Monday, March 17, 2014

MH370: Tujuh Hari Clueless- Guna Data Satellite Untuk Pertama Kali

Tujuh hari clueless, akhirnya pasukan mencari dan penyelamat terpaksa menggunakan data satellite untuk pertama kali bagi operasi mencari dan penyelamat. Data satellite banyak kelemahan, selain not in a real time, juga inexact.

Clue yang digunakan pasukan penyiasat dan pasukan SAR MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu, seseorang yang mempunyai kepakaran mengendali pesawat seumpama B777 berada di kokpit, adalah penyebab utama pesawat MH370, hilang misteri.

Data satellite menunjukan maklumat daripada kokpit pesawat selang sejam, selagi enjin pesawat masih beroperasi, namun data itu tidak menunjukkan lokasi, ketinggian atau kelajuan dan arah pesawat.Atas sebab itu, data satellite belum pernah digunakan bagi maksud SAR. Oleh kerana, selama seminggu, team SAR, clueless, maka data satellite, adalah satu-satunya cara untuk menghidupkan peluang mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang berserta krew yang berlepas daripada Kuala Lumpur laluan Bejing yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu, dan sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai-sampai.

No comments:

Blog Archive