intan: Benarkah Melayu Sokong Dyana?

Melihat gelagat pemimpin PAS, parti PAS, pemimpin melayu PKR; nampaknya 1/3 melayu sokong Dyana. Dyana adalah calon DAP bagi PRK Teluk Intan. Sebelum menjadi calon, dia adalah setiausaha politik kepada LIM KIT SIANG, pemimpin utama DAP, dan kini wakil rakyat Gelang Patah, Johor selepas PRU-13.

Nama Dyana melangit pada Kit Siang, atas sebab tindakan pertamanya selepas diterima dalam DAP Desember 2011, dia membuat kenyataan, bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) perlu mengubah sistem yang ada pada universiti itu, daripada melayu/bumiputera sentrik, kepada universiti berbilang kaum.

Alasan Dyana, semua rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, termasuklah memasuki UiTM. Tindakan Dyana itu, menarik krtitikan berbagai pihak daripada melayu penyokong Bn dan Umno, namun mendapat tepukan gemuruh daripada parti lawan. 

Kini, dalam PRK Teluk Intan, Dyana dengan jelas dan lantang menentang HUDUD perjuangan PAS, namun PAS menelan suara itu, atas sebab DAP kawan baik PAS, setidak-tidaknya itulah jawapan yang diberikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu ( Mohammad Sabu).

Parlimen Teluk Intan sebenarnya kawasan campuran, atas sebab pengundi cina 42%, melayu 38% dan india 19%. Melihat kepada data ini, jika peratusan antara kaum berimbang dalam trend pengundian, keadaan akan berada pada 50-50. Namun, bagi kes kawasan ini, sejak PRK 2008, pengundi cina 90 peratus berpihak kepada DAP, manakala melayu 80 peratus kepada BN, manakala india 60 kepada DAP dan 40 kepada BN, atas sebab itu, kawasan itu dimenangi DAP. 

Jika pada PRK ini, yang berlabuh pada 31 mei, berlaku perubahan trend pengundian terutama pada pengundi cina, ada kemungkinan berlaku bahawa kawasan ini akan kembali kepada BN. Namun melihat cara berkempen di PRK Teluk Intan, perhatian jurukempen, terutama BN tertumpu sangat kepada pengundi melayu, sedangkan mereka tahu, bahawa pengundi melayu sahaja tidak akan mampu memenangkan BN. 

Kempener BN termasuk pemimpin BN mengambil isu Dyana, untuk berkempen, sedangkan mereka tahu, bahawa kemenangan Dyana nanti bukan disumbangkan oleh pengundi melayu melainkan pengundi cina.

Kalau calon BN tidak mampu mendapat undi cina sebanyak 8,000 lupakan hasrat memenangi PRK ini, walaupun melayu 90 peratus mengundi calon BN Dato Mah Siew Keong-Presiden Gerakan. Berasaskan kepada perkiraan ini, jika Dyana menang pada PRK itu, bukan atas sebab sokongan melayu, akan tetapi sokongan cina. Atas sebab itu, dia tidak boleh menganggap bahawa kemenangannya merupakan petanda bahawa melayu menyokongnya, dan sekaligus membuat kesimpulan bahawa melayu menyokong keinginannya menghapuskan status UiTM apatah lagi pendiriannya terhadap Hudud.

Bagi BN, untuk menang pada PRK Teluk Intan, perlu attack kaum cina, jika gagal, maka kempen BN tidak akan berbaloi.

Bagi AYT, pada PRK Teluk Intan, hanya proses mengsahkan, bahawa cina terus menolak Bn; atas sebab itu, kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa kawasan parlimen majoriti melayu perlu menunjukkan pada bila-bila masa, perlu dimenangi calon Umno, bukan calon PAS atau PKR, kerana hanya cara itu sahaja boleh menyelamatkan status melayu, termasuk status UiTM.

2 comments:

Anonymous said...

Dgn keadaan calun DAP, Dyana yg nampaknya tidak boleh menang dlm PRK di Teluk Intan sebab orang Melayu Teluk Intan tidak akan menyokong DAP yg menolak Hudud. Orang Cina Teluk Intan yg lebih bijak dpd orang Cina di Penang akan menyokong Mah kerana beliau adalah orang tempatan dan sangat faham akan keperluan Teluk Intan. Lagi pun Mah akan diberi jawatan Menteri yg sudah tentu akan dapat menolong kaum Cina di Teluk Intan. Lihat saja apa Lim Kit Siang boleh buat utk orang Cina di Gelang Patah? Mematahkan gelang bolehlah. Kawasan terbiar.
Cuma orang India di Teluk Intan yg perlukan perhatian DAP utk mendapatkan sokongan mereka dlm PRK ini. Spt yg kita semua maklum, DAP adalah sangat terkenal sebagai sebuah parti yg suka “melempar batu dan menyorok tangan”. Oleh itu RSN Rayer, seorang ADUN India dari DAP telah ditugaskan utk “mencelaka” UMNO supaya orang Melayu akan bertindak spt yg dijangkakan oleh DAP. DAP mahu menaikkan kemarahan orang India yg akan terasa marah apabila Rayer dikutuk oleh UMNO. Dgn itu, orang India akan diharapkan utk mengundi DAP. Tetapi orang India di Teluk Intan tidaklah bodoh spt yg disangkakan oleh DAP. Macam mana orang India boleh lupa kes Kg Buah Pala? Macam mana orang India boleh lupa apabila rata2 ahli DAP yg terdiri dari kaum India telah dinafikan hak utk mengundi di Pemilihan Parti DAP? Orang Melayu mungkin mudah lupa! Tetapi orang India tidak mudah lupa.
Kerana DAP dah banyak kali mengulangi trick ini, maka rakyat yg bijak sudah Nampak muslihat DAP. Nampaknya niat jahat DAP tidak akan menjadi kali ini. Sorrylah Guan Eng.

kah kah kah said...

DAPigs akan malu besar di dua PRK itu nanti.. kita tengok je.. kah kah kah kiok!

Blog Archive