Latest News

MH370: Mengapa Temuan Awal TUDM Dinafikan?

Kini terjawab bahawa temuan awal TUDM sepertimana dinyatakan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud bahawa pesawat B777-200ER MH370 dikesan berpatah balik selepas hilang daripada radar Kawalan Menara Trafik Udara Subang pada pukul 1.30 pagi kurang sejam selepas  lepas landas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014, laluan Kuala Lumpur Beijing, China.

Mengapa temuan itu dinafikan? sehingga Jeneral itu pada 11 Mac terpaksa berdiplomasi, dengan berkata bahawa radar TUDM memang ada megesan pergerakan pesawat berpatah balik, hampir sama ketika pesawat malang MH370 tiba-tiba hilang, tetapi terpaksa menukar tune dengan ayat "tidak pasti" apakah pesawat itu MH370. Jeneral itu juga mengulas, mengapa TUDM tidak memintas, atas sebab pesawat itu adalah pesawat komersial.

Selepas seminggu, barulah temuan TUDM itu digunapakai, bagi menjawab kehilangan pesawat B777-200ER MH370 yang masih hilang secara misteri.

Selepas seminggu, baru kini diyakini, selepas pesawat hilang daripada radar Trafik Subang dan radar TUDM, bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew telah meneruskan sekurang-kurangnya 5 jam penerbangan. Penerbangan selama itu, boleh meliputi 2,200 batu nautika, dan destinasi kemungkinan pesawat itu boleh sampai termasuk North west Australia, Diego Garcia (lautan Hindi), Mongolia, kawasan berhampiran atau bahagian Timur Pakistan.

Pesawat malang itu melalui laluan yang biasa dilalui untuk sektor Asia barat dan Europa. Hanya penerbang yang biasa dengan penerbangan antarabangsa sahaja megetahui laluan itu. 
 
Selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat di kawasan laluan asal pesawat itu Laut China Selatan dan kemudian dikembangkan di pantai Barat Semenanjung Selat Melaka, kerana teori awal, bahawa pesawat mengalami kemalangan, atas sebab kehilangan pesawat malang sesuatu yang amat misteri, kerana tiada-tiada tanda-tanda yang boleh digunapakai sebagai punca pesawat malang itu secara tiba-tiba hilang. Tiada panggilan kecemasan daripada juruterbang, tiada panggilan mayday, tiada data yang dihantar oleh sistem komunikasi pesawat, bahawa pesawat dalam kecemasan. Teori yang ada pada pasukan SAR bahawa pesawat mengalami kemalangan, untuk itu digunakan lebih 100 asset termasuk kapal laut, pesawat, radar dan kapal selam untuk mengesan pesawat malang itu. Namun selepas 7 hari, barulah digunapakai temuan awal TUDM bahawa pesawat berpatah balik.

Satu-satunya clue yang menyatakan pesawat itu tidak mengalami kemalangan apabila data satellite menunjukkan bahawa pesawat meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 5 jam selepas hilang daripada radar jam 1.30 pagi Sabtu.

Data yang diterima satellite juga menunjukan, bahawa alat komunikasi pesawat sebaik sahaja pesawat mengudara menuju Timur Semenanjung diputuskan dengan sengaja. Transponder pesawat yang diputuskan memerlukan beberapa minit untuk terputus secara mutlak. Data satellite menunjukkan bahawa transponder pertama terputus pada pukul 1.07 pagi dan ke dua pada pukul 1.21 pagi sebaik sahaja pilot mengucapkan selamat malam kepada Menara Trafik Subang dengan bersahaja dengan kata-kata "All Right, Good Night".

Pasukan SAR dan penyiasat dan pakar penerbangan gagal menginterpresi gaya juruterbang semasa mengucapkan selamat berpisah dengan Menara Trafik Subang yang bersahaja, kemudian pesawat hilang, merupakan satu sandiwara daripada juruterbang itu sendiri, bahawa dia mneyembunyikan tindakannya bahawa beliau ingin mengawal pesawat sehingga pesawat hilang misteri hingga kini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pesawat malang itu, suspek yang paling dekat adalah pilot itu sendiri, atas sebab tiada sesiapa yang boleh memasuki kokpit pesawat, apatah lagi pesawat  masih sedang naik semasa hilang secara tiba-tiba daripada radar.
 
kesilapan tetap satu kesilapan. Atas sebab tiada siapa yang tahu apa yang berlaku terhadap pesawat yang tiba tiba hilang, kerana pada kebiasaannya, apabila pesawat hilang secara tiba-tiba  pesawat itu mengalami kemalangan. Kalau dirampas diudara, biasanya pilot mampu menghantar mayday; namun apa yang berlaku pada MH370, semua kebiasaan itu tidak berlaku. Atas sebab itu, kehilangan pesawat MH370 adalah satu misteri paling besar dalam dunia penerbangan abad ini.

Kini, suspek utama penyebab kehilangan misteri MH370 adalah juruterbangnya sendiri. Atas sebab itu, sehingga kini, tiada apa-apa permintaan, tetapi apa yang belum pasti, apa kah pilot itu berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat, atau pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasi sesuai dengan hasrat beliau, sama seperti pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasi asal Beijing, yang sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi 8 Mac, namun sehingga kini tidak pernah sampai.

8 Responses to "MH370: Mengapa Temuan Awal TUDM Dinafikan?"

Anonymous said...

Mana mungkin ... expert consultants yg dtg dari negara hebat oversea ... menerima ulasan ringkas dari Jeneral dari Malaysia.

Lepas 8 hari ... nak tak nak ... dan disahkan oleh setelit mereka sendiri ... mereka jadikan PM kita pula sebagai kambing hitam. Nasib baik tak de QA lepas PC ... kalau tak memang masak PM dibuatnya.

Anonymous said...

Kalau ketua penyelaras operasi tak mau mendengar cakap pandangan pakar dalam bidang agensi nya mungkin atas sebab political milleage macam ini jadinya. Membuang masa dan duit berjuta-juta ringgit buat kerja yg tak pasti. Seorang penyelaras operasi kena work smart ikut pandangan pakar cari beberapa possibility and logical reason, dan kena ada team work. Tu pasal kejadian lahad satu dah mati polis baru nak ambil tindakan. Orang kata pengganas , dia kata bukan last2 kena serang, dah mati baru nak bertindak. Nasiblah, dato hamadi ambil alih KDN kalau tak berapa lama nak settle. Sekarang pulak pegang kementerian pertahanan kalau semua nak over rule tak dengar pandangan pakar ni tu yg mengambil masa lama. Yang kena pun kutuk pun dato najib

Anonymous said...

jangan lupa Insiden Lahad Datu... plot cerita mcm lebih kurang je... sila siasat dalang kejadian...dan jangan sembunyikan jika dalan ditemui...

rantai said...

seorang president/pm tak boleh buat semua .... mana penasihat-penasihat yang sepatutnya profesional yg dikatakan dibayar gaji berpuluh ribu sebulan ...??? apa apco buat sehingga dibayar berpuluh juta rm..??? mana konsaltan-konsaltan yg dibayar berjuta-juta rm ...???

Anonymous said...

Sekiranya plot yg sama mcm lahad datu....namun hingga ke hari ini....'pengarah'@lebih tepat lagi dalang yg bersekongkol masih tak ditangkap dan dimaklumkan pada rakyat...walhal kes bukan kecik2 anak...hingga meragut ramai nyawa anggota keselamatan....takot teori yg sama berulang pada mh370....last last...yg bersalah mintak maaf...kes selesai....itulah 'kehebatan' kjaan kita...

Anonymous said...

Sokong dgn anon 00:06.."pengarah" bg filem Lahad dato smpai skg masih bebas sebebasnya...nyawa anggota yg terkorban menjadi mempertahan kan kedaulatan negara hanya menjadi sia2..sampai bile kerajaan nie nk tggu..semua nya lembabbbb...(maaf terlari tajuk pulak)..

Anonymous said...

Tuan Admin,

Mitak maaf ye saya mencelah di sini. Bila saya baca komen2 di atas, semuanya dibuat berdasarkan persepsi mereka atas apa yang tuan tulis.

Mungkin Tuan tidak berkesempatan untuk mengikuti penerangan yang diberikan oleh pakar-pakar penerbangan di TV.

Saya suri rumah, jadi saya sempat tonton semua temuramah di RTM dan Media Prima (kami takde ASTRO ).

Kerana saya ada asas pendidikan sains, jadi saya dapat faham penerangan yang diberi.

Sebenarnya, bukannya 'temuan tentera' kita dinafikan. Bukannya penyelaras operasi (DCA ya, bukan Hishamuddin) taknak terima 'temuan tentera' TETAPI radar tentera adalah PRIMARY RADAR dan ia hanya mengesan plot di skrin radar. Plot itu adalah hasil dari pantulan sinar yang dipancarkan oleh radar ke angkasa yang mengenai badan apa-apa yang bergerak di angkasa pada minima ketinggian tertentu (badan daripada besi laa, kalau benda hidup seperti burung takda laa pantulan).

Plot ini hanya menunjukkan kedudukan. Ia tidak menunjukkan identity pesawat.

Ia berbeza dengan data pada Secondary Radar atau Radar Komersil (yang digunakan oleh Air Traffic Control atau ATC, di Subang). Secondary Radar mendapat data dari maklumat yang dipancarkan oleh Transponder, sejenis alat di dalam kokpit pesawat. Data dari Transponder boleh memberikan maklumat yang lebih detail seperti identity pesawat (setiap pesawat mempunyai nombor pengenalan tersendiri), ketinggian pesawat, kelajuan dan arah yang dituju.

Oleh kerana data dalam Radar Tentera HANYA menunjukkan plot pesawat sedang terbang tetapi bukan indentiti pesawat, maka kerana itulah pihak tentera tidak boleh mengesahkan yang plot itu memang pesawat MH370. Harus di ingat, ada banyak pesawat yang terbang di ruang udara Negara kita.

Tentera syak ia mungkin MH370 kerana 'kelakuan' pesawat yang disyakki itu agak pelik. Pesawat itu naik turun (ketinggian pesawat tidak tetap dan ini adalah aneh)

Pihak tentera terpaksa membandingkan maklumat itu dengan data dari radar negara2 jiran dan apabila Amerika setuju berkongsi maklumat dari data satelit mereka, maka hari ini dapatlah disahkan dengan nyata bahawa itu memang pesawat MH370.

Maklumat yang diperolehi dari pihak2 yang tidak bertanggung jawab kononnya MH370 telah mendarat di Nanning, China, kemudian tersebar kononnya pekerja pelantar minyak Syarikat Talisman di perairan Vietnam bahawa mereka 'nampak' pesawat meletop di udara dan bermacam lagi 'petunjuk' seperti objek besar dalam imej satelit China, tumpahan minyak besar di perairan Vietnam.... semua itu menyebabkan DCA sebagai penyelaras SAR perlu menyiasat kerana nyawa manusia tidak boleh di ambil mudah. Rakyat kita juga tidak kurang hebatnya dengan laporan polis bahawa mereka terdengar bunyi letupan kuat dari arah laut.

Kalau anak tuan hilang dan orang duk kata Nampak anak tuan di sana, di sini... takkan tuan tak nak siasat semua kemungkinan kan?

Bayangkan kalau selepas itu ada orang tuduh tuan sengaja biarkan anak tuan hilang dari rumah.... tentu tidak adil, kan?

................
p/s:
Bagi saya, kalau ada orang yang tuduh bahawa kes kehilangan MH370 ini ialah permainan politik UMNO, saya akan katakan bahawa orang itu telah memuji UMNO terlampau tinggi. Sebab, jika benar, itu bermakna Kerajaan Umno/BN telah Berjaya sama ada menipu beberapa kuasa besar dunia yang mempunyai teknologi yg tercanggih atau mempengaruhi kuasa2 besar ni untuk bersekongkol menyembunyikan pesawat ini dari mata dunia.

Wow... Malaysia lebih hebat dari Israel laa kalau gitu? Sebab Israel hanya mampu mempengaruhi Amerika aje.

Jangan la puji Malaysia terlalu tinggi. Saya tak yakin Malaysia sehebat itu.

Bukan senang nak sembunyikan apa-apa dari satelit pengintip Amerika sebab satelit tu, lubang cacing pun ia boleh Nampak, ini kan pula pesawat Boeing 777.

Bagi saya, pihak yang merancang perkara ini tidak sangka Malaysia mampu membuat begitu banyak negara, terutama Amerika dan China, dua Negara berseteru, bersetuju menggunakan teknologi canggih mereka untuk membantu

Tak lama lgi, insya Allah, pesawat itu akan dapat ditemui.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas anon 01.17, sebenarnya anda membuat analisa yang meyakinkan dan bijak. Bukan mcm setengah dari mereka yang membuat analisa pakai kepala lutut.Semoga ramai lagi yang dpt berhujah seperti anda

Blog Archive