Friday, March 07, 2014

Sodomi II: Anwar Dijatuhi 5 Tahun Penjara

Kira-kira jam 6.46 petang, Hakim Balia Yusof Wahi bersama 2 Hakim lain menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Anwar Ibrahim, kerana Ketua Pembangkang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 26 Jun 2008 di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam penghakiman itu, tiga Hakim Mahkamah rayuan sebulat suara mendapati bahawa pembebasan Anwar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, ternyata khilaf dalam menilai fakta-fakta kes.

Anwar yang dihukum hari ini, bagaimanapun tidak terus masuk penjara, kerana Mahkamah rayuan membenarkan beliau merayu ke mahkamah persekutuan. Atas sebab itu, mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 dan perlu membayar ikat jamin itu pada Isnin.

No comments:

Blog Archive