Latest News

MH370: Sah Dirampas

Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

1 Response to "MH370: Sah Dirampas"

Anonymous said...

Lambat sgt bertindak. Cuba tgk stimulator kapten zaharie tu kat mana dia nak terbang mesti laluan baru. Tu pasal dia kena berlatih d rumah. Hobi konon tak jemu ke dah kerja bertahun tahun bawa kapal terbang lepas tu bermain stimulator kat rumah. Ada yg tali barut yg berkerjasama dgn cia/ mossa. Mungkin parti pembangkang tahu hal ini kali ni mereka hati2 tak buka mulut macammana lagu sabah hilang kali ini kapal terbang hilang. Yang di takuti penumpang jadi mangsa bila kapal terbang saja terhempas utk hilang saksi. Ya allah lindungilah mereka tak berdosa kau azablah musuh negara dari dalam dan luar....amin

Blog Archive