Tuesday, April 01, 2014

Mencari MH370 Mencabar Rtd Air Marshal Angus Houston

Cabaran pertama: Tidak diketahui ketinggian dan kelajuan pesawat MH370 selepas hilang daripada radar.

Cabaran Kedua: Tidak jelas lokasi pada Lautan yang luas, pesawat itu terhempas.

Cabaran Ketiga: Apa sebenarnya berlaku selepas pesawat itu hilang daripada radar.

Tiga cabaran itu menyebabkan operasi mencari pesawat malang itu mencabar, dan mungkin memerlukan masa yang panjang.

Black Box yang merupakan jatung mengetahui mengapa pesawat itu hilang misteri, hanya berbaki 7 hari hari lagi, kemampuannya menghantar signal, kerana bateri yang ada pada alat itu boleh bertahan 30 hari; walaupun teori mengatakan boleh bertahan sehingga 45 hari.

Petunjuk menggunakan alat pengesan Black Box hanya boleh digunakan apabila serpihan dijumpai, jika tiada serpihan maka amat sukar menggunakan alat itu atas sebab alat itu perlu ditarik dengan kelajuan 3MPH, sedangkan liputan operasi lebih 300 ribu km persegi.

Berasaskan kepada keadaan semasa, di mana selama 23 hari operasi mencari, dengan peralatan canggih, belum ada sebarang tanda, berkaitan pesawat malang itu.

Tidak sama dengan operasi mencari Air France 447 pada tahun 2009 yang terhempas di Lautan Atlantik, di mana dalam seminggu dijumpai serpihan, atas sebab laluannya jelas, malah ada komunikasi dengan pesawat. itupun memerlukan 2 tahun menjumpai kotak hitam.

Kehilangan pesawat MH370 merupakan rekod kehilangan pesawat terbang, malah ianya menjadi rekod abad ini.

No comments:

Blog Archive