Latest News

MH370: Polis Tumpu Siasatan Pada Kru

Siasatan pihak polis kini tertumpu pada kru pesawat malang MH370. Penumpang yang seramai 227 tiada clue yang boleh menunjukkan kepada kehilangan pesawat itu.

Siasatan masih berkisar kepada teori sabotej, rampasan, masalah psikologi serta masalah pribadi untuk mencari punca sebenar kehilangan MH370.

Sehingga kini, pihak polis percaya seseorang yang mempunyai kepakaran mengendalikan pesawat dengan sengaja mengalihkan laluan pesawat malang itu.

MH370 yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing dengan 239 penumpang hilang pada radar awam jam 1.30 pagi. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, tetapi kini diisthirkan berakhir di Lautan Hindi.

Telah masuk hari ke-24, belum ada sebarang tanda di mana pesawat malang itu.

Dalam pekembangan lain, lokasi pencarian kini di pindah berdekatan dengan Perth (Peta di atas).

0 Response to "MH370: Polis Tumpu Siasatan Pada Kru"

Blog Archive