Latest News

MH370: Tidak Boleh Hilang Begitu Sahaja: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

4 Responses to "MH370: Tidak Boleh Hilang Begitu Sahaja: Tun Dr Mahathir"

Anonymous said...

Kena tanya Najib jugak macam mana dia boleh sah yakin berakhir di Lautan Hindi setelah berbillion kos operasi satu habuk pun tak tkjumpa.. dan Najib buat acuh tak acuh seolah2 mahu cepat2 lupakan kes ini.. why??

Lautan lain kenapa tak mau cari? Obama dtg hartu tk sembang2 ke kt mana CIA letak sembunyi??

Anonymous said...

Anonymous 18 May 2014 20:20
Org kata tanya la kat CIA atau Boieng bukan pada najib..Lu bengap la..Pembuat pesawat MH370 siapa? Ko cakap serupa ko tahu segala-galanya... padahal dapat dari SMS, Whatsapp, LINE, blogger2 la.. mcm sial betoi ko ni... tak paham BAHASA MELAYU APA..???

Anonymous said...

"tolong jgn percayakan khbar angin "Kata kerismuddin.boleh di katakanlah menteri2 lain pun ckp mcm tu juga!! Baiklah,kalau kami rakyat biasa takleh dgr berita lain,tak kanlah kami nak dgr bulat bulat berita yg hari hari kami dgr Dari kerismuddin yg beritanya masih samar Samar?kesimpulanya senang saja,MH370 sememangnya di sorok atau sememangnya telah terhempas di lautan china selatan.Buat PM dan kerismuddin,mungkin anda cuba mengelak dari di tanya oleh rakyat.namun anda harus ingat waris mangsa yg tidak gelap mata tentang wang pampasan akan ingat kejadian ini sampai bila bila.

Anonymous said...

Pempin tahu cerita sebenar....

Blog Archive