Monday, April 28, 2014

Lawatan Obama Lonjakkan Nama KJ

Terkesan bagaimana bangganya KJ (Khairy Jamaluddin) apabila dipilih oleh Perdana Menteri sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika Barack Hussien Obama ke negara ini bermula pada Sabtu dan berakhir pada Isnin.

Semasa menyambut ketibaan Presiden Amerika itu di Lapangan TUDM Subang pada kira-kira 5.30 petang Sabtu, apabila bersalaman- KJ mengucapkan "Selamat Datang Tuan Presiden" disambut Obama dengan ucapan dalam bahasa melayu "Terima Kasih" seperti mana tweet KJ selepas itu.

Memang kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja mengembirakan Perdana Menteri, Najib Razak kerana mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya.

Terlihat selama tiga hari Obama di negara ini, wajah Najib nampak berseri-seri, bukan sahaja kerana kunjungan itu merupakan kunjungan bersejarah atas sebab  hanya selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini.

Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini.

Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika.

Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama. Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda UMNO itu.

Timbul cakap-cakap mengapa KJ yang dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama? Kenapa tidak dipilih menteri yang lebih senior seperti Ahmad Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Hishammuddin atau lain-lainnya, sesuai dengan kedudukan Obama sebagai pemimpin sebuah negara paling berkuasa?

Adakah pemilihan ini menunjukkan usaha menonjolkan KJ ke peringkat yang lebih tinggi? Jika kebolehan menguasai bahasa Inggeris sebagai alasan, Hishammuddin dan Nazri Aziz juga mempunyai penguasaan yang lebih kurang sama dengan KJ.

Sementara ada yang mempersoal kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama berikutan sebelum ini beliau pernah mengetuai demonstasi menentang kehadiran Condoleeza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika pada tahun 2006 dulu tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring tentulah melonjakkan namanya untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.

Ini kerana gambar dan wajahnya mengiringi Obama ini bakal tersebar dan ditonton oleh ramai orang di seluruh dunia dan juga di dalam negara. Dalam masa yang sama, Obama dan pemimpin-pemimpin Amerika juga secara langsung akan lebih mengenali KJ.

KJ pula pastilah tidak dapat mengelak daripada berasa bangga atas pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika itu kerana ia secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan besar daripada Najib dan kerajaan terhadapnya.

Adakah ini tanda-tanda awal masa depan politiknya lebih cerah selepas ini?

9 comments:

Anonymous said...

Aku heran kenapa KJ ngok ni jd pengiring Obama? bukan boleh harap tu makhluk KJ ni.. spesis Nuar jugak..

Najib suka letak kepercayaan manusia2 yg membawa kulit SESUMPAH dlm politiknya..

Anonymous said...

Kj cam anwar.suka glamor dan gemar melonjakkan diri.

lps ni kj makin biadap la sbb obama dah kenal dia.

hati2lah umno dengan anwar ke 2 ni.ciri3 anwar dah menyerlah.bongkak!

Anonymous said...

yang pasti Obama lebih cerah dari KJ.........Anwar in the making

Anonymous said...

Tu tandanya Dato Najib bersikap terbuka..menilai org menggunakan akal ..bkn emosi...Mcm Tun Mahathir ..Tk dpat dinafikan KJ adalah antara menteri sikit cerdik kalu nk bandingkn ngn yg lain2 tu

Anonymous said...

Xde Menteri lain yg layak ke nk iring Obama? Anifah Aman kan Menteri Luar.. atau bg je H2O.. better than thi sesumpah KJ.. keje nk popular jer.. zaman bapak mertua dia dulu dh jahanam separuh negara..

Anonymous said...

terbuka apa kalau bg sesumpah naik..
ko kata KJ cerdik? yaaa cerdik utk MELINGKUP org lain dan menaikkan dirinya...
nk hasilkan Anwar ke-2 lepas Anwar genuine masuk Sungai Buloh Inn?

KJ tu mana ada adab dlm memperjuangkan parti.. keje nk popular dan kurang ajar dgn org lain. Elok sgtlah Raja Bomoh tu kasi penampar pada KJ..dlu akau marah pd Mat Zain tu..skrg ni aku support kalau dia penampar si kitol ni!!

Anonymous said...

Ini la sikap org2 Melayu..ada org muda yg bijak skit smua nak dicantas..dh lupa ke kisah Hang Nadim..

Anonymous said...

Bagilah KJ peluang, Insha Allah masa akan datang beliau pun akan berubah seperti mana DS Najib, Zahid Hamidi dan Hishamudin sekarang ini, lebih matang, berwibawa dan berintegriti.Kita doakan KJ supaya masa akan datang beliau nampak lebih Islamik juga.Yang penting, UMNO mesti beri ruang yang luas dan yakin untuk generasi akan datang untuk memimpin.Khususnya Pemuda UMNO mesti menyerlah, bekerja keras, bijak dan bersemangat untuk maju dan menjadi hebat.

Anonymous said...

KJ SEBAGAI MENTERI PENGIRING??? OK APA.

Blog Archive